Friday 18 July 2014

TRAGEDI PESAWAT MH17 ... MANA PERGINYA MENTERI PENGANGKUTAN YANG BARU, LIOW TIONG LAI SEMASA NAJIB BUAT SIDANG BERITANYA????


Rakyat tertanya-tanya .. Mana perginya Menteri Pengangkutan yang baru dilantik sebulan lebih yang lalu DS Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA????

Bukankah sepatutnya beliau yang paling kehadapan dalam isu ini dalam memberikan kenyataan seperti mana DS Hishamuddin Hussein ketika beliau memangku jawatan Menteri Pengangkutan dalam tragedi MH370 yang lalu????

Takut nak berdepan dengan media???? .. Sebelum ini pernah mantan Presiden MCA TS Ong Tee Keat pernah menyindir bahawa Liow Tiong lai bernasib baik ketika tragedi MH370 beliau bukan Menteri Pengangkutan disebabkan kurang fasih dalam penguasaan Bahasa Inggeris serta tidak media savvy.

Masa nak masuk balik dalam kabinet macam tidak menyempat sampai tergesa-gesa membuat mesyuarat khas .. bila dah dilantik menghilangkan diri???

Inilah apa yang dikatakan Ketua Penerangan PAS YB Dato' Mahfuz Omar ketika memberikan pandangan dan pendapat mengenai kabinet Najib yang terlampau membusung dengan menyatakan para menteri kabinet yang baru umpama menteri yang layak jaga tandas .. makan gaji buta!!!!

Awal pagi tadi dalam sidang berita pertama Najib mengenai tragedi MH17 di Hotel Sama-Sama Sepang, Selangor, Najib telah diapit oleh Menteri Pertahanan DS Hishamuddin Hussein, Menteri Luar DS Anifah Aman, Menteri Jabatan perdana Menteri DS Wee Ka Siong dan Pengerusi MAS... CEO MAS pun tidak nampak batang hidung.



Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang berita mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Hotel Sama-Sama di sini.

"Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.

"Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

"Pesawat itu adalah Boeing 777-200".

"Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

"Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

  "Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang
panggilan kecemasan.

  "Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang – merangkumi 280 penumpang dan 15
anak kapal.

"Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

"Kerajaan Malaysia akan menghantar penerbangan khas ke Kiev, yang membawa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.

"Menurut maklumat yang diberikan oleh Menara Trafik Udara Kiev, lokasi isyarat kecemasan pesawat itu ialah 48 darjah 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah 31 minit dan 33 Timur.

"Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak.

"Pada peringkat awal ini, bagaimanapun, Malaysia tidak dapat menentukan punca tragedi ini.  

"Tetapi kami perlu - dan kami akan - mendapatkan maklumat tepat mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.

"Kita akan berusaha sedaya upaya.

"Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

"Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

"Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.

"Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

"Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.

"Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama. "Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

"Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

"Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

"Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.

"Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

"Namun, hari ini, tanpa mengira kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan.

19 comments:

  1. You tau tak Tiong Lai ke mana? jangan serkap jarang, nanti datang fitnah. Mahfuz PAS ni aku sokong lantik dia jadi menteri pegang Pengangkutan dan Hubungan Luar. Dia kan cukup fasih berbahasa inggeris..betul tak murid-murid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kebodohan Tulang Besi Malaysia Waves terserlah lagi. Semua orang sebok nak tau pasal isu2 penting macam MAS, GAZA dan apa nak buka puasa.

      Semua blog la ni cerita pasal benda2 diatas. Tapi apasal Malaysia Waves tak habis2 lagi kutuk Khalid MB, Dewan Ulamak PAS dan tuan2 punya Alphard.

      Diminta para blogger macam Omak Kau, Ameno World, Aspan Alias, Tukar Tiub nasihat Deramang@TulangBesi@Malaysia Waves@ Macbeth.

      Kesian tengok. Betullah UG (Unity Government) tak wujud. Yang wujud adalah UG (Urang Gilerrr).

      Deiiiii T-shirt hijau baru cap change dah beli dahhh!!!! ka hah kah, belakang Batu Road ada jual

      Yang Benerrr
      TiBi (Tinta Biru)
      Malacca Waves
      UJ (Urang Jujur)

      Delete
  2. Dey tambi, die pergi Beijing da.....

    ReplyDelete
  3. anak haram yang bodo memang tak perlu diajar buang masa jer sebab dah memang bodo, sekarang ni PBB nak berbincang isu MH 17 makna dengan sendiri isu Gaza tak dibincang langsung... jangan jadi bodo ngan permainan musuh-musuh islam dan jangan jadi barua macai umno

    ReplyDelete
  4. Bersangka baik, Menteri Pengangkutan terlena tidur krn tu x sempat ke KLIA bersama dia orang tu, he he nanti kena cakap omputih baik aku tidur

    ReplyDelete
  5. kenapa lah celaka terus menimpa-nimpa ke atas malaysia ni ? sial umno dah melekat ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sial saja Bang, tapi makhlok ni CELAKA

      Ingat tu Bang, lain kali kalau sebut Omnu jangan lupa sebut juga CELAKA

      Delete
  6. dalam situasi tragik dan musibah macam ni pun masih nak berpolitik. jangan tambahkan lagi masalah, ia tak membantu pun.

    ReplyDelete
  7. Noob, betul cakap hang..ulat taik politik cukup byk di Malaysia. Kebanyakannya mentaliti rendah walaupun berpendidikan tinggi. Bahasa melambangkan bangsa. Blogger plak tak serik2 walaupun dah dinasihat agar rujuk dulu sumber sahih sebelum sebarkan. inilah yg dikatakan oleh DMFK sebagai salah satu simptom penyakit jiwa rakyat Malaysia yg suka trolling FITNAH!

    ReplyDelete
  8. Bodoh beria nk betekak!! Blik2 pas macam la bagus.. Mulut pun msing2 bau longkang. Ade hati nk pegang jawatan presiden

    ReplyDelete
  9. Orang umno bodoh tak boleh d ajar, cerdik tak boleh d ikut. Serba serbi retorik dah 30 tahun seisi dunia salah depa saja betul, Betul2 pelingkup negara.Moral maruah memang hampeh!!!!

    ReplyDelete
  10. Mak hang punya puki laaaa..BODOH bertingkek tingkek..Liow pi Beijing laaa..dia dgn CEO MAS dato azaruddin bincang psai MH370. .patut la hang jadi JANDA GIGI JONGGANG. .SBB BODO. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pi sana bawak cadangan nak tambah wang pampasan kapada keluarga mangsa, hangpa tataw dok diam diam sudah la

      Delete
  11. Anon 15:01, hang puasa ke ? awat mencarut, tak ada perkataan lain ke ? Kesian, tipis iman

    ReplyDelete
  12. Nmpak gaya..kne lantik lebih bnyak mnteri lg kt mlysia ni..bnyak bnda lg nk mnjawab slpas nie..mnteri2 yg ade msih xcukup..

    ReplyDelete
  13. Kalau ada pemimpin negara atau org berpangkat dalam MAS telah aniaya orang bawahan-sila la dgn segera minta maaf-doa org yg teraniaya amat la makbul-MAS selalu ditimpa bala-minta maaf la kepada org bawahan yg ditindas

    ReplyDelete
  14. THE POINT IS..CHANGE NOW SAVE MALAYSIA..!!!

    ReplyDelete
  15. sama-sama kita fikir, muhasabah diri..dr peringkat pemimpin, society, keluarga dan diri kita semua...kdg2 kita terfikir...adakah ini musibah dr Allah..kita declaire kite Negara Islam..tapi..faham2 la kita semua sedia maklum..ini bukan soal perpaduan..ini soal faith, kepercayaan dan tindakan kita adakah mencerminkan..apa yg kita katakan...ya Allah..lepas satu2 tragedy menimpa..walau bukan ahli keluarga kita...tapi kita masyarakat pun terasa..dgn 2 asset Negara yg beratus2 juta harga nyer...perbelanjaan mencari dan siasatan...yg kita tak tahu...berapa belanjanyer...aduyai...sy rasa2 kita sama2 tgk diri...kita...yg dah berlaku mmg tidak boleh dielakkan...Allah lebih mengetahui..fikir2 la..

    ReplyDelete
  16. saya masih sayangkan MAS kerana begitu prihatin dengan nasib penumpang, semasa cuti Disember 2013 rakan setugas dan keluarganya hendak pulang ke KK, malangnya mereka lewat sampai ke KLIA dari Kuantan akibat kesesakan jalan raya. Pihak MAS telah mengatur perjalanan keluarga ini walau pun berlainan flight, mereka tetap dapat pulang. Jika menggunakan AirAsia, sudah pasti perlu beli tiket yang baru!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...