Wednesday, 16 July 2014

ISTERI AWIE BERITAHU BAHAWA AWIE BELASAH DIA BEGITU TERUK SAMPAI TULANG HIDUNG DAN RUSUK KIRINYA RETAK.



Selepas spekulasi demi spekulasi timbul akhirnya isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan beliau berhubung insiden hitam dalam rumah tangga beliau bersama penyanyi itu.

Dalam temubual bersama mStar Online hari ini, Rozana tidak banyak bercakap tentang insiden pukul yang kini sudah menjadi kes mahkamah tetapi lebih kepada perasaan beliau sebagai ibu yang dihalang untuk berjumpa dengan anak anaknya oleh Awie sendiri.

Rozana mendakwa beliau keluar daripada kediaman mereka dua minggu selepas kejadian hitam itu berlaku kerana mengalami trauma dan kesakitan fizikal namun awal awal lagi sudah dipesan oleh Awie supaya tidak berebut anak.

“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat”

“Tetapi Ina terpaksa teruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina,” jelasnya.

Rozana juga berkata yang Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 kepada pihak sekolah anak anaknya agar tidak membenarkan beliau menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.

Alami Kecederaan Serius, Hampir Cederakan Paru Paru

Bercakap tentang kecederaan yang dialami, Rozana menambah yang doktor kini sedang berikan perhatian serius terhadap dua tulang rusuknya yang retak dan nyaris terkena paru paru selain kecederaan di wajah yang hampir menyebabkan dirinya pekak sebelah.

“Ina tak tipu, mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru”

“Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih. Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan”

“Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey,” ujarnya.

Mengakhiri perbualan, Rozana menambah yang beliau bimbangkan persiapan raya anak anak & tidak sesekali menyimpan dendam terhadap suaminya, Awie.

Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

11 comments:

  1. hak pemjagaan akan di serah kpd emak bila si ayah dihukum penjara
    anak anak dlm kerinduan kpd emak dan menurut pd ayah yg baran
    kita marah dgn kes emak dgn ayh kena dakwa di luar negara krn memukul anak
    tp apa hak anak dlm kes awie ?

    ReplyDelete
  2. just wait n see.....seadil mana mahkamah yg ade kat malaysia,sejauh mana para hakim memiliki hati nurani,sejauh mana kuase dan duit memutar belit kenyataan...aku nak sangat lelaki macam ni,duduk dalam lokap dan merenungi perjalanan hidupnya...senang jee belasah perempuan sampai terukkk macam tu...kasiannn..sungguh malang nasib perempuan ni...nak bersanding dengan lelaki,nak dapat perlindungan,ketentraman hati nurani,kesenangan lahir bathin...tapi nyatanya hanya deraian air mata dan peritttnya jiwa...banyak banyaklah bersabar..berdoa...semoga dipermudahkan jalan hidup...dan yakinlah masih banyak orang yg menyayangi puan....

    ReplyDelete
  3. Jangan lupa, Awie ni ayahanda Pekida, dan artis penyokong UMNO - silap hari, bukan saja boleh terlepas, dapat hak penjagaan anak pulak tu....kan negara ni UMNO yang punya.....ahmad albab sori le !

    ReplyDelete
  4. ayahanda pekida?kah..kah..kah... jantan dayus adalah..pukul perempuan..bini pulak tu..

    ReplyDelete
  5. aku stuju m'sia ni mak bapak umno yg punye.watak2 umno yg ade semua hebat2 kat dunia ni. jmpe di hari pembalasan nnti ok..

    ReplyDelete
  6. Malaun ni elok bungkus aje dlm jail....

    ReplyDelete
  7. Pekida ke bapak plekida ke... Kalu bener dia pukul isteri...tu namanye pekida BODOH BANGAT atau JAHIL MAROKAP.....

    ReplyDelete
  8. Pegi kaji lagi..jgn dok komen mcm awak tu dah tau semua citr sebenar. Org dah start bongkar cerita betul. Typical malaysian.

    ReplyDelete
  9. Rahsia Teragung Lelaki Sejati Terbongkar !!
    This Is What Women Really Want !!
    KLIK HERE !!

    ReplyDelete
  10. Aku pun penah pukul isteri..nak tahu kenapa? Sebab mulut dia jahat..dia cakap kat anak aku time aku ajar menulis umur 5 tahun..dia cakap dlm nada kasar tak yah belajar biarlah ko dungu..bagi aku kata2 tu sgt mnyakitkan hati aku..aku bediri tampar tendang rasa ko mulut jahat..ibu sendiri menyumpah anak mmg nak kena ajar..sapa sapa yg rasa dia hebat nak bela bini orang ko silap mgkin ko akn rasa pula cara suami dia ajar lelaki perasan pembela..

    ReplyDelete
  11. Korang panas sangat kat awie mmg korang pondan..hero sgt kah korang ni nak bela isteri orang? Baik korang bela orang melayu yg dihina dimaki dilancau kaum lain..atau bela kaum keluarga korang yang hidup susah..atau bela agama kita yg dihina orang biadap..atau bela orang melayu yg dipukul along apasal takut kena parang cina? Kata pula serahkan pada pihak berkuasa..hahaha bini orang semangat pula korang nak hentam laki dia silap silap korang kena hentam pas tu buat laporan polis kena hentam..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...