Thursday 17 December 2015

BAWA KERANDA DEPAN PEJABAT TERESA KOK BEKAS PEMBANTU PERIBADINYA DESAK KEMANA HILANGNYA WANG RM300,000 SUMBANGAN ORANG AWAM KEPADA DAP SEPUTEH.


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok diminta menjelaskan status wang derma berjumlah RM300,000 yang didermakan kepada DAP Seputeh pada 2013.

Gesaan itu disampaikan oleh seorang bekas ahli DAP yang juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa dan Hal Ehwal Kaum Cina, Tony Tan.

Tony mendakwa Teresa sebelum ini bertindak kejam dengan memeras ugut dan mengenakan tindakan saman terhadap ahli-ahli yang mempersoalkan status wang tersebut.

“Mana wang sumbangan awam RM300,000 kepada DAP Seputeh pada 2013. Kenapa DAP Seputeh mempunyai dua akaun yang berbeza tandatangan. Siapa yang audit?

“Sehingga kini empat orang ahli dikenakan saman hanya kerana bertanya tentang wang derma parti itu. Jika susah untuk menjelaskan perkara sebenar, bagaimana hendak memerintah,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di luar pejabat Teresa Kok pada Khamis.

Tony yang juga bekas pembantu peribadi Teresa, turut bertindak membawa keranda sebagai peringatan kepada Teresa yang sering memeras ugut ahli-ahlinya selain menyalakan lilin bagi menyeru semangat ahli DAP yang meninggal tetapi terus dianiaya oleh Teresa.

“Sahabat karib kami dan penyokong serta ahli seumur hidup DAP, Danny Lim di saman, di ugut sampai mati. Siapa lagi yang kamu hendak ugut.

“Kamu (Teresa) mahu berapa orang lagi yang mati? Seorang ahli telah meninggal dunia. Kalau tidak berani jawab, saya hantar keranda ke rumah,” katanya.

Mengulas lanjut, Tony turut menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) segera mengeluarkan laporan penyelewengan yang dilakukan oleh Teresa.

“Sejak 10 Februari 2014, sehingga hari ini kami masih belum menerima sebarang jawapan mengenai laporan penyelewengan Teresa. Carilah sampai lubang cacing. SPRM ni barua DAP ke?” soalnya.


9 comments:

  1. Dah abis beli mercedes...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sponsor pan imayam tu nko ingt guna air liur mat syabu jer?!!...mesti mau wang loo...jerit guang end.

      Kah kah kah

      Delete
  2. PAN Dr. Zulkefly ahmad hati busuk ramalkan melayu berniaga di mara digital akan lingkup. Hati pemimpin PAN tat lg busuk dari bau bangkai.

    ReplyDelete
  3. anon 16/18 aku setuju ngan ang.patut doakan, buat lawatan tanya masalah.kat low yat leh buat pa.dap tak suruh kot.dapkan telus.rm300k tu fitnah jerrrr.hehehe

    ReplyDelete
  4. Serba salah dibuatnya. Kalau siasat Teresa terpaksa siasat Najib. Kalau panggil Teresa terpaksa juga panggil Najib. Kedua2nya berkait dgn wang derma. Pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib mmg telah dipanggil sprm pun. Cuma tunggu cadangan sprm kpd AG.

      Delete
  5. Teressa Kok kan pemimpin DAP. Mana mungkin pemimpin DAP buat kerja kotor mcm tu. Aku tak percayalah. Bohong semua tu. DAP parti paling bersih, seluruh dunia tau.

    ReplyDelete
  6. Lihat sendiri......... Bila kena batu kepala DAP, semu macai yg duk komen pasal org lain berjela2, hilang entah kemana?
    Macai2 tolol tu kalau mengutuk parti lain bukan main lagi, kadang2 sorang macai bagi tujuh lapan komen bagi setiap satu artikel. Punya bangangggg.....

    ReplyDelete
  7. Hehehe tu lah usik lgi parti orang lain

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...