Tuesday 22 December 2015

SUSULAN KEKECOHAN DAN RUSUHAN DI KOMPLEKS KOTA RAYA, ALI TINJU DITAHAN POLIS.



Pemimpin Gerakan Merah 1Malaysia, Mohd Ali Baharom atau dikenali Ali Tinju, ditahan pada jam 7 malam tadi mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Mohd Ali Baharom, 44, ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini selepas kenyataannya tersebar di aplikasi WhatsApp.

Kenyataan Ali dalam WhatsApp menyebut, 'Pesanan dari Ali Tinju-Ketua Gerakan Merah' disertai rakaman suara yang berbunyi: "Meminta org Melayu bersatu untuk mempertahankan bangsa kuasa Melayu supaya tidak menderita seperti di Singapura.

Menyeru orang Melayu gempur untuk menakutkan peniaga Cina."

Kenyataan itu dipercayai dibuat susulan kekecohan dan rusuhan di Kompleks Kota Raya di ibu negara, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 4 petang itu, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli-belah itu menyebabkan pengurusannya menutupnya.

Klip video pergaduhan yang berdurasi dua minit dan 30 saat turut tersebar di laman sosial.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit dan ada yang membaling kerusi ke arah sebuah kedai di dalam kompleks berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, yang mengesahkan penahanan Mohd Ali malam tadi berkata, polis merampas telefon milik suspek untuk membantu siasatan.

5 comments:

  1. Pihak polis menjalankan tugas. Aku tidak salahkan Ali Tinju 100%
    Bila pembeli ditipu dan tertipu, kepada siapa kita hendak mengadu. Kalau tiada insiden ini KPDNKK tutup mata saja. Entah2 ada perundingan dibawah meja tak? atau KPNDKK memang tak buat kerja. Aku bukan membela Ali tapi insiden di Low Yat masih segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg menipu dan yg kurung peras ugut orang dibiarkan saja ke?

      Delete
  2. merusuh la hangpa.angkatla macai2 ni jadi hero melayu.pasal hp boleh merusuh. tp kena kencing dgan umno nak ber UG plak.

    ReplyDelete
  3. Le, nanti kan terlepas juga tiada bukti. Ada video pun tiada bukti, kan kita ada 2 undang undang utk orang umno dan bukan umno. Hukum Islam puntak lakulah sekarang. Tahniah, umno memang hebat tambah pula dgn tok presiden pas suka dan sokong, mana ikut Islam.

    ReplyDelete
  4. Ini dia pendekar Melayu Islam kita

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...