Saturday, 26 July 2014

AKHIRNYA ASTRO AKUI BERI KONTRAK PADA AMDOCS, SYARIKAT YANG DITUBUHKAN DI ISRAEL.



Rangkaian penyiaran Astro mengakui bahawa syarikat itu melantik syarikat yang ditubuhkan di Israel, Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya.

Astro menjelaskan demikian dalam kenyataannya, susulan serangan penggodam yang mensasarkan halaman utama laman webnya, astro.com.my semalam.

Dalam kenyataan itu, Astro menjelaskan bahawa Amdocs kini berpengkalan di Amerika Syarikat dan diapungkan di pasaran saham negara itu.

"Ibu pejabat Amdocs utama terletak di Amerika Syarikat. Southwestern Bell yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperoleh 50% daripada kepentingan Amdocs pada tahun 1985.

"Hari ini, Amdocs dimiliki 100% secara institusi melalui penyenaraiannya di Bursa Saham NASDAQ," kata Astro menerusi laman Facebook rasminya petang tadi.

Astro menambah Amdocs mempunyai lebih 20,000 pekerja di 70 negara.

"Anak syarikat Amdocs yang dilantik oleh Astro telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia," kenyataan itu dipetik.

Serangan penggodam ke atas laman web Astro itu berlaku susulan pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi berhubung kontrak lumayan tersebut.

Asyraf yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu menyelar tindakan tersebut, yang tidak sensitif pada perkembangan konflik di Gaza, yang membunuh lebih 800 nyawa umat Islam.

Penggodam memuatkan imej warna bendera Malaysia dan Palestin dengan slogan “#OpSaveGaza”.

11 comments:

  1. PENIPUAN MEDIA BERKENAAN KAPALTERBANG MAS YANG DITEMBAK DI UKRAINE.

    Sebenarnya kapalterbang yang ditembak itu ialah MH370 dan bukannya MH17 seperti yang diputarbelitkan oleh Media.

    MH17 tidak ditembak, malah masih beroperasi di KLIA.
    Para penumpang yang dikatakan telah menaiki MH17 di Schiphol Airport Amsterdam itu sebenarnya telah diculik oleh Yahudi.
    MH17 telah dibatalkan penerbangannya pada hari tersebut.

    Schiphol Airport Amsterdam merupakan pengkalan Zionist MOSSAD.
    Terdapat beberapa peristiwa yang membongkar kegiatan di Schiphol Airport yang dikaitkan dengan kegiatan rahsia MOSSAD. Antaranya peristiwa-peristiwa berikut;


    1. Kapalterbang Israel mempunyai status istimewa di lapangan terbang schipol. Pada tahun 1992, Pesawat kargo ke Tel-Aviv El Al yang membawa bahan-bahan terlarang untuk perang biologi , yang di buat di US dan untuk dihantar ke Israel, terhempas di Amsterdam melanggar bangunan apartment. Pada mulanya di rahsiakan oleh pihak Belanda atas permintaan Israel tetapi didedahkan dalam satu lapuran rasmi pada Oct 1998, akhbar NRC Handlesblad melapurkan dari dokumen rasmi penyiasatan kapalterbang yang terhempas tersebut membawa 190 litre dimethyl methyl phosphonate, kimia yang digunakan untuk hasilkan gas beracun sarin.
    2. Pengakuan bekas menteri pertahanan Belanda Henk Vredeling dalam temubual TV NOS mengaku Belanda menjadi proksi Israel dalam perang Yom Kippur. Mereka menggunakan Schiphol Airport untuk menghantar bekalan senjata secara rahsia ke Israel dalam perang Yom Kippur 1973. Pada 29 Januari 1999, Hakim Besar Belanda mengaku kakitangan sekuriti El Al di Schiphol Airport adalah cabang polis rahsia Israel MOSSAD.
    3. Pada 25 Desember 2009, terdapat cubaan untuk meletupkan pesawat Northwest Airlines Flight 253. Seorang lelaki Nigeria Umar Farouk Abdulmutallab cuba meletupkan letupan disembunyikan dalam seluar dalamnya tetapi gagal. Ia didakwa sebagai rancangan al-Qaeda untuk meletupkan kapalterbang tersebut. Terdapat lapuran lelaki tersebut diberi kebenaran memasuki pesawat walaupun tidak mempunyai passport.


    Jadi kenapa Media mengatakan MH17 yang ditembak?

    Jawapannya ialah:

    Yahudi isreal ingin memulakan peperangan darat di Gaza dan untuk itu mereka memerlukan suatu insiden atau peristiwa yang besar berlaku supaya pandangan dunia dapat dialihkan.
    Jadi mereka telah merancang untuk menggunakan kapalterbang MH370 yang mereka rampas 4 bulan yang lalu dan mereka ingin menghempaskannya di Ukraine dan menyalahkan Rusia.

    Mereka memasukkan mayat-mayat penumpang MH370 yang telah mereka awetkan itu kedalam kapalterbang MH370 dan mereka melancarkannya sebagai MH17.


    Mereka menggunakan sistem radar untuk mengawal MH370 dan selepas sampai di Ukraine, mereka melancarkan roket ke arah MH370 dan meletupkannya.
    Media-media diseluruh dunia telah diarahkan oleh Yahudi untuk menghebahkan bahawa MH17 telah ditembak. Dalam sekelip mata, Amerika menuduh Rusia yang bertanggungjawab meletupkan pesawat itu.

    Berikut adalah bukti-bukti yang penting untuk kita renungkan:

    1) Mayat-mayat yang dijumpai itu telahpun reput dan tidak ada sebarang kesan darah.
    2) Terdapat kesan-kesan penyeksaan pada badan mayat-mayat.
    3) Passport –passport yang dijumpai disitu menunjukkan tidak ada sebarang kesan terbakar dan masih baru.
    4) Bangkai kapalterbang yang dijumpai itu jelas menampakkan tanda-tanda MH370. (Bendera Malaysia yang terdapat diatas tingkap penumpang berhampiran pintu masuk adalah berlainan lokasi untuk MH370 dan MH17).
    5) Media-media mula melancarkan serangan menghentam Rusia.
    6) Tidak ada lagi berita tentang Gaza di Media.

    Apakah motif utama Yahudi Israel itu?

    MOTIFNYA IALAH SUPAYA DUNIA TIDAK LAGI MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN OLEH ISREAL DI GAZA.

    Sumber rujukan:

    http://jimstonefreelance.com./

    http://www.washingtontimes.com/news/2014/jul/18/pro-russia-rebel-commander-suggests-passengers-die/#ixzz37qkaKYMb

    http://nodisinfo.com/silicone-dummy-detected-wreckage-mh-17-hoax/

    ReplyDelete
  2. Mcd je yg ulama suruh boikot. Astro ni tempat diorang cari makan. Rasanya ustaz2 takkan boikot punya. Kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Kalau ustaz2 astro boikot diaorng nk masuk tv mana? Takkn tv 3 suku kot. Itu tv untuk hiburan jer..ostad2 takleh masuk.. mmg cilake la astro ni. Kompeni dari negara kain takleh ke. Balik2 israel..siol tol laa..

    ReplyDelete
  4. Nampaknya Astro belum nak buka mulut lagi atau they just dont care...

    ReplyDelete
  5. Astto mmg bahlul..dh bayaran bulanan cekik darah..dasar yahudi

    ReplyDelete
  6. Ni sumer poyo...haktuihhh...

    ReplyDelete
  7. Kompln paasl astro ni smalh sprti anjing menyalk bukit. X spa yg bolh mgmbl tindkn pd astro sb smua ada kpntgan ngn astro. Conth paling nyta.astro nikkn sewa prhdmitn pngguna x spa yg brsunguh membela rakyt protes nikkn seea bulnan. Ada mata pndg ad telinga dengr. Itu sja peranan kita pd astro.

    ReplyDelete
  8. Ni sumer poyo...haktuihhh...

    ReplyDelete
  9. Database kita bocor senang2 je.

    ReplyDelete
  10. Israel pejam sebelah mata dah nampak.

    ReplyDelete
  11. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
    Harga murah kasi.
    Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
    Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
    Whatsapp sy 013-3332502

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...