Wednesday 16 July 2014

PAS SELANGOR BERANG KERANA ADA PIHAK YANG SENGAJA JUAL NAMA PAS SELANGOR DALAM KEMELUT KEDUDUKKAN TSKI SEBAGAI MB SELANGOR.



PAS Selangor membidas pihak yang sengaja menggunakan dan mengaitkan nama PAS Selangor dalam kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor.


Hal ini berikutan PAS Selangor tidak pernah menyatakan pendirian kepada mana-mana pihak kononnya menyokong Menteri Besar negeri ini ditukar.
"PAS Selangor mendapati ada pihak yang menggunakan nama PAS Selangor berhubung suatu pendirian yang tidak benar.

"Pas Selangor memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengeluarkan kenyataan atas nama PAS Selangor bagi mengaut keuntungan politik.

"Kita memberi peringatan kerana hanya Pesuruhjaya, Ketua Penerangan dan Setiausaha Perhubungan Negeri sahaja yang berkuasa membuat pendirian rasmi Pas Negeri Selangor" kata Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Jelas Mohd Khairuddin PAS Selangor sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin PAS Pusat bagi menyatakan pandangan dan pendirian jelas berhubung isu itu.

Kata beliau lagi, polemik menukarkan Menteri Besar yang baru harus dihentikan kerana tindakan itu tidak mempunyai asas yang kukuh.

"Buat waktu ini kedudukan negeri sangat jelas iaitu Menteri Besar Selangor adalah Tan Sri Khalid Ibrahim dan kita harap dihentikan polemik yang boleh menggangu pentadbiran kerajaan negeri," kata Mohd Khairuddin lagi.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...