Tuesday, 22 July 2014
4 FOTO ... MAYAT MALAPETAKA MH17 DIBAWA KE BANDAR KHARKIV MELALUI DONESTSK UKRAINE TIMUR DENGAN MENGGUNAKAN KERETA API.
Kereta api yang membawa mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah memulakan perjalanannya ke bandar Kharkiv melalui Donetsk di timur Ukraine.
Ini berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang rasmi Presiden Ukraine Petro Poroshenko.
"Presiden memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasinya," kata kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam anggota pasukan khas Malaysia akan menyertai perjalanan kereta api itu.
Beliau membayangkan bahawa dari Kharkiv, 282 mayat berkenaan akan diserahkan kepada wakil dari Belanda dan kemudian dibawa ke Amasterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia itu.
Terletak di timur laut Ukraine, Kharkiv adalah bandar kedua terbesar negara itu.
Pesawat Boeing 777 MAS bersama 298 orang penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh pada Khamis di wilayah Donetsk, di timur Ukraine.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
ReplyDeleteTAHNIAH SELANGOR. BUKAN SAHAJA AKAN MENDAPAT MENTERI BESAR YG BARU TETAPI MENCATAT SEJARAH NEGERI BERKEBAJIKAN YG PERTAMA DGN MENTERI BESARNYA SEORANG WANITA YG BERKELIBAR.
CUMA TAK PAHAM JAWATAN "DATUK MENTERI BESAR" SEPERTI GELARAN ITU MASIH KEKAL ATAU AKAN DIPINDA. MINTAK PENCERAHAN DARI OMAK KAU.
Tuhan larang pemimpin diangkat dari kalangan wanita.
ReplyDeleteYup...sm jgk mnteri2 wanita..pemimpin politik wanita dn seumpanya
DeletePemimpin utama ialah Perdana Menteri....dia cuma ketua negeri je.....baguslah UMNO BN tak pernah langsong nk bagi peluang wanita pegang mana2 negeri SYABAS PR....
DeleteTuhan x larang ke mak lembu jadi menteri.
ReplyDelete
ReplyDeleteTahniah ds anwar ibrahim seorang pemimpin yg sangat berjasa kpd rakyat selangor. kami sangat hurmat kpd ds dan keluarga anak beranak jerana menyelamatkan kami dari umno. t kasih.
Kalau jadi menteri pembangunan wanita mcm kak ejat dulu ok jugak. Ini menteri besar. Sekalian ramai exco yg jantan kelihatannya seperti tk memenuhi kriteria. Sungguh malang.
ReplyDelete
ReplyDeleteKAK JIJAH ADALAH ORANG YG PALING LAYAK MENGETUAI KERAJAAN SELANGOR MENGGANTIKAN TAN SERI KHALID IBRAHIM.
KAK JIJAH ADALAH ISTERI PEMIMPIN ANU GERAH TUHAN YG MENDAPAT SOKONGAN PAS DAN DAP.
Layak pula pecuri lembu jadi menteri mak lembu.
ReplyDelete
ReplyDeleteTahniah selangor.
MB baru. Peresiden PKR.
"Tidak ada kejayaan bg suami yg mentaati isterinya.. Tidak ada kejayaan bg satu2 kaum, yg mengangkat wanita sebagai ketuanya.." -hadith nabi-
ReplyDeleteAntara syarat2 yg ulama letakkan dalam membenarkan wanita keluar bekerja, adalah pekerjaan itu tidak menjadikan dia ketua di kalangan kaum lelaki..
Jd boneka je la ...
ReplyDelete