Monday 14 July 2014

HITLER DAN YAHUDI MENURUT PANDANGAN MANTAN MUFTI PERLIS DR MAZA.



Hitler Kejam Ke Atas Yahudi Tapi Kenapa Diterima Ketika itu?

Kita tidak dapat setuju dengan kekejaman Hitler, cumanya di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?


Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya.

Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.


Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.


Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.


Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.


Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat?

Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.


Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah bangsa merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.


Pun begitu Islam tidak mengiktiraf kekejaman sekalipun ke atas Yahudi. Setiap individu tanpa mengira latar bangsa hendaklah dihukum secara adil dan saksama.

7 comments:

  1. Hanya Nabi Muhammad SAW dan para sahabat telah berjaya mengalah Yahudi dalam bidang perniagaan..bila sahabat mengamalkan perniagaan secara Islam dan iklas..tidak tamak dan mengambil untung yang berlebihan hingga menindas orang miskin. Sahabat juaga hanya menjual barang yang berkualiti sahaja. Tiada riba bila memberi pinjaman...membayar hutang secepat mungkin bila berhutang...memberi secara percuma kepada yang tidak mampu...ini menyebabkan perniagaan orang Yahudi di Mekah dan Madinah telah bankrupt dan mereka terpaksa berhijrah ke tempat lain kerana tidak cari makan lagi.
    Selagi orang Islam tamak, tidak iklas dan berniaga mengikut Yahudi dan puak kapitalis, selama2nya ekonomi dunia dikuasai oleh Yahudi dan selama2 Allah SWT tidak memberi keberkatan dalam perniagaan kepada orang Islam.

    ReplyDelete
  2. Ghetto sangat sesuai dilaksanakan sekarang di Pejabat MB Selangor. Seluruh ahli PKR di Malaysia akan bersatu padu membuat gethho di SUK selangor. Ahli ahli pkr yg baru nak naik sewajarnya dihunban dlm gethho bersama TSKI.

    Demi perjuangan dan keadilan raya, pemimpin yg sebenar benarnya berjuang dgn keringat dan darah harus diangkat sbg pemimpin baru.

    ReplyDelete
  3. Statement paling hampeh Dari Dr maza....berusaha dual Kali lipat/buat homework!!!! 25%markah gwe kasi..GAGAL!!

    ReplyDelete
  4. Ada pendapat mengatakan tindakan Hitler membunuh Yahudi yang mana beliau juga merupakan seorang Yahudi adalah kerana golongan Yahudi yang dibunuh itu terdiri dari golongan Ortodoks yang menentang ideologi Zionist yang diwakili oleh Hitler. Yahudi yang berkitabkan Torah adalah berbeza dengan Yahudi Zionist yang berkitabkan Talmud dari segi penghayatan keagamaan mereka... Darah yang mengalir dalam diri Hitler ada kaitan dengan keluarga Zionist Red Sheild (Rostchild) yang mana dipercayai harta kekayaan keluarga Rostchild meliputi separuh dari kekayaan meterial yang ada didunia ini dan Rostchild mempunyai pengaruh besar dalam organisasi rahsia seperti Illuminati dan Freemason! Kah kah kah... Ptuuuih!

    ReplyDelete
  5. Komen langsung tak ingat dunia! Dah terang-terang disebut dalam Quran tentang bahaya hasutan fitnah 2 bangsa iaitu Yahudi & Nasrani, lagi mau hujjah ke??? lagi mau pertikai ke??? lagi mau pertahankan ke bangsa Yahudi ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baca Al_quran tanpa membaca sirah Nabi, inilah punca orang Melayu sesat. Yahudi dan Nasrani yang dirujuk dalam Al_Quran adalah Yahudi dan Nasrani di Mekah. Bukan Yahudi dan Nasrani zaman ini.
      Kalau orang Yahudi dan Nasrani mati dalam kesesatan dan terus memerangi umat Islam..salah siapa? Memang Melayu buta huruf...adakah kau tidak tahu yang orang Jordan, Mesir, Turki dan Palestine dulu adalah orang Nasrani dan Yahudi...disebabkan usaha dakwah sahabat2, orang Nasrani dan Yahudi telah menjadi Islam...ada diantaranya telah menjadi daie dan ulamak tersohor..
      Kesian dengan Melayu???? Sesatlah kau selama2nya selagi kau berpegang kepada ketuanan Melayu....Harap2 kau bertaubatlah dan megikuti ajaran Islam yang betul.

      Delete
  6. Puak2 umno ni mana baca al-quran diaorang baca kitab mereka je utusan.

    kikiki

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...