Monday 1 September 2014

AMANAT AKHIR TSKI .... HORMATI INSTITUSI RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SELANGOR.



SHAH ALAM – Perutusan ulang tahun ke-57 kemerdekaan negara oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sarat dengan amanat kepada rakyat agar menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Abdul Khalid berkata, dalam perjalanan berdepan kemelut politik yang  berlarutan sehingga lapan bulan ini, beliau mengingatkan semua pihak supaya menghormati pemimpin yang menjalankan tanggungjawab dengan baik, adil dan berintegriti.

“Saya perlu menyentuh hal ini kerana akhir-akhir ini terdapat pihak tertentu yang menggunakan media sosial untuk mempersoalkan hak mutlak sultan atau institusi beraja Selangor dan Raja-raja Melayu,” katanya ketika berucap pada Malam Ulang tahun ke-57 Kemerdekaan di Dataran Shah Alam, malam kelmarin.

Dalam perutusan berkenaan, Abdul Khalid menyatakan ucapan penghargaan kepada rakyat Selangor yang memberi kepercayaan kepadanya mentadbir negeri ini sejak 2008.

“Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam dan seluruh lapisan rakyat yang bekerjasama bersama saya sejak Mac 2008 untuk mentadbir urus kerajaan negeri ini dengan penuh berhemat, berhemah dan berintegriti bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri kita.

“Saya memohon maaf atas segala tindakan dan tutur kata sepanjang mengemudi pentadbiran Selangor,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat Selangor supaya sentiasa menjalin hubungan baik sesama kaum sebagai usaha mengukuhkan perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

Katanya, hubungan kukuh masyarakat secara tidak langsung mampu menghindar sikap menghina atau mencela agama dan amalan budaya kaum lain.

Abdul Khalid menyatakan kurang pengetahuan dan kefahaman sebilangan rakyat terhadap agama dan budaya antara kaum boleh menyebabkan perpaduan sukar dicapai.

“Dalam masyarakat majmuk perpaduan adalah tunjangnya, hubungan baik antara kaum adalah keutamaannya, kerjasama dan tolak ansur adalah syaratnya manakala menghina bangsa, agama dan budaya adalah pantangnya,''katanya.

Selain sambutan merdeka, kerajaan negeri turut menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Belia...SH

10 comments:

  1. TSKI dihina Dan dicerca walaupun DSAI mengatakan dia seorang yg amanah Dan berkobelahan. Dah tau apasal kamu pecat dia Dan nak ganti dgn bini kamu?

    ReplyDelete
  2. Why bini kamu? Azmin ali, idris ahmad, yaakob sapari, Elizabeth Wong, Nik nadzmi dll tak layak dimata kamu?

    ReplyDelete
  3. Nepotisme bininism didukung oleh kajang move- ninja turtle

    ReplyDelete
  4. Kurang ajar punya rafizi

    ReplyDelete
  5. Yess omakkau,very good tolong TSKI yg dah kena buang dari parti PKR mcm kau balun itu parti anak beranak yg kurang ajar dgn Sultan...bagus omakkau,mmg blogger biawak ko ni....

    ReplyDelete
  6. Kalau ikut logik Rafizi dan Khalid Samad, ahli PKR harus keluar dari Selangor....

    ReplyDelete
  7. Hoi UMNO kalut......kami nak PR kuat untuk tumbang rejim Barisan Nasional dan UMNO. Kami nak parti baru pulak untuk memimpin malaysia. Cemuih dah tengok muka pemimpin UMNO dah 57 tahun dah lama dah....nak melugai dah. Kami nak politik baru yang lebih sihat.......untuk memacu malaysia ke tahap yang lebih baik seperti negara-negara maju yang ekonomi mereka tak bergantung kepada politik semata-mata. Tambah-tambah politik umno......meluat sungguh.

    ReplyDelete
  8. UMNO hancur tapi PR lagi hancur lebur macam selangor

    ReplyDelete
  9. Omak kau da masuk Perkasa.sila sebarkan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...