Monday, 21 December 2015

PAS MULA MAKAN SOKONGAN UMNO???????



Pertarungan parti politik ini akhirnya akan berbalik kepada perebutan kerusi di pilihanraya kerana inilah syarat utama dalam permainan demokrasi yang dicipta manusia.

Siapa yang memenangi jumlah kerusi tertinggi akan menjadi juara yang bakal membentuk kerajaan.

Rakyat adalah pengundi, manakala kerja parti politik dan para ahli politik adalah untuk meracun minda rakyat sehingga menyokong mereka.

Di Malaysia, cara kempen parti politik agak sehala dan tidak berubah dari zaman tidak berinternet ke internet.

Mereka membunuh lawan dengan memburukkan lawan seteruk-teruknya samada sesama parti mahupun berdepan dengan parti lawan.

Rakyat dan ahli parti, kebanyakan masa, yang menjadi pembunuhnya di pilihanraya parti atau umum nanti.

Namun apa yang berlaku di dalam Umno hari ini cukup menarik.

Umno berhenti mengambil langkah memburukkan PAS sebaliknya Umno secara terang-terangan cuba memikat PAS dengan jemputan rasmi terbuka yang dilakukan presidennya 2 kali berturut-turut.

Sebenarnya tidak susah nak baca apa yang sedang cuba dilakukan Umno.

Umno tahu rakyat marah, termasuklah rata-rata rakyat berbangsa Melayu dan kakitangan kerajaan dengan pelbagai jenis pengumuman kenaikan harga barangan yang mencekik leher.

Pada masa yang sama, Umno menjadikan DAP dan parti lain yang kelihatan tunduk kepada DAP sebagai boogeyman bagi orang Melayu sebagaimana DAP menjadikan Umno dan PAS sebagai boogeyman bagi orang bukan Melayu.

Umno tahu serangannya terhadap DAP amat berkesan, sebagaimana serangan DAP terhadap Umno.

Namun DAP bukan apa yang dirisaukan Umno.

Di Semenanjung Malaysia, Umno bertembung dengan PAS di 63 kerusi Parlimen, dan PKR di 43 Parlimen manakala DAP di 1 kerusi Parlimen.

Umno tidak risau bertembung dengan PKR, kerana tanpa PAS di gabungan pembangkang, PKR yang dilabel Umno sebagai kuda DAP sebagai modal kempen yang terbukti sangat berkesan.

Umno hanya risau sokongan orang Melayu terhadapnya akan beralih ke PAS, dan perkara ini sudah mula nyata.

PAS dan Umno sudah kehilangan sokongan bukan Melayu.

Jika tidak percaya, boleh merujuk kepada mereka yang membuat kajian semasa.

Hakikatnya, Umno kini tiada lagi apa yang dapat diserang terhadap PAS semenjak senjata Umno paling berkesan terhadap PAS iaitu “PAS kuda DAP” hilang sengat apabila 2 parti itu bercerai.

Untuk menghentikan pengaliran sokongan orang Melayu kepada PAS, Umno kini cuba berbaik-baik dengan PAS.

PAS cukup berhati-hati dalam isu jemputan ini. PAS, melalui presiden, timbalan presiden dan juga setiausaha agungnya - meletakkan syarat yang nyata untuk menerima jemputan ini iaitu Umno perlu mengubah dasar kepada Islam, dalam erti kata lain, Umno perlu bertaubat.

Jika ada orang yang sudi bertaubat, kita perlu sedia memaafkan.

Dalam usaha terdesak Umno memujuk PAS, di setiap ruang yang diberikan Umno kepada PAS untuk mendekati para pengundi Umno tegar yang tidak dapat didekati PAS selama ini – akan diambil kesempatan sepenuhnya PAS untuk berdakwah agar mereka dapat diberi keyakinan yang PAS adalah wadah yang lebih sesuai bagi orang Melayu.

Multaqa Al-Azhar adalah contoh pertama dan Perhimpunan Agung Perkasa adalah contoh ke-2.

Dan perubahan sikap Perkasa yang mula condong kepada PAS berbanding Umno adalah bukti jelas PAS sedang makan sokongan Umno sedikit demi sedikit dengan politik dakwah dan Islamnya.

Namun begitu, untuk menilai samada kerjasama antara parti politik samada akan menjadi kenyataan atau tidak, ia hanya perlu dilihat dari sudut pembahagian kerusi.

Hari ini, yang mempunyai kerusi yang banyak ialah Umno, yang mempunyai kerusi yang sedikit ialah PAS. itu, tidak timbul persoalan PAS akan melepaskan kerusi kepada Umno.

Seperti yang selalu disoal Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - berapa banyakkah kerusi dan negeri yang Umno sanggup lepaskan kepada PAS jika Umno betul inginkan bekerjasama dengan PAS?

Jawapannya ialah kosong, malah keinginan Umno merampas Kelantan tidak pernah terhenti selama ini. Ketajaman politik Tuan Ibrahim menilai muslihat Umno antara sebab beliau diserang media pro-Umno seperti MYKMU.net dan juga BNBCC kebelakangan ini.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna PAS perlu berhenti berpolitik dan berdakwah.

Dengan jemputan Umno, walaupun umum mengetahui jemputan ini mempunyai agendanya tersendiri, PAS kini dalam kedudukan yang baik untuk memberitahu penyokong Umno yang takut dengan kehilangan Umno selama ini – “Tak apa biar Umno tumbang, masih ada PAS.”

Dengan jemputan terbuka kepada PAS, Umno membuka pintu besar mereka yang tertutup selama ini kepada PAS untuk meluaskan dakwahnya ke atas para pengundi Umno yang menewaskan PAS selama ini di kerusi majoriti Melayu.

Jika keadaan Umno terus lemah, jemputan ini akan terus terbuka dan tidak dapat ditarik balik – ini bermakna PAS dapat terus meneruskan dakwah mereka kepada para penyokong Umno.

Ini sekadar pandangan syok sendiri penulis... TIMMY SAY

13 comments:

  1. Yaaaaa Timmy aku setuju. Tetapi PAN Imayam bukan kuda tunggangan tapi hamba abdi DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana Melayu Diludah di Penang.


      PERMATANG PAUH – Selepas lebih setahun ‘mendiamkan diri’ bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Iszuree Ibrahim yang dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun lalu, akhirnya mendedahkan punca sebenar beliau disingkir daripada jawatan itu.
      Iszuree yang juga Setiausaha Badan perhubungan PAS negeri mendakwa, ketika masih memegang jawatan itu beliau sering mempersoalkan tentang kelulusan mendadak yang mahu diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap permohonan premis judi.

      Akibat tindakan itu, dakwanya, beliau mula tidak disenangi wakil DAP di dalam majlis itu, manakala wakil PKR lebih banyak berdiam diri.

      “Di kawasan Jalan Penang, ketika mula memegang jawatan hanya terdapat sekitar 20 premis hiburan seperti pub, rumah urut dan kedai judi.

      “Tetapi jumlah itu meningkat secara mendadak kepada 120 permohonan dan perkara inilah yang sering saya persoalkan,” dakwanya ketika mengadakan pertemuan dengan ahli PAS di sini, malam tadi.

      Mengulas lanjut, Iszuree mendakwa beliau telah memanjangkan perkara itu kepada Datuk Bandar, Datuk Patahiyah Ismail, namun tidak mendapat maklum balas.

      Malah dakwanya, beliau juga difahamkan ketika itu kelulusan rumah urut dan premis judi diserahkan kepada pegawai bukan beragama Islam.

      “Dalam mesyuarat ahli majlis pula, hanya dua wakil PAS, manakala selebihnya daripada DAP dan PKR. Bayangkan betapa sukarnya saya untuk mempersoalkan perkara ini.

      “Tentangan saya tidak disenangi pemimpin DAP kerana mereka mendapat sumbangan dana daripada pemilik kedai judi. Saya dilihat menggangu pemilik-pemilik premis judi,”katanya.

      Iszuree yang dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang pada September tahun lalu mendakwa, beliau telah menggunakan pelbagai saluran untuk membangkitkan isu berkenaan, namun tidak berjaya.

      “Kemuncaknya apabila saya mendapat aduan daripada ibu bapa pelbagai kaum di Bukit Jambul yang mengatakan anak mereka yang masih bersekolah terlibat dengan permainan judi di situ dan bagi saya masalah ini semakin serius dan tindakan segera perlu dilakukan,”katanya.

      Iszuree mendakwa, beliau mengambil peluang menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng tahun lalu yang ketika itu mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, datuk Seri Abdul Hadi Awang.

      Menurutnya, ketika itu riak wajah kurang senang Guan Eng jelas dapat dilihat dan ucapan beliau ketika di Muktamar PAS di Batu Pahat kononnya mengkritik pentadbiran kerajaan negeri hanyalah alasan untuk menghukumnya.

      “Kelantangan saya mempertikaikan permohonan premis judi menyebabkan wujud gerakan untuk memecat saya,”katanya

      Delete
  2. sudahlah omak kau.pemerintah zalim jugak yang kau duk jilat sekarang.blog batu api.kau tanggunglah dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung Melayu Menjadi Mangsa di Pulau Pinang

      Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi Pulau Pinang berkumpul secara aman pagi tadi sebagai langkah terakhir menyelamatkan rumah dan kampung mereka daripada dirobohkan.

      Mereka yang berkumpul sejak malam tadi sehingga awal pagi ini, turut menutup laluan masuk ke kampung itu menggunakan bas, kereta dan tiang konkrit bagi menghalang kemungkinan kereta jentolak masuk dan merobohkan rumah mereka

      Tindakan itu terpaksa diambil selepas notis pengusiran mereka dari kampung berkenaan yang diperoleh tuan tanah daripada mahkamah berakhir hari ini.

      Walau bagaimanapun, penduduk yang sudah mendiami kampung berkenaan lebih 50 tahun lalu enggan berpindah selepas tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain tidak mempunyai hala tuju.

      Sementara itu, blog penang-kini menyenaraikan 26 kampung Melayu yang sudah dilenyapkan di Pulau Pinang.

      1. Kg Permatang Tok Subuh
      2. Kg Buah Pala
      3. Kg Pokok Assam,Jelutong
      4. Kg Dodol
      5. Kg Binjal
      6. Kg Batu Uban
      7. Kg Tanjung Tokong
      8. Kg Bagan Dalam
      9. Kg Permatang Tepi Laut
      10.Batu Maung
      11.Kg Pulau Jelutong
      12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap
      13. Kg Teluk Kumbar
      14.Kg Dalca
      15.Kg Sungai Nibong Kechil
      16.Kg Tengah Jelutong
      17.Kg Terang Balik Pulau
      18.Kg Genting,Balik Pulau
      19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
      20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
      21.Teluk Air Tawar
      22.Kg Gagah, Bagan
      23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
      24.Kg Selut Sg Pinang
      25.Kg Siam, Pulau Tikus.
      26.Kg Mutiara, Batu Feringghi

      Delete
    2. Skandal ! Projek Tambakan Laut Bayan Bay Tidak Melalui Tender

      Projek tambakan laut seluas 25 ekar di Bayan Bay diluluskan oleh kerajaan negeri yang diterajui DAP pada 29 Ogos 2013, dan ia baru diumumkan di Sidang DUN pada 6 Nov 2015.

      Di bawah adalah petikan kenyataan Ketua Menteri dalam ucapan bajetnya di Sidang DUN yang baru lepas bulan lalu:

      “Tanah tebus guna baru adalah di Bayan Bay. Tebusguna tanah Bayan Bay oleh Tetuan Ideal Gim Ventures Sdn. Bhd. dengan keluasan 24.79 ekar akan digunakan untuk pembinaan 2,100 unit perumahan seluas 11.79 ekar, 11 ekar sebagai rizab Kerajaan dan 2 ekar lagi untuk kegunaan infrastruktur”

      Kita tertanya-tanya mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP merahsiakannya daripada orang ramai, sedangkan projek ini telah diluluskan 2 tahun dan 11 bulan yang lalu.

      Projek tambakan laut ini diluluskan tanpa melalui proses tender terbuka.

      Bukankah sejak tahun 2008, kerajaan negeri diketuai DAP senantiasa berbangga dengan mengatakan mereka mengadakan proses tender terbuka bagi setiap satu projek?

      Dengan jelasnya ia hanya satu janji jangka pendek, kerajaan Pulau Pinang tidak akan mengotaka janjinya buat selama-lamanya!

      Ia juga jelas menunjukkan kerajaan negeri telah membelakangkan prinsip cekap, amanah dan telus (CAT) mereka. CAT sekarang boleh diumum sudah mati!

      Pada 29 Ogos 2013 kerajaan Negeri hanya meluluskan kepada Ideal Gim Venture Sdn Bhd untuk menambak laut seluas 13 ekar sahaja.

      Delete
  3. AKU BERHARAP AKAN RAMAI DAN BANYAK LAGI ORANG MELAYU DARI GOLONGAN INTELEK DAN PROFESIONAL BERFIKIRAN TERBUKA AKAN MASUK DAN JOIN PARTI DAP YANG SELALU ORANG MELAYU SENDIRI (UMNO & PAS) MENGANGGAP PARTI DAP IALAH PARTI MILIK ORANG CINA AGAR SEMUA ORANG MELAYU DI NEGARA INI FAHAM DAN TIDAK TERPEDAYA DENGAN PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN UMNO BARUA PENJAJAH BRITISH YANG SUKA MENGGUNAKAN TEKTIK PENJAJAHAN "PECAH & PERNTAH"(DEVIDE & RULE) UNTUK MENGGUNAKAN SETIMENT PERKAUMAN AGAR MEREKA TERUS MENJAJAH NEGARA KITA UNTUK SELAMANYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dengki dan panas punggung melihat kerjasama dikalangan umat Islam ni hanya satu jenis manusia je. Kalau diorang bukan dari kalangan Yahudi, dah tentu - tentu diorang ni spesis yang sejenis dengan Setan!!!

      Delete
    2. Anon 10;12. DAP anti Islam

      Delete
  4. Jual kg sebanyak itu bukan proses 2 penggal. Kau tanya Gerakan/Bn/Umno yg perintah puluhan tahun sebelum itu. Bodoh Banggang

    ReplyDelete
  5. Kau tahu ke pemilik tanah kg mutiara tu. Bodoh

    ReplyDelete
  6. Klu betul DAP untuk semua tak ada jamuaan makan mereka menyajikan daging babi dan beer jika melayu turut serta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beer xder...babi xder...g25 ada...pan ada...xkan islam hanya x mkn babi x minum beer jer?

      Delete
    2. Biasa la amno hanya hulurkan tgn kpd pas bola diorang dl. Keadaan nyawa2 ikan. Cuba klu I am no msh kuat..jwb nya pas hanya sedut asap je la...ditggl uuummn no

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...