Tuesday 2 September 2014

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS NAFI MENURUNKAN TANDA TANGAN KENYATAAN WANITA PAKATAN RAKYAT SOKONG KAK WAN SEBAGAI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU.



Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi ini.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.

"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.

Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu.
- HARAKAHDAILY 2/9/2014


Diperturunkan berita yang berkaitan.


KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Wanita Pakatan Rakyat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Sokongan itu dinyatakan Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan bersama sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-57.

Sokongan Siti Zailah adalah satu kejutan, memandangkan PAS sebelum ini turut mencadangkan nama kedua, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kemudiannya menolak kerana berpegang kepada keputusan majlis pimpinan pusat PKR untuk kekal dengan satu nama.

“Hari ini (31 Ogos) wanita Pakatan bersatu dalam menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Kami bersama-sama untuk mengesahkan pendirian kami, bahawa beliau seharusnya dilantik sebagai Menteri Besar.

“Apabila perlembagaan negeri sendiri tidak menyokong diskriminasi gender, jelas bahawa wanita boleh mengetuai negeri,” kata mereka.

Mengulas lanjut kata mereka, masalah pelantikan tidak akan timbul jika Wan Azizah adalah seorang lelaki, memandangkan beliau sudah pun memiliki sokongan majoriti 30 daripada 43 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

“Kenapa ada penentangan yang begitu mengganggu terhadap wanita sebagai Menteri Besar?” soal mereka.
Kata mereka lagi, kepimpinan tokoh wanita yang mesra dipanggil ‘Kak Wan’ itu sudah pun terbukti apabila mengepalai gerakan Reformasi pada tahun 1999 dan menjadi Presiden PKR sehingga kini.

“Beliau adalah wanita kedua dalam sejarah Malaysia yang mengetuai parti politik, selepas Ganga Nayar yang menubuhkan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia pada tahun 1978.

“Kak Wan juga mendapat sokongan sebulat suara untuk menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen selepas Pilihanraya Umum (PRU) 2008,” kata mereka lagi.

Keteguhan Wan Azizah kata mereka, terbukti apabila tidak pernah mengundur dalam perjuangan walaupun terpaksa menghadapi serangan BN tanpa henti selama 16 tahun.

“Itu adalah kayu ukur sebenar bagi seorang pemimpin. Kak Wan adalah pemimpin contoh dalam politik Malaysia, sebaris dengan tokoh-tokoh wanita lain.

“Beliau miliki kesedaran dan hati nurani yang diperlukan negara, dan Selangor khususnya,” tegas kenytaan tersebut. – Roketkini.com

13 comments:

  1. Kalau dah pihak lelaki bolih buat U Turn tak kan muslimat tak bolih buat U Turn?.Tak adil lah.Kita semua mesti Wala' pada parti biar pun tak lama lagi parti akan lingkup kuyup.Tunggu masa menentukan nya.Orang seperti Omak kau pun bukan bolih di percayaai lagi.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah pihak lelaki bolih buat U Turn tak kan muslimat tak bolih buat U Turn?.Tak adil lah.Kita semua mesti Wala' pada parti biar pun tak lama lagi parti akan lingkup kuyup.Tunggu masa menentukan nya.Orang seperti Omak kau pun bukan bolih di percayaai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita lihat inshaallah siapa yang lingkup.....

      Delete
  3. Lelaki atau wanita dalam pas sememangnya bengap yang tak berpenghujung

    ReplyDelete
  4. Warkah Untuk YB dan bini YB

    Wahai YB Permatang Pauh, dulu saya menghormati YB sebagai pembawa wadah keadilan. Tetapi sekarang sudah hilang hormat. Saya sudah campak buang rasa kagum dan hormat itu ke Ceruk To' Kun dalam kawasn YB.

    Perjuangan sekarang sudah nampak ketara dan membuktikan kerana nafsu, kroni, keluarga sendiri, bukan lagi untuk rakyat.

    Pemimpin di atas bercakap pasal pengukuhan, pemantapan PKR, itu hanya retorik.

    Realitinya kami ahli akar umbi bersekang mata, bermandi peluh di larut malam memanjat pokok, menegakkan bendera, menampal poster untuk memenangkan PKR , di ketika kamu sedang lena tidur di tilam empuk di bilik berhawa dingin.

    Inikah balasan kamu kepada kami. Kami bukanlah macai yang bergerak dengan ringgit dan sen, kami tidak mengharap itu semua kerana kami yakin hasilnya dituai DI'SANA', tapi kamu Nuar, khususnya semacam membelakangi DI'SANA' kerana dari tindak tanduk nampak semacam mementing DI'SINI' sahaja, maaf kalau terkasar, inilah curahan hati saya.

    Ditakdirkan PKR masih utuh dan pemimpin yang amanah seperti Azmin Ali dan Tian Chua tidak disingkirkan, saya tetap tidak menghormati kamu dan isteri kamu lagi.

    Ahli Seumur Hidup Yang Geram

    ReplyDelete
  5. wala kami kepada pemimpin pusat sahaja.. hak ptuii. pemimpin pusat pendirian macam lalang.. MSU pun dah macam kepala taik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko x leh pertikaikan kami ko tau Wala tu apa ...mengaji dulu...

      Delete
  6. Geng2 Ninja Turtle (Gang Kajang Move) dalam PKR ni hanya berani menyerang sesama PKR dan parti komponen PR iaitu PAS sahaja.

    Habis semua contohnya Khalid Ibrahim dan CheGu Bard difitnah oleh mereka.

    Tapi, teringat masa reformasi, dan keputusan paling buruk dalam PRU M2004 dulu, semua kepala2 Ninja Turtle tu menikus tak berani lawan.

    Sudah tenang dan parti menang banyak pahlawan2 Kebenaran contohnya TSKI dan Che Gu Bard dinista dan dihina.

    Masa PRU 2004 dgn SPR pun diorang tak berani nak angkat muka. Last2 PKR nyaris terkubur.
    .
    Mereka sejak dulu tak tau beza yang mana kawan dan yang mana lawan. Mereka hanya pandai menyebar fitnah dan dusta dalam roadshow2 di Selangor. tapi bila nak berhadapan dengan kebenaran untuk engkar dengan Nepotisme dalam parti mereka menikus

    ReplyDelete
  7. Sia2 Berjuang Bila De-Facto Sendiri Pertahan Nepotisme dalam Parti

    Penulis rasa sia2 perjuangan Penulis dalam PKR sejak 9 tahun lalu apabila pemimpin sendiri berjuang untuk kelangsungan prinsip Nepotism.

    Rasa mcm segala pengorbanan Penulis selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh keluarga Penulis yang bertungkus lumus membantu membina wadah keadilan Ulu Yam setelah kejadian 1998

    Penat jerih nak tegakkan keadilan tiba2 pemimpin sendiri pegi buat kerja sokong Nepotisme.

    Boy Ulu Yam yang Geram
    Ahli Seumur Hidup

    ReplyDelete
  8. Adakah pendokong anwar dalam pas luar tabii
    Luar tabii bersembunyi dalam parti pas INI telah dikenalpasti
    Lebih baik keluar Dari pas
    Pas untuk orang beriman sahaja
    Orang yang takde akidah ,boleh nampak perbezaannya
    Pertama peminum arak Dari jauh boleh cam baunya
    Percakapan Tak lepas melekehkan orang agama
    Perbuatan mana yang songsang bertentangan agama Dan undang undang ITU yang dilakukan
    Dalam perhubungan semua ikut kehendak nafsu sendiri ,rakan dikata sokong
    Marah merajuk bila ditegur
    Mengeluarkan hujah menegak benang yang basah
    Memperkudakan kawan,dalam melakukan kerosakan
    Lepas tangan atas kesalahan sendiri
    Membabitkan semua orang atas kesalahan sendiri
    Kira perut sendiri jee
    Orang lain dianggap bodoh walaupun sendiri yang bodoh
    Mau mengubah hukum alam dalam mencipta rekod sendiri
    Orang begini adalah orang yang rugi dunia akhirat
    Mereka Tak pernah merasa a man
    Tersangat sakit hati terhadap Islam dan keamanan
    Kepada zalilah bersabarlah Allah ada
    Dan mereka INI telah dikenalpasti dan memang ditolak atas kapasiti Islam Dan Norma alam
    Lagi terang Dan nyata melanggar prinsip undang undang Rukun negara

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...