Sunday 27 July 2014

SALAM LEBARAN AIDIL FITRI 1435H DARI ADUN KOTA ANGGERIK


Dalam kesempatan hari yang mulia ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1435H kepada semua saudara mara, sahabat handai dan kenalan.

Tidak lupa kepada semua rakyat di DUN Kota Anggerik khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.


Dalam kerendahan hati,ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri.

Kebenaran sejati tak pernah berubah,
Walau telah lama dimakan sejarah.
Mohon maafkan segala salah,
Semoga di hari raya hidup kita makin terarah.

Orang Yang Paling Mulia Adalah
Orang Yang Mau Memaafkan Kesalahan Orang Lain
Bersihkan Diri, Sucikan Hati di Hari Yang Fitri Ini.
Adalah menjadi niat dan hasrat saya agar semangat 1 Syawal yang bermula dengan saling bermaaf-maafan akan membuka hati rakyat semua untuk sama-sama berjuang dengan pimpinan Pakatan Rakyat ke arah Malaysia yang berjiwa rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, MINAL AIDIN WAL FAIDZIN.

25 comments:

  1. Sapa nama dia?
    Jgn assume satu malaya kenai dia ni walaupun popular di Selangor khasnya di DUN Kota Anggerik..

    Sama macam sms raya, ucapan hebat tapi nama xletak.. jenuh pening nak pk sapa yg send.

    Sebaiknya ADMIN letak nama dia sekali supaya lbh ramai kenal.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Pula DiFitnah
      Posted on Monday, July 28 @ 20:30:00 MYT
      Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


      Serangan kata nista, maki hamun kepada Presiden PAS telah menular kepada Mursyidur Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila kenyataan beliau yang meminta ahli dan pimpinan PAS menyokong penuh penderian Presiden PAS berkenaan atas maklumat yang beliau sendiri menghalusinya.

      Tuan Guru menyebut, saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

      Tapi kenyataan Tuan Guru ini tidak diterima baik oleh ahli-ahli dan sesetengah kepimpinan PAS sehingga banyak posting berbaur fitnah dan kata nista yang berlegar di facebook dan twitter mengganggap Tuan Guru sudah uzur tidak boleh berfikir secara rasional.

      Malah, ada yang sampai tahap sanggup menabur fitnah dengan mendakwa kononnya Tuan Guru pun salah terima maklumat hanya semata - mata kerana dia 'Sakit'.
      "Mungkin Tok Guru sakit, peluang untuk beliau dapat maklumat tentang apa yang berrlaku di Selangor agak terbatas.

      "Mungkin juga tidak ramai yang jika datang menziarah beliau, bercakap tentang politik. (Jadi) sudah tentulah maklumat-maklumat yang terkini tidak didapati.

      “Saya jangka dan saya yakin kalau sekiranya Tok Guru mempunyai masa yang cukup dan mendapat maklumat dari sumber yang sahih saya yakin sangat dia akan tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu,” kata Johari.
      Sesetengah mereka boleh mengganggap Tuan Guru wira sekira Tuan Guru dan kenyataan mmeberikan kebaikan kepada mereka sekiranya kenyataan itu tidak menyembelahi mereka mereka cerca dan maki.

      Tidak kurang pula mengatakan Tuan Guru tak mampu menulis kerana sakit dan memnguat tuduhan yang tulis adalah admin facebook Tuan Guru dengan bantuan Nik Abdul anak tuan guru.

      Fitnah sudah jadi mainan dalam jamaah Islam PAS kata pemerhati kerana mereka tidak takut dosa.

      Delete
    2. Isu MB: Saya sokong kenyataan Presiden - TG Nik Aziz
      HARAKAHDAILY | 27 Julai 2014.
      KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong kenyataan Presiden PAS bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

      Beliau juga sependapat dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Abdul Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sepanjang sepenggal menerajui pentadbiran negeri itu.

      "Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan," soalnya dalam satu kenyataan sambil mahu persoalan itu dijawab terlebih dahulu.

      Beliau dalam pada itu mahu seluruh ahli PAS meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

      "PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden.

      "Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," kata beliau.

      Berikut kenyataan penuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

      PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya

      Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

      Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

      Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

      Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan?


      Petikan Dari Harakahdaily

      Delete
    3. Umno kuuuuuaaaaat menipu.

      Delete
  2. Ini bakal MB Selangor ke ?

    ReplyDelete
  3. Ini bakal presiden pkr ke ?

    ReplyDelete
  4. Kepada Omakkau...@Hanisah,

    Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya pada anda semuga hari raya idilfitri yang dilayan secara sederhana ini akan juga memberi keseronokan jiwa yang sentiasa berpenat lelah dalam mempromosikan ahli politik yang disukai.

    Saya juga seperti anda gerak kerja adalah untuk ahli, pemimpin, parti dan rakyat namun berselindung disebalik anonymous bagi menyusahkan pihak musuh khasnya pencacai mengesan untuk bertindak balas.

    Untuk pengetahuan Omakkau, menyokong mana-mana ahli politik bukan satu kesalahan tapi adalah merbahaya apabila kita pertahankan seseorang ahli politik yang jelas menderhaka kepada kepimpinan parti kerana kita juga akan turut dihina dan dipinggirkan.

    ReplyDelete
  5. Gambar YB Dan isteri kat at as tu cantik....ni ada YB Dan isteri yang gila glamour Dan gila kuasa peluk2 Bini nk ucap selamat hari raya...
    meluatnya...padanla kalah 2 kali bertanding ketua cabang ...dapat Bini pompuan tuuuut dah tk sedar diri

    ReplyDelete
  6. Ni sumer poyo...haktuihhh...

    ReplyDelete
  7. PUAS...PUAS...PUAS

    PAKATAN RAKYAT AKAN BERPECAH SELEPAS RAYA NI.

    PAS TELAH DAPAT DIBODOHKAN OLEH UMNO

    IMPIAN NAK TAWAN PJ PASTI TERKUBUR

    KEBIJAKSANAAN BN/UMNO MEMECAHBELAHKAN PR SANGAT DIKAGUMI

    RAKYAT AKAN TERUS MENDERITA GARA-GARA KEBODOHAN PEMIMPIN PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila spesis Umat Melayu No Otak bicara...guna kpla lutut!!

      Delete
  8. Ni sumer poyo...haktuihhh...

    ReplyDelete
  9. Hadi dr dulu mmg nak join dgn UMNO tp malu nak ckp terusterang.

    ReplyDelete
  10. Kita jgn lupa. Pas mmg x mau pkr jd pm. Pas mmg x mau pr menang besar dlm pru. Bila nak pu.... pas akn cipta isu hudud. Bila UMNO cabar supaya bentang dlm oarlimen... sume pemimpin pas gabra dan terkedu. Ini lah wajah pas sebenar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous29 July 2014

      Is this Rahman malaysia waves, you want to share idea kasi Taruk sama Malaysiawaves blog la, jgn kacau dekat sini

      Delete
  11. TGHA mmg tidak bijak berpolitik. Sebaiknya ulama dalam PAS kekal sebagai ulama, dan uruskan dakwah, tingkatkan kefahaman tentang Islam. Biar Pro dlam PAS yang uruskan hal duniawi. Baru ada check n balance dan kepelbagaian dalam PAS.

    Ini tidak, Tok Guru dan Ustaz2 pun nak berpolitik, tak ke nampak sangat Tok Guru pun KHIANAT kepada kawan. Macam mana nak jadikan contoh dan teladan.

    Kalau PAS keluar dari PR, tgk je nanti org muda dan Pro juga keluar PAS. Nak join PKR, dah byak sgt masalah dalaman, pilihan terbaik cuma DAP yg sentiasa konsisten.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Is this Rahman malaysia waves, you want to share idea kasi Taruk sama Malaysiawaves blog la, jgn kacau dekat sini

      Delete
    2. Apa nak buat, t/shirt hijau lengan putih diambil nepal

      Delete
  12. Pas blm layak jd pemimpin. Rakyat dah beri mandat di kedah dan trengganu. Sume kecundang. Cuma di kelantn shj yg bertahan. Tu pun pru 14 blm tahu lg. Kat Selangor oasti tumbang sbb pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan steady je bepuluh tahun pas perintah. Tak tumbang pun.

      Delete
    2. Is this Rahman malaysia waves, you want to share idea kasi Taruk sama Malaysiawaves blog la, jgn kacau dekat sini

      Delete
  13. Sawan babi kau tak elok lagi ke... kah kah kah

    ReplyDelete
  14. Pakatan yang sudah benci bersepakat..PAS buat kenyataan ke utara,pasni DAP pula kata ke selatan..kemudian PR anak beranak pula kata ingin ke Barat...tup tup umporno pula ajak rakyat ke timur...PR ibarat pelanduk yang mula lupakan jerat kerana telah syok sangat dengan pucuk muda jadi YB....rakyat baru kasi mandat tak sampai 2 penggal tapi para pimpinan PR mula terhidu bau kentut masing masing..apa nama pakatan kalau masing masing ketua tiada sepakat membuat kenyataan hehehe

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...