Majlis Tertinggi (MT) Umno perlu segera mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya di satu majlis di Kelab Sultan Sulaiman yang dilihat melampauibatasan dan melanggar perlembagaan parti.
Demikian pandangan beberapa pemimpin yang berpendapat tindakan Muhyiddin selaku timbalan presiden Umno berkongsi masalah dalaman parti secara terbuka boleh mengelirukan anggota, sekali gus melemahkan parti.
Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar berkata cadangan supaya Muhyiddin dikenakan tindakan disiplin itu tepat ekoran ucapannya yang dianggap 'mencabar' sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata bekas timbalan perdana menteri itu seolah-olah sengaja mengabaikan segala ruang dan peluang untuk bersuara seperti platform MT, sebaliknya terus menyuarakan isu-isu itu di khalayak ramai.
"Dia masih timbalan presiden parti yang sah, masih berada dalam MT, banyak saluran yang boleh digunakan... dan kebanyakan isu yang dia bangkitkan (mengenai pentadbiran negara) terjadi semasa beliau masih dalam Kabinet, tapi tak bersuara pun.
"Tindak-tanduk (Muhyiddin) kebelakangan ini agak mencabar, jadi bagi saya kenyataan Setiausaha Agung Umno (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) bertepatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Tengku Adnan semalam berkata Muhyiddin dilihat telah melampaui batasan ketika berucap pada majlis 'Bersama Timbalan Presiden Umno' di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru kelmarin, dan beliau boleh hilang jawatan dalam parti akibat perbuatan itu.
Rizalman berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan anggota akar umbi.
Sehubungan itu, penerangan perlu digerakkan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan bagi memberi penjelasan terhadap apa jua keputusan yang diambil terhadap Muhyiddin, katanya.
Ketua Umno Bahagian Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang bersependapat dengan Rizalman, berkata Muhyiddin kini dilihat tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin nombor dua parti bagi membantu dan mempertahankan presiden, selain enggan menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung beberapa isu berkaitan.
"Beliau tidak dicabar pada pemilihan parti lepas, menunjukkan semua anggota parti meletakkan kepercayaan kepada beliau untuk membantu presiden. Itu yang perlu beliau lakukan.
"Sebaliknya dia mahu presiden berehat. Jika tidak bersetuju (dengan Najib) sekalipun, sepatutnya tunggu sehingga pemilihan akan datang. Bukan mengkhianati amanah yang diberikan anggota parti," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata anggota akar umbi menyerahkan sepenuhnya kepada MT untuk membuat keputusan sama ada mahu mengambil tindakan terhadap Muhyiddin atau sebaliknya.
"Kalau keputusan MT menunjukkan Tan Sri Muhyiddin mencalarkan imej dan memudaratkan nama baik parti, sila ambil tindakan sepatutnya.
"Kita ada banyak ruang untuk bercakap tapi kenapa beliau (Muhyiddin) ambil langkah bercakap di luar dan hanya membangkitkan isu sama yang telah diperjelaskan? Dah macam pembangkang," katanya.
Naib Ketua Umno Bahagian Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata tindakan Muhyiddin berkongsi masalah dalaman parti secara terbuka hanya memburukkan keadaan.
"Ini bukan caranya, jika kita hendak berbincang masalah dalaman parti, ia perlu dibincangkan menggunakan platform yang betul, itu apa yang diajar sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Anggota Majlis Tertinggi kena memainkan peranan. Perlu ada batasan dan tindakan segera perlu diambil, sama ada perbuatan Muhyiddin itu dianggap sebagai teguran untuk membina parti atau melemahkan parti," katanya.
Bagi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, tindakan Muhyiddin itu mencabar kesabaran dan toleransi anggota MT yang lain.
Sementara itu, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun mahu pucuk pimpinan parti terus bersatu dan mengekalkan perpaduan parti.
Katanya terserah kepada MT untuk memutuskan tindakan terhadap Muhyiddin asalkan tindakan yang diambil dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan anggota.
- Bernama
Ambillah tindakkan segera....biar cepat sikit jahanam umenu tu...aku tolong sorak je...hehehe
ReplyDeleteSaya minta Mujahid, Dr Dzul, Khalid Samad untuk mengambil tindakan several kepada Ahlul Syiah dalam Parti Amanah Negara
DeleteHahaha.. kenapa kes tindakan 2.6 billion tidak diambil tindakan??? Kenapa??? Kerana pemimpin boleh buat sesuka hati salah guna kuasa dan tukar ahli menteri pada org sdr yg sekongkoi kenapa timbalan tidak boleh utk menolak kepimpinan yg tidak bertanggungjawap pada negara dan rakyatnya??? Hanya yg berkepentingan sebulu bodoh toloi shj akan menyokong pemimpin yg telah rosak buruk imejnya!! Namun, byk yg akan sokong tindakan timbalan yg dipecat apalg di hina dan menghalang tugasan maka beliau sanggup hilang pangkat, ini baru permimpin berani kerana benar takut kerana buat salah!! Rakyat tak semakin bodoh tetapi ahli umno yg semakin bodoh bila takut bersuara apalg sokong membabibuta.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Delete"Dia masih timbalan presiden parti yang sah, masih berada dalam MT, banyak saluran yang boleh digunakan... dan kebanyakan isu yang dia bangkitkan (mengenai pentadbiran negara) terjadi semasa beliau masih dalam Kabinet, tapi tak bersuara pun.."
ReplyDelete☝ salah satu petikan ayat dalam post di atas.
Nak bagi saluran apa kalau belum apa2 dah kna singkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Baru tegur kes 1MDB ja pun. Nak bagi saluran kejadah hapa. UMNO nak bagi saluran?? Huh.. memang tak la. Di block habis habisan lagi ada.
Ahli MT yg mengampu tak sedar apa yg dia cakap. Muhyiddin bersuara tentang konflik 1MDB & derma konon dari dermawan Arab dulu bukan di pentas terbuka. Beliau personaly bersemuka dan menasihati PM, tapi beliau dilucutkan jawatan. Besar benar kesalahan jika minta PM berterus terang? Kecuali halkum PM tersangkut biji durian, tak boleh mengeluarkan suara.
DeleteAda ada...umno ada bagi saluran...
ReplyDeleteSaluran najis sepol hihihi
Pecat la muyidin tu, aku tk sabar nk tgk ending game ni...
Aku masih kekal ahli umno. Tapi selagi PM yg sama memimpin parti, PRU 14 nanti sukar utk memberi undi kpd BN lagi. Maaflah bukan tak sayangkan Umno, tapi sakit hati.
ReplyDeleteAku seumur hidup tk pernah undi BN pun...dh lama sakit hati...
ReplyDeleteKau anon 11:19 lambat brtindak lah...mesia dh makin ranap daaah...