Monday, 1 September 2014

KEMELUT POLITIK SELANGOR ... PKR SUDAH PUN MERANGKA SURAT JAWAPAN KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR.




Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah merangka surat jawapan kepada Sultan Selangor berhubung titah supaya lebih banyak nama dikemukakan bagi mengisis jawatan menteri besar.

Tiada penjelasan yang akan diberikan dalam surat itu kepada istana berhubung keputusan PKR yang berkeras untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Tuanku meminta nama-nama calon dan bukannya penjelasan. Bagaimanapun kita tetap akan menyatakan beberapa fakta dalam surat itu berkaitan isu ini," kata Saifuddin.

Sultan Sharafuddin, dalam surat yang dikeluarkan oleh setiausaha sulitnya pada 26 Ogos lalu mengarahkan PAS, PKR dan DAP untuk menghantar lebih daripada dua untuk jawatan tersebut selewat-lewatnya pada Rabu ini.

Saifuddin berkata surat itu dirangka olehnya sendiri dan kini sedang menunggu kelulusan kepimpinan parti.

"Mungkin ada perubahan kepada kandungannya, tetapi apabila sudah diluluskan," katanya.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...