Wednesday 23 July 2014

KENYATAAN AKHBAR KPN MENGENAI SEBARAN MAKLUMAT BERNIAT JAHAT YANG CUBA MENCABAR KREDIBILITI KERAJAAN DAN MEMPERLEKEHKAN TINDAKAN PDRM.



Dalam kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM), KPN Tan Sri Khalid Bakar memaklumkan tindakan membuat, mewujud, berkongsi dan memanjangkan maklumat-maklumat yang berbentuk fitnah serta berupaya memarakkan sensitiviti perkauman dan keagamaan, dilihat semakin menjadi-jadi di media sosial.

"Terkini ialah sebaran maklumat berniat jahat yang cuba mencabar kredibiliti kerajaan dan memperlekehkan tindakan PDRM dengan membandingkan bentuk tindakan yang diambil ke atas kes-kes yang melibatkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin atau Kiki yang terlibat dalam kes buli jalan raya, Muhammad Zahier Afiq Zarol Nizam yang dipukul lelaki Cina kerana terlibat dalam kes cubaan ragut dan Alvin Jye Lee kerana isu berbuka puasa dengan bak kut teh.

"Apa yang cuba dibayangkan ialah kerajaan dan PDRM bersikap mementingkan kaum tertentu," jelasnya.

Ujar Khalid, pihaknya ingin menegaskan bahawa tindakan yang diambil ke atas setiap siasatan adalah berbeza antara satu dengan yang lain dan bergantung kepada berbagai aspek siasatan termasuklah dari aspek teknikal yang memakan masa.

"Dalam kes Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, siasatan dapat dijalankan dengan cepat kerana kerjasama diberikan dengan menyerah diri kepada polis dan mengaku kesalahannya.

"Sementara dalam kes Muhammad Zahier Afiq Zarol Nizam, lelaki yang dirakam sedang menendangnya masih belum tampil ke hadapan untuk membantu siasatan polis," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, PDRM turut meminta mana-mana anggota masyarakat yang mempunyai maklumat lanjut berhubung insiden tersebut untuk menghubungi pihaknya bagi mempercepatkan proses siasatan.

Tambahnya, dalam kes Alvin Tan Jye Lee, siasatan polis telah selesai dan kes ini sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Jelasnya, PDRM menjalankan tugas dan tanggungjawabnya berlandaskan prosedur serta undang-undang dan bukannya secara selektif atau atas kepentingan mana-mana kaum atau agama

"Polis ingin menasihati masyarakat agar berhati-hati dan berhemah dalam menggunakan media sosial untuk tujuan berinteraksi dan berkomunikasi.

"Pengguna harus bijak menilai setiap maklumat yang diterima dan tidak ghairah untuk berkongsinya dengan pihak ketiga kerana isu-isu yang sensitif berupaya memecah belahkan perpaduan kaum, menjejaskan ketenteraman awam dan mengganggu gugat keselamatan negara," katanya.

Tegas Khalid, tindakan menyebar maklumat palsu boleh diambil di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan jumlah denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Sementara bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.


MOHON SEMUA PENGGIAT SIBER AMBIL SERIUS AKAN AMARAN TAN SRI KPN INI.

9 comments:

  1. Haluuuuuuu. .........

    Tngkap...dakwa dn bicarakn sja sesiapa shaja yg cba mnghuruharakn negara dn menabur fitnah tan sri...lbih2 lgi macai umnonngok yg ngok sini dn d sini....cai umnongok yg ngok prosak negara tan sri..tiada umnongok yg ngok negara sejahtera hingha ke ank cucu....



    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn spesis nko yg jenis nk huru hsrakn bangsa agama dan negara...pr trlalu baru nk dibndingkn dgn org yg nko maki...macai cam nko dan blogger cam omakkau ptt kena angkut dulu cai...

      Delete
    2. Ape ade dgn bangsa?knp mesti bangsa didahulu kn macai?bangsa x menjamin kau dkt pdg mashar nnti?umngok dulu kini dn selamanya rasis...phuiihhh dgn sifat perkauman umngok...cekdet dh berjaya serapkn doktorin prkauman dalam umngok baru...tu sbb semua melayu umno rasis...

      Delete
  2. Masaalahnya orang ramai dah hilang kepercayaan kat polis ni..takan itu pun nak bagi warning kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape orang ramai tu? ramai ke?


      main bedal je ckp org ramai. takat cakap je

      Delete
  3. mati dalam lokap itu khabar angin juga kah?

    ReplyDelete
  4. KERANA TAKUTKAN AMARAN KPN MAKA HISHAMUDDIN MAT GANJA A.K.A MAT SO'SIAL'IS a.k.a SI JENGLOT MEMBODEK MELUTUT !

    Hishamuddin Rais @ Blogger Tukar Tiub yang selama ini sentiasa mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Najib dan Barisan Nasional akhirnya memuji langkah diplomasi yang digunakan perdana menteri dalam menangani tragedi MH17.

    Menurut Hishamuddin yang dipetik Astro Awani, "Najib dilihat sebagai pemimpin dunia yang berjaya berunding dengan pemberontak,"

    Pada masa yang sama Hishamuddin turut mengkritik serta mempersoal kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menuduh Rusia membantu pemberontak di ukraine menembak penerbangan MH17.

    Laman berita itu melaporkan Hishamuddin berkata, Anwar tanpa sebarang bukti menuduh Rusia membantu pemberontak di Ukraine memembak MH17.

    "Dia salah. China, India, Jerman, Belgium dan lain-lain tidak membuat sebarang kenyataan.

    "Persoalannya, siapa nasihatkan Anwar?" beliau dipetik sebagai berkata.

    p/s; takkan Tukar Tiub tak tau Anwar memang sentiasa menuduh dan bercakap tanpa sebarang bukti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tahap penyokong pr.bkn macai umngok.tau hangguk jer..kpl ilang angguk.kena letup bunuh kata x der motif angguk.rekod kemasukan ke malaysia ilang angguk.angguk2 geleng2 tunduk2 diam2.kah kah kah.umngok.sebijik mcm lembu...cuma bley bertutur jer.mcm mamat nak surat msok bazar.wakakakakaka.lawak tgok muka dia masa ckp tuh.muka macai umngok pesen2 tu laaa.muka ngok...

      Delete
  5. Amaran ini sepatutnya di tuju kan kpd pemuda umno yg mengatakan kpn dan peguam negara hny mendakwa mereka saja dan tindakkan sama tidak di ambil terhdp peserta bersih dan demo anjuran pr Tu sbb bila puteri umno dihukum denda dan kerja kemasyarakatan 240 jam isu memburukkan kjaan dan polis bermula Tambah artis penyokong tegar yg belasah bini tak byk sikit mempengaruhi mereka

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...