Thursday 24 July 2014

BEBERAPA KEPING FOTO PESAWAT ATR 72 MILIK TRANSASIA AIRWAYS TERHEMPAS DI TAIWAN .. 47 MAUT.



Sebuah pesawat penerbangan domestik TransAsia Airways terhempas ketika cuba mendarat di sebuah pulau perairan barat Taiwan yang dilanda taufan dan membunuh 47 penumpang, kata pihak Pentadbiran Aeronautik Awam Taiwan.

Pesawat ATR 72 berkapasiti 70 penumpang itu terhempas berhampiran landasan pulau Pescadores, wilayah Penghu dengan 54 penumpang dan empat anak kapal," kata badan itu.

"Situasi kelam-kabut di tempat kejadian," kata pengarahnya Jean Shen kepada Reuters.

Seramai 11 yang tercedera telah pun dibawa ke hospital, menurut kerajaan Taiwan.

Tiada lagi maklumat diketahui setakat ini.

Taufan Matmo melanda Taiwan hari ini membawa hujan lebat dan angin kencang sehingga sekolah dan pusat perniagaan ditutup.

TransAsia Airways adalah syarikat penerbangan Taiwan dengan 23 pesawat Airbus dan ATR yang kebanyakannya memberi perkhidmatan domestik tetapi mempunyai beberapa laluan antarabangsa ke Jepun, Thailand, Kemboja dan beberapa destinasi Asia yang lain.

Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan berkata selain insiden hari ini, TransAsia terlibat dalam lapan insiden sejak 2002, dengan enam daripadanya melibatkan ATR 72.

2 comments:

  1. Haluuuuuuu. ...........

    innaalillah. ....tewas krna msalah teknikal engine brbza dgn hilang tnpa d kesan dn hncur d tmbak....itu yg mnjadi prsoalan utama sini dn d sini...sgala2 pnuh krugian lbih2 lgi pda peniaga manggis yg shingga kni sbiji pun mnggis nyer hlang x dpt nk d ksan.

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kalau letak manggis dlm peti..tggelam plak tu.camna nk kesan.

      ko ingat bwk manggis dlm kapalterbang pakai bakul buluh mcm mak bapak ko dtg melawat bwk buah dtg ziarah kat flat ko duduk ke??


      weyy..kita ni ahli pkr mesti bagi komen yg ada akal sket la. kang malu aku sbg pengikut tegar pkr.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...