Monday, 4 March 2013
AKHIRNYA TERBURAI JUGA SEBAB MENGAPA LOKMAN ADAM MASUK UMNO TAHUN 2007.....KERANA SULTAN SULU BEB!!!!!!
AKHIRNYA RAHSIA SEBENAR MENGAPA LOKMAN ADAM MASUK UMNO TAHUN 2007 DULU TELAH TERBONGKAR TERBURAI....BUKAN KERANA TIDAK YAKIN DENGAN PKR....BUKAN KERANA DSAI PELIWAT....BUKAN KERANA NAK SELAMATKAN KETUANAN MELAYU....TETAPI KERANA SULTAN SULU!!!!!
Jangan tidak percaya.. ini adalah luahan hatinya sendiri apabila beliau membuat penjelasan mengenai dirinya dilantik sebagai Penasihat Sultan Sulu.
Belaiu mengaku dirinya adalah penasihat Sultan Sulu.. Kad diatas adalah kad rasminya untuk tujuan berurusan dengan Kerajaan Malaysia.
Jadi gelaran Datu Sri Panglima juga adalah asli lagi tulin beb!!!.. Bab ini tiada langsung sekumit fitnah mau pun penafian dari beliau.
Sebagai berlaku adil Diperturunkan secara keseluruhan penjelasan beliau mengenai dirinya dilantik sebagai Penasihat Sultan Sulu.
Baca baik-baik apa yang beliau nyatakan...SELAMAT MEMBACA, BERFIKIR DAN MENILAI.
Penasihat Sultan Sulu
Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini. Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar. Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.
Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company. Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.
Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".
Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.
Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.
APA YANG RAKYAT PERLU TAHU HARI INI IALAH, BAIK SULTAN SEBENAR ATAU SULTAN PALSU, SEMUANYA TAK BERDUIT UNTUK MENGHANTAR BERATUS ORANG PENCEROBOH MEMASUKI SABAH, MEMBELI M16, PELANCAR ROKET DAN BELI BOT LAJU DAN SEBAGAINYA. BAGAIMANA SECARA TIBA-TIBA MENJELANG PILIHANRAYA DAN SELEPAS PERTEMUAN ANWAR IBRAHIM DENGAN NUR MISUARI SERTA PERTEMUAN JEFRRY KITINGAN DENGAN RAJA MUDA SULU PALSU, PIHAK KESULTANAN SULU PALSU INI MAMPU MEMBENTUK SEBUAH PASUKAN TENTERA SEDANGKAN DULUNYA MEREKA BELI UNIFORMPUN TIDAK MAMPU.
Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Ni bagus kalau kene saman dengan Anwar sbb secara jelas sebut nama Anwar. Saman dia smpi bangkrap.
ReplyDeleteWahhh baik punya cerita. Tak nak buat skrip filem ke? Nak menipu tu ingat-ingat laaa. Ingat orang Malaysia ni x da otak ke nak fikir kenyataan ko ni? Boleh blah laa.
ReplyDeleteDh terlalu ramai yg mengaku Sultan Sulu,macam mana dia boleh kenal yg palsu atau yg tulin.Tp yg pelik ny kesemua mereka cukup mesra dgn UMNO.Ada yg menjadi ketua UMNO di Sabah dn Lokman Nor Adam ni pun menggunakan gelaran dr Kesultanan Sulu.
ReplyDelete"Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula." Doww, macam mana kerabat SUltan SUlu nak jadi pemerintah Sabah kalau diri sendiri pun tak mampu nak sara?? Sultan Sulu ni malas sgt nak kerja ke, tiap2 tahun bergantung dgn duit pajak Sabah??? Kan byk program pembagunan usahawan anjuran rejim UMNO untuk majukan usahawan bumiputra, kenapa tak ambik dowww... Bodonya kerabat Sultan Sulu ni...
ReplyDeleteSamalah yg kat sini pon. Makan tanggung berak tong.
DeleteSuruh rakyat mengaku diri patik(anjing).
Yg bugis lagi terok. Mabok, bunuh orang, zina.
INILAH DINAMAKAN PEJUANG PUKIMAK. JADI PENGKHIANAT SEMATA2 NAK MAKAN NASI KANGKANG ROSMAH.
ReplyDeleteapeke bodoh sgt statement dia ni...tulah byk mkn benda haram sebab tu lidah tu merapu jer
ReplyDeleteAda kebenarannya juga... Jgn cepat sgt nak bodohkan org.
ReplyDeleteDia jadi penasihat Sultan Sulu yg lain. Sultan Sulu yg serang Sabah sekarang ni yg lain. Ada 60 Sultan Sulu.
ReplyDeleteSapa sapa yg mengaku keturunan Sul. Sulu boleh tabal diri sendiri jadi Sultan.
Malaysia jangan beri sokongan lagi pada Nur Misuari. Dia ni anjing tersepit. Masa susah minta tolong kita. Masa senang gigit tangan kita.
kenapa yg si lokman beriyaya nak bantu sultan sulu? sebab dapat arahan drp umnongok untuk caver 800 ribu orang sulu yg dapar ic untuk undi umnongok bn. juga untuk merancang macam mana nak kalahkan pbs. inilah sebabnya lokman jadi penasihat. setelah perjanjian dgn sultan sulu diingkari oleh umnongok maka umnongok dah tak dapat kepercayaan kaum sulu. terutama janji nak beri penempatan kpd sultan sulu. lokman mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana rancangannya gagal. perbincangan diteruskan agar sultan sulu dan kaumnya di sabah yg telah diberi ic untuk undi umnongok pd pru 13 ni tapi sultan sulu berkeras tidak akan undi umnongok jika janji tak ditepati. sebenarnya ini semua salah madey kutty yg beri ic kpd kaum sulu untuk tumbangkan pbs. lokman sebenarnya tahu cerita ini tapi kerana tak suka kpd anuar maka lokman mula spin. kalau kita fikir kenapa tiba2 lokman suka rela nak bantu sultan sulu..apa kejadahnya. kalau dah dari keturunan yg sama macam madey bukan lagi lidah bercabang dua tapi tiga. tiba2 nak kaitkan anuar..jangan cakap je lah lokman tunjukkan buktilah.
ReplyDeleteaku sokong saman si lokman ni. biar terkankang
ReplyDeleteAkta Hasutan 1948 boleh gunakan tak.
ReplyDelete