Wednesday 30 July 2014

GELAGAT BIADAP FARISH AZIZ BERSELFIE ATAS KUBUR DIKUTUK KERAS OLEH RAKYAT DAN DIFATWAKAN HARAM OLEH MUFTI PERAK.



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.

“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.

“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya  boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal  dilaksanakan sempena sambutan hari raya.

“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.

“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.

16 comments:

  1. Islam menganjurkan agar umatnya untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya TETAPI YANG SEDIHNYA UMAT ISLAM YANG DATANG KE MESJID DUDUK DALAM MESJID TIDAK MENGENDAHKAN ORANG LAIN. MEREKA BERASA DIRI MEREKA HEBAT, TUNJUK EGO ATAS KEKUATAN EKONOMI MEREKA YANG KUKUH. MEREKA KHASNYA YANG DATANG DENGAN KERETA MEWAH BMW,MERCEDEZ,AUDI DLL MAHU MELETAK KERETA SAMPAI KETANGGA MESJID. ENTAH APA NIAT MEREKA.
    BAGAIMANA NAK BERBAIK SESAMA MUSLIMIN BILA PANGKAT DAN DARJAT DIHERET KEDALAM MESJID. PENGALAM SENDIRI MENGAJAR SAYA BAHAWA UMAT ISLAM KHASNYA SESAMA M ELAYU YANG SUDAH BERJAYA MERASAKAN MEREKA TIDAK PERLU BERSALAMAN ATAU PELUK MESRA SESAMA SENDIRI DAN MEILIH MILIH KETIKA MAHU BERSALAMAN ATAU PERPELUK PELUKAN MESRA.
    KESIAN YA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg aku sokong sgt apa yg ditulis-drive kete vellfire putih,mercedes sport dgn lambang ciplak beli kat tepi jalan taman melawati parking btol2 kat dpn entrance masjid-dahla dtg lambat tapi parking gak kat depan menyempil -konon takut kete kene calar-dia tak tau kalau ada mamat lalu kat sebelah buat gores dan menang bru padan muka-mcmla tak bole nak parking kat luar dan jalan kaki-bila kaki tu dah lumpuh bru la sedar anugerah tuhan-sampai ke pintu masjid pun nak ego sgt-

      Delete
  2. Eleh...eleh...
    Sikit2 haram....sikot2 haram
    Nak bergambar pun tak leh ka
    Yg terang2 teguk air kencing.....menari bogel...yg tak pakai tudung....yg tak mau, merendah2kan...undang2 islam...tak mau pulak si mufti tu kata haram.
    Salah tempat la nak tegur orang gamak nye ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh tu simpan sikit utk hari esok..bende2 yg ko sebut tu dh2 tentu haram,nk fatwa bende lagi...terasa ke sbb ko salah sorg yg suke selfie kt kubur?lolz

      Delete
    2. Sbb tu belajar agama biar berguru..jgn main ikot sedap je.sebelum.kau lagi jauh tersimpang..mohon taubat lah dari Allah..semoga kau dirahmati dan dilindungi Allah..amin

      Delete
    3. Bodo tu simpn ckit

      Delete
    4. lpasni selfie gambar pepek la bodoh..

      Delete
    5. ko tau x apa maksud fatwa...? kesian org macam ko ni....

      Delete
  3. Arak bogel tak berhijab dh mmg haram la bro.. Ko mazhab mn bro..

    ReplyDelete
  4. Anonymous 30 July 2014 16:04
    Haram jadah betoi hang ni..kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Kat perak je tak leh kot.... Mufti aku tak kata ape pun... Heeeee.... Tak dpt budget raya agaknye.... Maklumlah. .....

    ReplyDelete
  6. agak2 la nk berselfie pn hormat la sikit orang dlm kubur tu....

    ReplyDelete
  7. Dia selfie atas kubur bapa dia tu. Dolu-dolu tak sempat selfie dgn bapak dia. Dapat selfie dgn kubur pun jadi la..

    ReplyDelete
  8. Mufti RM dan kaki fitnah kata undi pas masuk syurga.dia sndiri dah jadi barua umno tak payah la nasihat org lain.heee

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...