Friday, 25 July 2014

KEADILAN BATALKAN SAMBUTAN RASMI RUMAH TERBUKA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.




KENYATAAN MEDIA 25 Julai 2014

PEMBATALAN SAMBUTAN RASMI RUMAH TERBUKA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Mengambil kira situasi dan peristiwa-peristiwa mutakhir ini termasuklah MH17 dan serangan Israel ke atas warga Palestin di Gaza, Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bersetuju untuk mengarahkan agar sambutan rasmi rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bagi kesemua Cabang-Cabang KEADILAN di seluruh negara dibatalkan.

Walau bagaimanapun, majlis rumah terbuka peringkat persendirian di kediaman anggota-anggota KEADILAN masih boleh diadakan.

Pada masa yang sama, Ketua Umum dan Presiden turut meminta setiap Cabang KEADILAN untuk menubuhkan tabung untuk mengumpul derma ikhlas yang akan disalurkan ke warga Palestin di Gaza.

Semoga peristiwa-peristiwa mutakhir ini menambah kecekalan dan ketabahan kita dalam menghadapi dugaan hari-hari mendatang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

6 comments:

  1. Omakkau!!
    Update la sikit Menteri Besar Selangor ni! Fitnah atau kenyataan ni?

    ReplyDelete
  2. Tski memang trbaik..bakal pngganti mb pn pasti yg trbaik..

    ReplyDelete
  3. Tski... hang dah tak relevan lg.... tindak tanduk byk curiga...... undurlah secara terhormat... sebelum org hilang rsa hormat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pm malaysia sekarang lagi la tak relevan.tindak tanduk lagi banyak menipu..undurla secara terhormat. .sebelum rakyat guling

      Delete
    2. TSKI, hg jd MB atas tiket PKR, bukan atas diri hamg sendiri... Jangan dok perasan samgat... Kepala Buto la.... Klu hg rasa kuat sangat, hg tubuh la parti hg sendiri, hg lantik Omakkau jadi Exco Kanan... Lahabau hang Khalid...

      Delete
  4. Ni sumer poyo...haktuihhh...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...