Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun ini mencengkam pengguna yang terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan serta perkhidmatan.
Pertengahan Oktober lalu pula, kadar tol di lebuh raya konsesi di kawasan Lembah Klang naik di antara 10 sen sehingga RM6.
Peniaga kecil yang turut terkena tempias kesan rantaian kenaikan itu berusaha keras mengekang kenaikan tersebut agar ia tidak dipindahkan kepada pengguna secara mendadak.
Nik Azura Abu Bakar, 49, yang menjual pisang goreng dan keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam pasrah dengan siri kenaikan harga barangan sebelum ini.
"Sekarang kami jual pisang goreng 3 ketul dengan harga RM1 berbanding dulu 4 ketul untuk RM1.
"Mereka (pelanggan) faham kenaikan harga barang ini tetapi kamilah yang terpaksa bersusah-payah pusing duit," katanya.
Pada masa sama, beliau mengekalkan harga jualan keropok lekor iaitu 5 potong pada harga RM1 walaupun pembekal makanan itu sudah menaikkan harga.
Namun, menjelang tahun depan beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi menjual cendol yang turut dijual bersama keropok dan pisang goreng.
"Pembekal naikkan juga daripada RM1 sebatang (keropok lekor) kepada RM1.10 untuk kami, tapi kami kekalkan lagi harganya.
"Cumanya, selepas ini, kami hentikan jualan cendol, (sekarang dijual) yang besar RM2.50 (secawan) dan yang kecil RM1.50," katanya yang mengusahakan perniagaan itu bersama suaminya serta 3 anak perempuannya.
Beliau juga merasakan dirinya bernasib baik kerana boleh membeli minyak masak dari Kedai Rakyat 1Malaysia yang kebetulan terletak berhampiran lori tempat beliau berniaga.
"Kita sebagai peniaga terpaksa teruskan juga untuk menyara hidup. Kita pergi belilah di Kedai Rakyat 1Malaysia dekat depan. Perniagaan mesti diteruskan," katanya.
Sentimen sama turut disuarakan peniaga Mohd Farize Jaafar, 58, yang menjual sate.
Farize tidak menolak kemungkinan harga secucuk sate yang baru dinaikkan kepada 80 sen daripada 70 sen selepas Hari Raya Aidilfitri beberapa bulan lalu, terpaksa dinaikkan lagi jika harga barang mentah melambung menjelang 2016.
"Kita tengok hargalah, kalau dia (barang) naik tinggi kita terpaksa naikkanlah. Kalau kita mampu macam sekarang, kita kekalkan.
"Sekarang tak banyak sangat untung, dulu boleh tahanlah," kata Farize yang pada asalnya berniaga sate sejak 2008 tetapi kini bekerja mengusahakan perniagaan sate adiknya sejak 2011.
Penjual sate, Mohd Farize Jaafar berkata tidak mustahil harga makanan yang dijualnya meningkat lagi tahun depan kerana peningkatan kos bahan mentah.
"Daging lembu dulu sekilogram RM15.50 tetapi sekarang sekitar RM22 atau RM23 sekilogram.
"Kacang tanah dulu seguni (dengan berat sekitar 5 kilogram) dalam RM27 atau RM28 tetapi sekarang seguni RM32," katanya yang menjual sate di Bazaria Pantai, Pantai Dalam.
Beliau bagaimanapun berkata pelanggan yang sebahagiannya merupakan pelanggan tetap kebiasaannya akan dimaklumkan terlebih dulu akan sebarang kenaikan harga.
"Mana-mana yang biasa beli dengan kita, kita akan maklumkan dulu. Ada sesetengahnya pula akan tanya dulu berapa harga secucuk sebelum membeli," katanya yang memperoleh barang mentah di sebuah pasar raya besar di Jalan Kuchai Lama.
Seorang peniaga kedai tom yam di Brickfields yang hanya mahu dikenali sebagai Boy pula merungut tentang kenaikan harga barangan mentah seperti ayam, beras, daging, telur serta rempah-ratus di kedainya.
"Sekarang ini, kalau RM500 sehari untuk beli barang mentah belum tentu lagi cukup.
"Kita pula serba salah hendak naikkan harga barang sebab kebanyakannya pelanggan tetap," katanya yang mendapatkan bekalan barang mentahnya di Pasar Borong Selayang.
Seorang pekerja kedai makan 24 jam di Jalan Pantai Murni, Kerinchi, Maimunah Ali, 30, mempunyai pendapat berbeza tentang kenaikan harga barang mentah yang berlaku dan dijangka berterusan pada tahun depan.
Beliau yang menguruskan kedai tersebut bagi pihak majikannya yang menetap di Melaka berkata, kedai tersebut amat jarang menaikkan harga makanannya.
"Kita di sini biasa-biasa saja. Untung sikit-sikit tak mengapa, janji kita masih berniaga," katanya.
Katanya, majikannya juga tidak kisah dengan perkara tersebut selagi kedai itu masih mencatatkan keuntungan.
"Janji dia sudah untung pun sudah mencukupi," katanya.... TMI
Tengok yg susah peniaga Melayu. Peniaga cina tetap kaya. ITU sebab DAP Dan PAN Imayam senyap dgn kenaikan barang. Mujue ada PKR (Fraksi Azmin) dan PAS
ReplyDeletepersatuan-persatuan perniagaan harus bertanggungjawab dan menyarankan perniagaan bawah naungan mereka supaya menurunkan harga barangan selari dengan penurunan harga minyak semasa.
Delete"Soal pengambilan untung yang melampau oleh peniaga bukan satu perkara baru, ini termasuk isu orang tengah yang mengaut keuntungan berlipat ganda.
"Oleh itu, kami menyarankan agar pengguna menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk terus memboikot barangan yang terlalu tinggi harganya agar pihak berkepentingan tidak merasa selesa dengan apa yang telah mereka lakukan.
Dengan menggunakan kuasa sebagai pembeli dan pengguna yang bijak, maka supplier yg rata2 penyokong DAP yang tamak dan rakus akan dapat diajar.
Terdapat peluang bagi rakyat menikmati penurunan harga barangan selepas pengurangan harga minyak, namun perkara itu tidak berlaku atas sifat tamak sesetengah pihak.
DAP dan PAN Imayam tak kisah Rumah mahal sebab mangsa adalah kaum Melayu Dan India
DeleteKENAIKAN HARGA RUMAH KEDIAMAN
1. Masalah harga rumah adalah satu isu yang kian meruncing di dalam negara ini. Golongan muda yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah golongan utama yang menjadi mangsa akibat terbeban dengan peningkatan harga rumah yang kian mahal mutakhir ini. Mereka bukan sahaja tidak mampu memiliki rumah kediaman setelah bekerja dan berkeluarga, malah terpaksa pula menyewa di kediaman kos rendah.
2. Isu-isu yang dimainkan oleh pemaju-pemaju di dalam industri perumahan, nyata hanya helah bagi menghalalkan tindakan mereka untuk meletakkan harga yang tinggi dalam penjualan rumah kediaman.
3. Antara alasan yang digunakan oleh para pemaju perumahan dalam merasionalisasikan tindakan mereka menaikkan harga rumah kediaman adalah:
a) Nilai harga hartanah setempat
b) Demografi setempat: peningkatan permintaan rumah kediaman di kawasan tertentu kerana penghijrahan
c) Harga kos material pengeluar (producer price index) ke atas barangan seperti zink, simen, batu bata, kaca dan lain-lain.
d) Developer Interest Bearing Scheme (DIBS): Di mana pemaju akan menanggung kos bayaran faedah kepada pihak bank sepanjang pembinaan kediaman tersebut sehingga pembeli memasuki rumah tersebut. Pembeli hanya perlu menjelaskan deposit rumah sahaja samada 5% atau 10%. Namun, kadar bayaran balik kepada bank adalah lebih tinggi.
e) Permainan spekulasi. Digembar-gemburkan kononnya di kawasan projek perumahan tersebut akan terdapat banyak projek-projek lain seperti kolej, universiti, kompleks membeli belah, lebuhraya dan macam-macam lagi temberang dan helah agar harga perumahan mereka dapat dinaikkan. Isu spekulasi inilah yang akan dikupas dengan terperinci di bahagian yang seterusnya.
Hahaha...naik naik naik walaupun pembeli tidak mahu terima kenyataan kenaikkan tetap belaku!! Kerajaan kantung meningkat,kantung peniaga menurun walaupun harga naik tetapi untung makin menurun, pembeli menyalahkan peniaga sesuka hati naik harga tetapi kerajaan penyebab kenaikkan belaku, namun berbagai pihak masih menyalahkan peniaga sebab mrk jual anda beli, namun jgn lupa pihak mana yg mengaut untung sebalik tabir!! Sebagai contoh kenderaan...??? Teruskan kenaikkan baru rakyat malaysia sedar siapa penyamun sebenar teruskan menyalah peniaga harga tetap naik juga.
DeleteYahoo....aku tak kisah dia nak naik melangit pun....aku tak makan pung makan tu....semua nya kolestrol tinggi....kalau makang copat mampoh....kahkahkahkahhahahaha....
DeleteKerajaan yang bijak adalah kerajaan yang dapat mensejahterakan rakyat....
ReplyDeletepas kena bersatu dgn umno cepat.supaya nasihat didengar,melayu terbela dgn kenaikkan harga brg yg umno susunkan untk rakyat.pas parti yg amat pandai menasihat.pas kutip derma pki tin milo,umno kutip derma bg no akaun peribadi
ReplyDeleteAgak-agak kalau PKR memerentah, semua barang akan turunkah.....????
ReplyDeleteHahaha....soalan yg bijak!! Kalau pakatan memerintah harga mesti akan turun walaupun pihak tertentu cuba kaburi rakyat harga tak akan turun tetap naik kerana apa?? Siapa mahu kalah pasti tidak akan bagi peluang pihak lawan menang dan kini cuba serang dap cari salah mrk bila pas dgn dap saling berterlagah, ini memberi peluang pada umno utk terus memerintah dan yakinkan melayu hanya umno mampu menerajui negara dan membangunkan melayu.perlukah utk buktikan umno mampu menerajui negara dan melayu umumnya, dimana umno telahpun memerintah malaysia lebih 50 thn.masih tak cukup utk membuktikan kemampuannya??? Jadi jawapannya mudah.. beri peluang pada yg lain utk buktikan kemampuan, apalg keadaan negara skrg yg tidak menentu paling baik buktikan kemampuan pkt terajui negara. Umno senangkan melayu mana??? Jadi beri peluang melayu lain pula senang, inilah rumrah perubahan dimana tuhan mencipta siang mlm hujan panas bermusim2 kenapa kita tidak???
Deleteharga jubo akan turun..senangnya hati aljubori..
Deleteanon 9.30..mmg harga akan turun..sbb pemimpin dan istri tak boros..
ReplyDelete'Peniaga pisang goreng disaran menanam pisang dirumah sekiranya mahukan harga pisang murah'. Demikian saranan oleh Pak Menteri.....cap pisang.
ReplyDeletekahkahkah !!!
DeleteInilah akibat daripada sesuatu perkara itu hanya dimonopoli oleh kaum cina. Mereka tiada belas ihsan, yg mereka utamakan ialah keuntungan. Kenapa jadi begini? Kita tidak nafikan kaum cina kuat usaha,disiplin dan penuh tipu helah dalam perniagaan, tetapi punca utama ekonomi dikuasai mereka ialah kerana mereka lama dah mendapat layanan istimewa daripada kerajaan kerana undi mereka sangat bermakna kepada umno. Bersatu lah wahai melayu.
ReplyDelete"hanya dimonopoli oleh kaum cina"...
Deletebila pulak masanya keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam dimonopoli oleh kaum cina...?
kahkahkah !!!
Maksudnya org cina naikkan harga brg2 dgn cara ug tidak sepatutnya, habis semua org terkesan, itu yg saya nak beritahu. Keropok lekat dan goreng pisang memang la melayu monopoli, tapi harga terpaksa kena naikkan.
Deletekerajaan lembik.sebab tu xbleh control peniaga.
ReplyDelete