Friday, 18 July 2014
TRAGEDI MH17 ... JURUTERBANG HASRAT TUNAI HAJI BULAN DEPAN BERSAMA KAKAKNYA.
Juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, berhasrat menunaikan fardu haji bersama kakaknya pada musim haji bulan depan.
Menurut anak saudaranya, Amaluddin Noorshah, 48, hasrat itu dinyatakan ketika Wan Amran pulang ke kampungnya untuk berbuka puasa bersama sanak saudaranya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, minggu lepas.
"Dia menyatakan hendak menunaikan rukun Islam yang kelima itu bersama kakaknya Wan Aini, ketika itu saya merasakan ada kelainan dari nada suaranya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Amaluddin berkata beliau tidak menjangka itulah kali terakhir bertemu bapa saudaranya setelah mendapat berita tragedi MH17 itu lewat malam tadi.
"Saya mengetahuinya melalui aplikasi 'Whatsapp' yang memang disertai oleh ahli keluarga, lemah seluruh tubuh ahli keluarga kami setelah mendapat tahu Wan Amran memandu pesawat terbabit," katanya.
Amaluddin tidak menyangka tragedi buruk itu akan menimpa bapa saudaranya kerana dalam pengetahuannya Wan Amran telah memandu pesawat Boeing lebih 20 tahun lalu.
"Dia sangat rapat dengan adik beradiknya dan suka bersedekah, isteri dan dua anak lelaki tinggal di Shah Alam," katanya. Amaluddin mengakui hubungannya dengan bapa saudaranya itu memang rapat sejak daripada kecil lagi.
Pada sidang media khas di Hotel Sama-Sama, Sepang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.
Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Russia, semalam.
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Pray for them,..
ReplyDeleteMcm budak2 main mercun adw KE Kita lalu dekat budak2 Tu tentu Kita ikut jln main. Camtu la kalau dh kawasan perang kenapa lalu Kaw Tu. Lain2 syarikat penerbangan pun dh x lalu Kaw Tu. Kata bangang marsh tpi Tu la nk do ckpkan
ReplyDeleteNi apa kebenda kau tulis ni? Kau ni syok sendiri.. sendiri tulis sendiri aja paham ke? Atau kau tulis dlm bahasa Cik Mon dan Cik Yet.
DeleteOooooo...
Deletedia kata dia bangang
orang lain kalau nak bangang sama, bacalah tulisan dIa
akan marah tak tentu pasal
dan bangang sehingga selepas raya
Maknanya ko reda ler dan menghalalkan perbuatan pihak yang menembak jatuh flight kita tu? statement ko ni nak menunding yang MAS bersalah... dan siapa kata tempat tu bukan laluan flight? pegi Tanya Airasia X, SQ,Thaiairways......lepas tu betulkan ejaan, tatabahasa dan kemudian komen kat sini...
DeleteINI KERJA TERORIS KRISTIAN??
ReplyDeleteINI KERJA TERORIS KRISTIAN??
INI KERJA TERORIS KRISTIAN??
INI KERJA TERORIS KRISTIAN??
INI KERJA TERORIS KRISTIAN??
INI KERJA TERORIS KRISTIAN??
dah ada ker gambar anwar ngan vladimir putin..senang nak kait kan mcm kes lahad datu..kan segala masalah dlm negara berpunca dr anwar..
ReplyDeletePray for mh370..mh17..pray..pray...pray...pray..siasat...pstu pray..pastu siasatan msih d jlankan..sila pray...pray..pastu..senyap xde brita..malysia stail...puuuiii
ReplyDeleteApa pun x boleh harap dah undi lagi
ReplyDeletementeri pengankutn cam lemah je BI..
ReplyDelete