Dua bahagian tempurung kelapa dipercayai digunakan untuk tujuan ilmu hitam yang tertera nama Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad ditemui di kawasan Kampung Pandan dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun berkenaan, semalam.
Tempurung kelapa yang dibelah dua itu dipenuhi nama Iskandar yang ditulis oleh individu tertentu menggunakan pen marker.
Iskandar yang juga Adun Cempaka, Iskandar ketika dihubungi memaklumkan bahawa dua bahagian tempurung kelapa itu ditemui oleh ahli Pas dan juga petugas pusat khidmat masyarakatnya pagi semalam.
Menurutnya dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan.
“Saya yakin ada orang cuba menakut-nakutkan dengan cara ini,”katanya.
Menurutnya lagi, sepanjang kariernya menjadi ahli politik dan pemimpin masyarakat ini kali pertama dia menerima ugutan seperti itu.
“Mungkin ada yang tidak berpuas hati dan mahu menguji saya dengan cara tidak elok seperti ini.
“Setakat ini tiada apa-apa gangguan halus diterima oleh saya mahupun ahli keluarga yang lain, saya hanya berserah dan berlindung hanya kepada ALLAH,”katanya.
Menurutnya, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, Pas kawasan Pandan akan mengadakan solat hajat pada malam Jumaat minggu ini.
“Pegawai saya akan buat laporan polis tentang perkara ini untuk tujuan keselamatan kerana tindakan ini seperti cuba mengugut saya,”katanya.
Katanya, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak terbabit dalam perkara berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.
setuju dirikan solat hajat minta Allah tunjukkan siapa yang buat kerja laknat ni (tapi bukan minta balik kerosakan kepada si pembuat - ini bukan sifat islam)
ReplyDeleteApa plak..tok guru bleh dia ko...
Deleteislam le tu...
Typo : doa ko..
Deletejalan terbaik...solat hajat
ReplyDeleteJika ada gangguan pads YB, says sedia mengubat YB
ReplyDeleteCamana nak contact anda?
Deletedlm bidang kebatinan kelapa selalu nya di gunakan utk mencari sesuatu yg hilang spt keris pistol dan yg terbaru kapalterbang
ReplyDeleteApapun mohon yb sekeluarga di jauhkan dr musibah spt ini dan di lindungi Allah
jangan sendiri bikin utk publisiti udah le...
ReplyDeletekalau betul berkesan mengapa lah ko org tak buat ke atas pemimpin Israel laknattullah Buat byk byk dan minta bantuan pejuang palestine balingkan ke penempatan haram yahudi
ReplyDeleteBENDA NIH X BERKESAN KAT KAFIR LA NGOK...APADAAA....YG KITA NAK SURUH BUAT TUH JIN KAFIR, DIA X KAN JAHANAMKAN KAFIR YANG SEANGKATAN NGAN DIA...
DeleteAwat cakap macam orang tak beriman ni. Kalau Allah swt tak izinkan, tak kan jadi tau. Berbaliklah kita kepada RUKUN IMAN. Jangan tergelincir akidah kita semata-mata nak "bermain" dengan setan.
Deletei see macai butthurt...
ReplyDeleteTak payah cakap siapa yang suka berbomoh sampai bomoh disanjung-sanjung. Sampai sanggup dikerat 18 kalau tidak orang sinun siapa lagi.
ReplyDelete