Monday, 21 July 2014
MALAPETAKA MH17 .. SETELAH MENERIMA KRITIKAN TERUK DARI SELURUH DUNIA, AKHIRNYA SKY NEWS MOHON MAAF INSIDEN WARTAWANNYA SELONGKAR BAGASI MANGSA.
Stesen Sky News yang berpangkalan di UK membuat permohonan maaf selepas salah seorang penyiarnya, Colin Brazier ditunjuk menyelongkar bagasi milik seorang mangsa MH17.
"Kami tidak sepatutnya berbuat demikian," lapor Daily Mirror yang memetik Brazier sebagai berkata kerana beliau dilihat menyelongkar beberapa barangan dalam sebuah beg pakaian di lokasi nahas sebelum menyedari kesilapan itu.
Tindakannya itu dilaporkan mengundang banyak kritikan di media sosial, kata tabloid yang berpangkalan di UK itu.
"Hari ini ketika melaporkan dari tapak nahas udara MH17, Colin Brazier menunjukkan kepada penonton kandungan sebuah beg mangsa.
"Colin kemudian menyedari yang ia tidak sepatutnya dilakukan dan berkata demikian dalam laporannya itu. Colin dan Sky News memohon maaf berulang kali jika melakukan sebarang kesalahan," lapor Mirror Daily yang memetik seorang jurucakap Sky News sebagai berkata.
Latar belakang:
Pesawat Malaysia Airlines MH17 dengan 298 orang di dalamnya terhempas di timur Ukraine pada kira-kira jam 10.15 malam pada 17 Julai (waktu Malaysia), berhampiran sempadan Ukraine-Rusia. Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijadual tiba pada jam 6 pagi hari berikutnya.
Perang sedang berlaku di kawasan itu antara kerajaan Ukraine yang disokong Barat dengan kumpulan pemisah Ukraine disokong oleh Rusia. Ia dikatakan krisis yang paling teruk antara Barat dan bekas republik Soviet sejak Perang Dingin.
Ukraine dan Amerika Syarikat mengatakan mereka yakin pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara dari wilayah yang dikuasai oleh pemberontak Ukraine.
Presiden Rusia Vladimir Putin telah menyalahkan tragedi itu ke atas kerajaan Ukraine untuk memanjangkan perang menentang puak pemisah, tetapi tidak secara langsung menangani pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Omakkau...sudah2 lah cuba menjadi blogger paling 'top'...ingat2 lh perasaan org yg terlibat secara langsung dgn mangsa...takkn kot hati nko dh hitam dan keras utk mnjd barua politik...
ReplyDeleteJeles la tu..��
ReplyDeleteabu alfi, kalau nama dah Islamik seharusnya dpt menerima kritikan dgn hati yg terbuka. Kita muslim. Jauhilah sifat kaum Yahudi Zionist laknatullah yg suka membuat provokasi dan menjadi batu api demi kuasa dan pengaruh...
ReplyDeleteabu alfi, kalau nama dah Islamik seharusnya dpt menerima kritikan dgn hati yg terbuka. Kita muslim. Jauhilah sifat kaum Yahudi Zionist laknatullah yg suka membuat provokasi dan menjadi batu api demi kuasa dan pengaruh...Hanisya didiklah pembaca dgn nilai yg baik bukannya mendorong kepada kebencian...t.kasih.
ReplyDeleteEksport yahudi ke malaysia rm 1.5 bilion setahun.selagi umno jadi sekutu yahudi jgn la ckap org lain yahudi..heee
ReplyDeleteorg2 umno ni jenis x pasan dia kate org barua politik. Yg kak mah belanje abis duit kami sume tu , kamu sume angguk cam x de pape tu bkn barua terbesar ke? puuuuih!
ReplyDeletemmg x bebaloi undi umno. menteri cap ayam
ReplyDeletepemerintah malaysia kena lebih berhati hati dalam mengambil sikap terutamanya untuk hubungan luar negara...bila malaysia terlalu tunduk pada inggris,australia,amerika....maka malaysia akan masuk dalam kancah duka cita yg mendalam....apapun yg terjadi pada malaysia pasti ada kait mengait dgn ketidakpuasan cina dalam menerima kehilangan mh370...cina,rusia ada dalam satu kumpulan....hati hati dalam memberikan stetement pasal palestine...karena malaysia juga masih rapat dgn yahudi....nak tak nak...suke tak suke...ini reality...
ReplyDeleteapa nak di herankan...kapal terbang yang hilang baru dua buah. kita ada banyak lagi. PM msia mesti jaga hati pemimpin dunia yg lain. cakap mesti halus dan lembut. biar orang kata kita takut bini.. tak pe
ReplyDelete