Monday 21 December 2015

INILAH LELAKI YANG DITAHAN KERANA TUNJUK ISYARAT LUCAH TERHADAP SULTAN JOHOR DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN DEKAT YONG PENG.



Assalamualaikum YDH Dato'/Tuan


1. Tajuk : Satu kejadian ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

2. No rpt/tkh : Yong Peng/4239-4240/15@20/12/2015@ 12:00Hrs.

3. Klasifikasi: 506/509 KK

4. IO Kes :Insp Sugendharan Nair A/L Karunagaran (016-7590306)

5. Pengadu : Sugumaran A/L Raman G/12547
Pekerjaan: Ketua Keselamatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Alt: IPK Johor


6. Mangsa : Tiada


7. Fakta Kes :

Pada jam lebih kurang 1120hrs @ 20/12/2015 semasa pengadu bersama sjn 70884 Mukhlas Bin Dinyati, Kpl 89563 Hj Othman Bin Hj Mohd Anuar dan Kpl 115767 Maisan Bin Kasim dengan menaiki m/kar nombor pendaftaran:JZ 12 jenis: Porsche Cayenne S sedang mengiringi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam perjalanan dari Muar ke Johor Bahru dan apabila sampai di KM 95 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, telah melihat seorang lelaki melayu yang sedang memandu m/kar nombor pendaftaran BLD 345 jenis Perodua Viva warna putih telah menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan lucah dengan tangan kanan.

Melihat kejadian itu, DYMM Tuanku Sultan telah memberhentikan kereta yang dipandu oleh baginda sendiri dan mengarahkan pengadu supaya mengambil tindakan terhadap lelaki melayu pemandu yang telah menunjukkan isyarat lucah terhadap baginda.

Pengadu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis pengadu kepada pemandu lelaki melayu tersebut dan bertanyakan adakah dia ada menunjukkan isyarat lucah tersebut dan beliau mengaku ada menunjukkan secara lisan dan pengadu bersama anggota yang mengiringi DYMM Sultan Johor terus menangkap lelaki melayu tersebut dan telah meminta butir-butir suspek dan dapati:


Butir-Butir Tangkapan :


Nama : Md Aris Bin Husin
No. KPT: 750330015153
Umur : 40
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh Lahir : 30/03/1975
Keturunan : Melayu
Alamat : No 2 Jalan Melor 2/2 Kg Sri Serendah, Serendah Selangor


Butir-Butir Rampasan:


No : 1

Jenis Barang : Kunci Kenderaan Dan Alarm
Kuantiti : 1 Bentuk
Tempat Dijumpai : Km 92 Selatan L/Raya Utara Selatan
Cara Disembunyikan : Di Ambil Daripada M/Kar No:BLD 345 Jenis:Perodua Viva warna Putih


No : 2
Jenis Barang : Motokar (Saloon)
Kuantiti : 1 Buah
No Siri : BLD345
Tempat Dijumpai : Km 92 Selatan L/Raya Utara Selatan
Cara Disembunyikan : Diambil Daripada Pemandu M/Kar


Kemudian pengadu dan anggota bawa balik lelaki Melayu tersebut dan rampas kereta Perodua Viva BLD 345 ke Balai Polis Air Hitam untuk mengambil tindakan seterusnya. Sesalinan borang bongkar telah dikeluarkan kepada suspek untuk ditandatangani beliau. Saspek juga ditangkap untuk ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik Ipd Batu Pahat.


Hasil soalsiasat:


Hasil soal siasat ke atas saspek mendapati bahawa saspek dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga.

Saspek mengakui perbuatan tetapi menyatakan bahawa tidak menyangkakan orang yang ada dalam kereta tersebut DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Hasil ujian air kencing negatif.


8) Tangkapan :

Nama : Md Aris Bin Husin
No. K/p Baru : 750330015153
Umur : 40
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh Lahir : 30/03/1975
Keturunan : Melayu
Alamat : No 2 Jalan Melor 2/2 Kg Sri Serendah, Serendah Selangor


9)Tindakan yang diambil.

i) Rakaman percakapan pengadu
ii) Rakaman percakapan okt.
iii)Reman ke atas saspek.
iv)Rujuk kertas siasatan kepada YA TPR.


Sekian untuk makluman YDH Dato'/Tuan. Terima kasih.

40 comments:

  1. Bersungguh-sungguh pimpinan PAS dalam rangka` membetulkan` salahfaham ahlinya tentang UMNO...pendapat yg rajih dikalangan ulama PAS kini adalah bahawa UMNO tidak sesat...dokongan UMNO kepada perlembagaan penjajah yg Hadi katakan kafir dan sesat dulu adalah satu khilaf. Tak ccaye ruju` kitab2 muktabar...kikikikikikikik...malunya PAS..setelah ketiadaan TGNA...Hadi menjadi semakin biadap kepada pengundinya. Nasib pengundi PAS yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan tidak diambil peduli ttp sibuk pula menyelamatkan UMNO yang hampir karam. Kebodohan Hadi semakin terserlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapalah orang2 PASni,Omak kau cerita lain mereka cerita lain.Agaknya dah minum air ketum dan pil kuda,otakpun dah naik pening.

      Delete
    2. Apa punya BANGANG Anon 16:57 ni....ulasan terus lari dari topik berita. Ke mangkok berayon ni geng sepupu sepapat RBA DAPpigs tu.....Berbalik kepada topik berita, Mamat Melayu tu memang bodoh yang teramat sangat. Kalau masok negeri orang buat lah perangai yang baik2 sikit...aku rasa mamat tu sepupu sepapat dengan anon 16.57 tu - BANGANG yang tak boleh diajaq!!!!

      Delete
    3. Kasihan, habis segala daya dan usaha oleh puak DAP + PAN memburuk2an PAS. Kecewa benar mereka dgn PAS, risau yg amat sangat apabila dakyah mereka utk melenyapkan PAS tak berhasil.
      Sebaliknya mereka yg terhoyong hayang tapi tak mau mengaku. Sehinggakan segenap ruang dirogolnya walaupun tajuk beritanya lain & tak kena mengena dgn politik, tapi oleh kerana kerisauan yg amat terdesak, lalu digunakan ruang2 yg ada utk mengasak PAS.
      Namun tindakan DAP + PAN ibarat anjing menyalak bukit. Mereka berkhayal konon semua ahli PAS dah beralih arah kpd mereka. Nak tergelak kat macai semua.

      Delete
    4. BANYAK CAKAP PUN TAK GUNA:

      Amanat hj hadi sudah ditarik balikkah? Bila dia tarik balik?

      Soalan ini adalah asas untuk kerjasama pas-umno. Jika soalan ini belum kau jawab, jangan gebang lebih.

      Tq

      Delete
    5. 1. PAS tidak bergabung dengan UMNO. Tahalluf siyasi PAS dengan UMNO di atas dasar yang sama dengan PAS-DAP selagi mana syarat tahalluf tidak dilanggar.

      2. PAS zaman TGNAA dengan TGHAH tidak ada perubahan dasarnya. TGNAA pernah nyatakan adalah tanggungjawab PAS "menasihati" pemerintah. Nasihat dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan masa dan keadaan. Nasihat dalam pengertian dakwah kepada sesiapa sahaja yang perlu. Jadi, tidak ada bezanya pembawaan TGHAH dengan TGNAA.

      3. Anon 21/12 16:47 : Kamu akan mati dan bila malaikat menyoal anda tentang tulisan anda di atas nanti, saya harap kamu tidak terkencing-kencing.

      Delete
  2. Kesian setiausaha agong Pas kena belit.

    Semalam dia keluar kenyataan Pas sedia maafkan Umno, hari ini tak mengaku pula semalam keluar kenyataan itu dan dia menyalahkan lima portal berita.

    Kenapa jadi berbelit begitu?

    Takiyudin keluar kenyataan Pas sedia maafkan Umno tentu atas kefahaman beliau hasil daripada pernyataan oleh Haji Hadi serta tindakan dan reaksi Haji Hadi kepada Umno.

    Tapi setelah sedar ahli di bawah tidak setuju keatas pendekatan itu telah menyebabkan Takiyudin terbelit lidah.

    Macam manalah haji Hadi ni...baru masuk pusingan pertama pun dah terbabas teruk...kluk klek....flip flop..

    Elok Takiyudin hempas jer jawatan setiausaha agong.

    Kalu letak ni lembut sangat. Hempas baru Haji Hadi paham kot.

    Pas bodo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang Setiausaha Agung sepatutnya bijaksana dan berhati-hati dalam membuat kenyataan, kerana kedudukan itu menjadi tumpuan dan penilaian orang dari semua sudut.

      Setiausaha Agung adalah lambang wibawa dan maruah parti.

      Beliau juga sepatutnya bukan hanya bertanggungjawab kepada politik presiden dan bekas SUA, Mustafa Ali, tetapi sebaliknya perlu menjaga dan menghayati politik dan gerak nadi ahli di bawahan

      Delete
    2. Takiyuddin bermastautin di Kelantan baru pertengahan tahun 80an.

      Apa dirasai oleh orang Pas pada tahun 50an, 60an dan membawa ke tahun 70an, tidak dirasai ataupun diketahui oleh beliau.

      Sebab itu dia tidak ada perasaan sukar untuk memaaf dan melupai kejahatan Umno.

      Delete
  3. Siapakah antara ahli PAS yang setuju PAS bersama UMNO?.
    Mejoriti penyokong PAS diseluruh negara tidak bersetuju dan menolak usaha Hj Hadi mengadakan usaha untuk berkerja sama (kahwin mutaah) dengan UMNO. Walaupun pimpinan cai PAS berbuih-buih mulut menafikannya, namun hangat bara percintaan PAS dengan UMNO dapat dihidu oleh ahli dan penyokong PAS.
    Ahli-ahli PAS mula bangun dan menunjukkan sikap tidak senang terhadap pimpinan PAS yang menunjukkan sokongan kepada cita-cita pimpinan PAS pusat untuk bermutaah dengan UMNO.
    Walaupun mereka tidak membuat kritikan secara terbuka kepada pimpinan, namun asas kekuatan PAS diperingkat akar umbi semakin layu, seperti rumput disiram racun.
    Kenyataan sombong setiausaha Agong PAS / ahli Parlimen Kota Bharu (bukan anak Kelantan) pada hari ini, bahawa PAS sedia memaafkan dosa-dosa lampau UMNO telah mengguris hati dan jantung ahli-ahli PAS. Peristiwa Mamali masih segar dlm ingatan.
    Tanpa menghiraukan perasaan ahli dan penyokong PAS peringkat pariah dan akar umbi. Pimpinan PAS melalui setiausaha Agongnya, seolah-olah telah dilamun berahi dan syahwat yang tidak terkawal untuk berkahwin dengan UMNO. Mereka seolah-olah mahu pastikan mereka dapat tidur sekatil dengan UMNO, walaupun terpaksa melalui "kahwin mutaah".
    Mulut tidak bertapis setiausaha agong PAS bemungkinan besar menyebabkan pimpinan PAS Kelantan akan dilanda krisis kepercayaan dan kritikan celupar dari ahli dan penyokong PAS. Keadaan ini sedikit sebanyak boleh meruntuhkan kehormatan pimpinan PAS Pusat dan Kelantan dikalangan ahli PAS sendiri.
    Jika pimpinan PAS tidak yakin kepada realiti ini, mereka boleh merisik pandangan ahli dan penyokong PAS dimana-mana sahaja. Mereka boleh berada ditempat perbincangan politik rakyat bergema, sama ada dikedai kopi atau disurau. 
    Mereka boleh melihat bagaimana ahli dan penyokong PAS sendiri, tanpa malu dan segan membuat serangan pribadi dan mengecam pimpinan PAS Pusat dan Kelantan.
    Modal wala' dan mempercayai keputusan pimpinan yang selama ini subur dalam sanubari hati ahli PAS telah terhakis. Pimpinan PAS kelantan sekarang tidak boleh lagi menyamakan diri mereka seperti TGNA. Penyokong dan ahli PAS telah didik oleh TGNA bahawa "ulamak yang istiqamah dengan perjuangan" sahaja yang layak menerima wala' dan sokongan redha dari mereka.
    Sebenarnya permainan yang digerakkan oleh pimpinan PAS Kelantan adalah suatu yang amat merbahaya kepada masa depan PAS di Kelantan. Bahkan kalau tersalah sepakan, mereka akan dikelaskan sebagai pengkhianat kepada perjuangan PAS.
    Adakah kemungkinan kacau bilau yang berlaku hari ini, disebabkan hukuman dan qada atas dosa pimpinan PAS Kelantan. Dimana mereka bertindak menyokong pembuangan ahli-ahli PAS secara tidak betul pada muktamar yang lepas. Kalau diamati dengan halus agenda bergabung dgn UMNO telah dirancang sekian lama. Cuma dgn adanya TGNA hasrat Hj Hadi terbantut.Ketiadaan TGNA membuka peluang kpd Hj Hadi bergabung dgn UMNO. Paling malang anak TGNA sendiri Nik Abduh mengkhianati amanat Tuan Guru Nik Aziz.

    ReplyDelete
  4. Seluruh pengundi PAS masih terkejut dengan tindakan Hj Hadi.Mula-mula membuang Geng 18 sebab cerdik dan lantang bersuara. Mereka dilebelkan berbagai gelaran. Tujuanya agar pengundi PAS membenci mereka.Yang tinggal dalam PAS sekarang hanyalah terdiri daripada mereka yg bodoh dan tiada tokoh pemimpin. Contohnya Nik Abduh. Walaupun bapanya dikagumi tapi Nik Abdul boleh digolongkan sbg pengkhianat amanat bapanya. PAS sudah jadi parti caca marba, halal ka haram ka..semua depa sapu..janji, jangan dengan DAP dan AMANAH (Pemimpin Amanah mesti diburuk-burukan sbb mereka tahu banyak rahsia PAS)

    Pasal apa? Pasal, DAP dan AMANAH ada prinsip perjuangan.Mereka terdiri dpd profesional yg berotak.

    manakala PAS, prinsipnya suka kluk klek, u-uturn, flip flop. Banyak cakap shj, tarak serupa bikin.
    samalah dengan UMNO, Perkasa.itu pasal, PAS boleh join UMNO dan Perkasa.parti pelampau kaum bani Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapkah profesional yg berotak tu? Cer citer...

      Delete
    2. cerdik pun tak guna klu janji dgn allah pun kianat...

      Delete
  5. Betul tu..dap dan amanah ada prinsip perjuangan, mereka terdiri drp profesional yg berotak taik, otak kelentong.

    ReplyDelete
  6. Hai manusia, ada mulut/tangan harap di pelihara. Takut kesudahannya ke Neraka Jahannam.

    Antara tanda akhir zaman :-

    1. Ulamak dihina, di fitnah....
    2. Orang sesat disanjung...
    3. Zina berlaku secara bebas...

    semua di atas itu untuk habuan api neraka. Kalau berhajat, lakukanlah. Lepas ni jangan salahkan sesiapa lebih-lebih bila melihat sendiri azab api neraka. Allah menjadi saksi atas tulisan ku ini.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Azmin sokong perpaduan antara umno dan pas iaitu perpafuan melayu tak tanpa mengira idealogi......krnyataan buatkan lim gusn eng dan PAN sentap ...kenyataanbini juga menyebabjan jijah ...baka haprak aljuboori sentap sampai pedih pedih ke ulu jubo aljuboori.....nnpk gaya azmin dah mula lawan tokey jubo.....kita tunggu hasil parti koyak rabak nnti...tungguuuuuuu.....sentap jangan tak sentap......

    ReplyDelete
  8. Hadi Hadi bawa Pas ke tahun 1972...

    Pada tahun 1972 Pas bergabung dalam BN. Yang menyebabkan Pas masuk BN ialah Tun Razak dipehak Umno dan Dato' Asri disebelah Pas.

    Tahun 1978 Pas di sepak keluar daripada BN. Maka terpecatlah Dato' Asri dan Mustapa Ali daripada BN.

    Kemudian Dato' Asri sebagai Presiden Pas dikritik hebat oleh pemimpin lain dalam Pas yang akhirnya beliau terpaksa keluar Pas.

    Dato' Asri masih teringat-ingat kemanisan semasa dalam BN. Akhirnya masuk Umno. Dia meninggal ketika masih ahli Umno.

    DAN SEKARANG...

    Anak Tun Razak...Najib sedang mengulangi langkah bapanya. Najib disebelah Umno dan Haji Hadi disebelah Pas sedang mengulangi tragedi 1972 untuk Pas masuk balik BN.

    Nik Aziz antara yang menentang kemasukan Pas dalam BN dari dahulu hingga akhir hayat. Nik Abduh pula sangat menyokong Pas bekerjasama dengan Umno/BN.

    Apakah kitaran sejarah akan berulang sekali lagi? Pas masuk BN. Tak lama kemudian BN terajang Pas keluar. Pemimpin dan ahli Pas memberontak dan Haji Hadi keluar Pas, masuk Umno dan mati sebagai ahli umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kebarangkalian yang tinggi sejarah tu berulang.

      yang tarik Pas masuk BN ialah Tun Razak.

      yang tendang keluar Pas ialah Tun Hussein Onn

      antara yang menyebabkan Dato' Asri keluar Pas ialah Nik Abdul Aziz

      ITU CERITA DULU
      *************************

      SEKARANG & AKAN DATANG:

      yang tarik Pas masuk BN Najib...anak Tun Razak

      yang terajang keluar Pas dar BN Hishamuddin...anak Hussein On.

      yang akan buang Hadi dari Pas siapa?

      Delete
  9. Gobira..gumbira..gembira..kami rakyat jelata nak ulang seruan lagi sekali. Tolonglah percepatkan gabungan pas umno secara resmi. Kami rakyat nak berkompang dan joget lambak.. 

    Atas nasihat tok mupti Mesir yang membela As Sisi , kemungkinan hadi akan berfatwa begini:

    - Umno bn telah dimaafkan. Telah terhapus segala dosa. Jangan dok mengata apa2 lagi.

    - Najid dah bertobat. Dia telah suci dari semua tuduhan. Jo low boleh balik dan yamseng habis2an.

    - Haram hukumnya melawan bn. Wajib patuh. Silap2 kena bunuh.

    - Haram memilih DAP dan gabungannya. Jahatnya mereka ni hingga tidak terampun dosa. Mencuri kayu balak dan duit 1mdb. Masuk neraka mereka ini..

    - Wajib patuh kepada undang2 baru keselamatan negara. Tak boleh nak kata dan tulis apa dah hal yang negatif tentang umno bn. Bn elok semuanya.

    - Saya (hadi) bersumpah akan membela umno dengan darah dan nyawa. Jangan main2 ye. Yang dah baiah, wajib ikut dan patuh. Kau nak masuk neraka ke?
    Akhir kata PAS tetap bodo..

    ReplyDelete
  10. Persamaan prinsip...1 bapa Assaybiyah 1 lagi beraliran IS...Mungkin benar ada persamaan prinsip bilamana kezaliman terhadap rakyat terus berlaku atas nama agama dan kaum...kefahaman tersesat abad ini....Mungkin tiada siapa dapat menafikan hak PAS bermurah semula bersama duda lamanya PENYAMUN tersohor di negara ku tercinta Malaysia...Atas nama prinsip si jalang Wal penyamun di maafkan konon nya si solihin untuk bersama semula di ijab kabul kan walau pun Mutaah tidak boleh lagi tidak sah di daftarkan di negara sunnah ini..namun para Alumni Nusantara al Azhar berpendapat hukum boleh berubah lagi berubah rubah lalu mereka mengharuskan nya si Mutaah ..Kata si jalang lalu si solihinin atas kebaikan bilamana kezaliman antara mereka berleluasa...Maka rakyat di perbodohkan atas anggapan bahawa rakyat adalah sebodoh itu...walhal si lebai gurunya syaitan ayat nya ayat syaitan lalu berkata ia kepada umum akan Quran dan Hadith lalu menyesatkan akan sekalian ummah yang masih lemah pegangan dan ilmu agamanya...tetap tidak ia luar tabii bIla mana Quran menyatakan dengan jelas lelaki yang baik untuk wanita yang baik...Dan sebaliknya...Maka telah berleluasa lah kefahaman agama di sesatkan yang selain darinya. Berapi-api wajahnya marah bila dilebelkan membawa ajaran sesat.
    Akhir kata PAS tetap bodo..

    ReplyDelete
  11. Jom fikir sejenak. Kisah sejarah Islam. Kisah keagungan Islam..bila nak kalah mula guna Al Quran sebagai modal. Tentera Muawiyyah angkat Quran di hujung pedang bila hampir tewas kepada tentera Saiddina Ali dalam perang Siffin. Puak munafik membaca petikan surah Ali-Imran bila dah tersepit.Saiddina Ali telah nampak tipu muslihat komader Muawiyah dan ingin teruskan perang, tetapi tenteranya enggan meneruskan perang apabila melihat Quran dijulang sebagai isyarat gencatan senjata. Kini Pemimpin 2 parti bersetuju guna Quran sebagai alat mengikat perpaduan antara mereka dgn pelbagai bentuk diksi seperti kerjasama, penyatuan dll. Sementara akar umbi parti masih saling curiga antara satu sama lain. Selain itu malu-malu alah pun ada di kedua-dua pihak. Sejarah merakam peristiwa dan berlaku dalam dimensi yg sama cuma pelakon sahaja berbeza. Pas dulu lantang laung PGU- Pas Ganti UMNO, sekarang berrubah jd Pas Gabung UMNO. Dulu Tahalluf Siyasi sekarang dah jadi Tahaffut Siyasi. Siapa percaya lg kepada PAS? Sebahagian besar ahlinya menolak idea Hj Hadi. Hj Hadi dilihat semakin besar kepala bila ketiadaan Nik Aziz. Haron Din diangkat jd musyidul am pas kerana sekepala dgn Hj Hadi. Mari kita lihat jumlah Undi diterima calon PAS dlm PRU 13 dulu. Tidak melebihi 30% dr jumlah ahli PAS sendiri.Bila berlaku pengkhianatan begini..undi PAS pru14 sudah boleh diramal..
    Akhir kata PAS tetap bodo..

    ReplyDelete
  12. Ambil iktibar peristiwa kejatuhan Datuk Asri Muda

    PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951, telah mengalami pasang surut dalam perjuangan. Kalah berganti menang, menang berganti kalah. Kita bersyukur sewaktu menang dan kita bersabar sewaktu kalah.

    Dan kita kalah teruk pada tahun 2004 adalah kerana ramai antara kira yang angkuh dan ego. Lebih ramai yang menyalahkan pihak luar tanpa menyedari kelemahan dan mengakui kelemahan diri kita.

    Setiap kali kalah, kita akan mengatakan pihak lawan main kotor, pengadil berat sebelah, media massa memanipulasi kenyataan kita.

    Seolah-olah tidak ada secebis pun kesilapan di pihak kita.

    Seolah-olah kita adalah manusia maksum yang bersih daripada salah dan silap.

    Sehingga hari ini, penyokong PAS di peringkat cawangan tidak didedahkan kepada 'post mortem' bagi menganalisa punca kita kehilangan kuasa di Terengganu dan kenapa leher kita hampir terjerut tali gantung di Kelantan.

    Puncanya, kita memilih pemimpin yang terdiri daripada golongan yang hanya pandai berceramah mengkritik dan menyalahkan parti lawan, tetapi tidak mempunyai ilmu politik dalam membuat kenyataan.

    Apakah tidak bebal namanya jika sewaktu kempen pilihanraya, kita mengatakan perdana menteri tidak menjadi imam solat jenazah ibunya, maka dengan itu, beliau kurang 'keIslamannya'?

    Tidak bebalkan namanya apabila kita memilih untuk menghentam DAP dengan mengatakan pemimpin mereka adalah ubat yang sudah luput tarikh, sedangkan sasaran kita bukannya DAP.

    Apakah cerdik jika kita mengatakan kita kalah kerana penghuni kawasan setinggan, pekerja kilang, serta peniaga pasar malam tidak mengundi kita. Dan kita mendakwa siaran berita RTM hanya sesuai untuk orang-orang yang disebutkan itu, selain daripada orang yang buta huruf?

    Mengapakah tidak keluar sepatah kenyataan pemimpin kita bagi mengulas laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis walhal ia adalah satu isu besar yang boleh dimanfaatkan sehingga pilihanraya umum 2008?

    ReplyDelete
  13. Itu hanyalah contoh-contoh kecil tentang bagaimana pemimpin yang kita pilih lebih sibuk bergaya dengan kereta mewah, walhal masih terlalu banyak penyokong kita yang hidup secara kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang dan pada yang sama, menabung bagi menguatkan parti.

    Sewaktu diberi kuasa di Terengganu, kita sombong dengan pihak media dan kalau boleh tidak mahu diwawancara agar tembelang kita mengenai isu semasa, tidak diketahui pihak media.

    Kita menyangka dengan membahagi-bahagi lesen sementara menduduki tanah kerajaan (TOL), rakyat akan terus menyokong kita, walhal mereka menjadi cuak dan muak apabila pemimpin di semua peringkat daripada yang berpejabat di Wisma Darul Iman hinggalah kepada Jawatankuasa Syura Rakyat sibuk mengikis setiap inci hasil mahsul negeri Terengganu, sehingga ada cawangan membentangkan dalam mesyuaratnya penyata pendapatan daripada hasil balak.

    Sebahagian besar daripada kita tidak berada di muktamar ke-28 pada 23 Oktober 1982 di balai seminar Dewan Bahasa dan Pustaka, yang menjadi titik-tolak kewujudan kepimpinan ulama dalam PAS. Pada muktamar tersebut kita memilih untuk menolak presiden parti, Datuk Asri Haji Muda hanya kerana beliau tidak mendengar suara orang muda dalam PAS.


    Apakah tidak mungkin pada hari ini, sekali lagi kita membuat keputusan untuk menyedarkan presiden bahawa rakyat Terengganu menolak cara berpolitik beliau sehingga PAS hilang kuasa di Terengganu, dan beliau sendiri tewas di Parlimen Marang, dan hampir tewas di Rhu Rendang, maka ahli-ahli PAS memohon dengan penuh hormat agar beliau menurut jejak langkah orang yang bermaruah, iaitu mengundurkan diri daripada terus memegang jawatan presiden.

    Politik menyalahkan orang dan politik melabelkan Pemuda sebagai 'buih-buih Pepsi Cola', bukanlah politik orang tua yang bijak. Pencalonan dan pemilihan pada penggal ini berjalan dengan penuh hipokrit. Cadangan Mursyidul Am tidak diendahkan.

    Presiden berlepas tangan asalkan dirinya tidak ditentang, kempen-kempen dibuat secara tidak bertanggungjawab. Parti bukan lagi menjadi sebuah bangunan yang kukuh, bahkan tidak lebih daripada menjadi dangau menunggu durian luruh di dusun.

    ReplyDelete
  14. 1. Tan Sri Datuk Mohd Asri Haji Muda adalah bekas Yang DiPertua Agung (kini dipanggil Presiden) PAS yang keempat selepas Haji Fuad Hasan, Dr Abbas Ilias (pemangku) dan Dr Burhanuddin Al Helmi.

    2. Beliau juga adalah Presiden PAS yang paling lama memegang teraju kepimpinan – sekitar 14 tahun. Sewaktu PAS memperoleh kejayaan demi kejayaan – kemenangan 12 MP PAS dan penguasaan Kelantan pada tahun 1969, menguasai beberapa kementerian dan agensi kerajaan sewaktu PAS menyertai BN dan pelbagai lagi, Datuk Asri disanjung tinggi. Cukup tinggi. Pada ketika itu, tidak sedikit ahli PAS yang taksub pada Datuk Asri lantaran kebijaksanaan strategi siasahnya, kehandalan berpidatonya serta PRnya yang menyenangkan.

    3. Namun, dalam penceritaan sejarah Presiden PAS hari ini, Datuk Asri telah digambarkan sebagai seorang yang telah tercabut dari akar perjuangan. Beliau dikatakan telah membawa parti kepada ideologi Nasionalis Islam. Kepimpinan dan jasa beliau semacam tidak dikenang lagi. Seboleh mungkin nama Asri mahu dipadamkan terus dari sejarah PAS. Saya tidak pasti adakah pemuda-pemuda yang pernah memalukannya dalam muktamar dulu pernah memohon maaf pada akhir-akhir hayatnya sebagaimana Tun Mahathir menyantuni Tunku Abdul Rahman.

    4. Dalam Muktamar Thanawi PAS 1982, beliau telah dijatuhkan sangat kasar dan biadab. Laungan ‘Takbir’ dan ‘Marakbar Asri’ menguasai Tingkat 5 , Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari itu. Datuk Asri akur dan berundur dalam kekecewaan yang tiada taranya.

    5. Mengapa perkara itu berlaku pada seorang Presiden parti yang disanjung tinggi?

    ReplyDelete
  15. 6. Apabila Asri memutuskan untuk menyertai BN pada 1973, majoriti masih menganggap keputusan itu betul. Apabila Asri memutuskan untuk keluar dari kabinet Tun Hussein Onn pada 1977 lantaran rampasan kuasa di Kelantan, majoriti ahli PAS masih menganggap beliau betul. Memang ada suara yang mengkritik, tapi masih sembunyi-sembunyi. Waktu itu blog pun belum wujud – tidak sebagaimana hari ini.

    7. Apabila PAS kalah teruk dalam Pilihanraya Umum 1978 dan kemudiannya 1982, Asri Muda mula dipersalahkan secara besar-besaran. Ahli mula tersedar dan percaya bahawa Datuk Asri telah banyak membuat keputusan-keputusan yang tidak betul.

    8. Wujud perancangan sulit untuk menjatuhkan beliau. Lebih halus, istilah Kepimpinan Ulama’ dicipta dan didoktrinkan kepada ahli. Kebetulan Timbalan Presiden PAS pada ketika itu adalah seorang Ulama’ – Tuan Guru Haji Yusuf Rawa. Kepimpinan PAS bertukar tangan kepada golongan Ulama’. Natijahnya tidak dinafikan baik, parti telah menjadi semakin kukuh dan PAS mula berpengaruh.

    9. Tetapi satu fakta yang tidak boleh dinafikan adalah PAS berpengaruh melalui kesempatan, bukan kekuatan. Pada 1990, pakatan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan Semangat 46 serta1999 – Era Reformasi pasca pemecatan Anwar Ibrahim. PAS belum pernah dan belum mampu mencipta kejayaan atas kekuatan yang dimiliki sendiri.

    10. Mengapa ini berlaku?

    11. Segala-galanya adalah berpunca daripada bagaimana cara ahli PAS berfikir. Baik 30 tahun dulu ataupun pada hari ini.

    12. Mereka lupa bahawa pada era Datuk Asri dulu, ahli-ahli PASlah yang menyebabkan parti itu lemah. Parti itu lemah kerana Presidennya kerapkali membuat keputusan yang salah. Keputusan yang salah itu berlaku kerana ahli-ahlinya yang tidak menasihati Presiden. Ahli-ahli terlalu yakin dengan kebijaksanaan, kehebatan dan kemuliaan pemimpinnya itu. Lebih parah apabila sanjungan dan keyakinan ahli itu telah ditafsirkan sebagai mandat mutlak ahli kepadanya (Asri).


    13. Mandat mutlak adalah punca kejatuhan banyak kerajaan demokratik di dunia. Apabila pemimpin menganggap bahawa kepimpinannya diterima secara mutlak, maka pemimpin itu cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan gerak hati sendiri, bukannya pandangan massa apatah lagi pendapat ahli-ahli bawahan yang dianggap pasti akan tetap menyokongnya dalam apa jua keadaan. Hasilnya – bercambahlah keputusan-keputusan yang salah. Keputusan-keputusan yang salah itu akan menyebabkan parti akhirnya rebah.

    14. Apa yang berlaku pada 30 tahun yang lalu tidak mustahil akan berulang lagi.

    15. Apabila Presiden terlalu yakin dengan kebijaksanaan peribadinya sehingga mengabaikan nasihat-nasihat yang baik dan kritikal terhadapnya, parti sedang dibawa ke lembah kebinasaan. Lebih parah apabila pimpinan-pimpinan utama dipilih dan dilantik dari kalangan yang sukar berbeza pandangan dengan Presiden.

    16. Pada masa ini, ahli masih tidak memberontak. Kalaupun ada, hanya letusan-letusan kemarahan di ruang-ruang blog dan kedai-kedai kopi. Pada masa ini kerusi PAS di Parlimen masih banyak. Ahli-ahli masih berada dalam zon yang sangat selesa. Sangat selesa hinggakan ahli tidak perlu berfikir dengan kuat tentang apakah yang terbaik untuk parti.

    17. Apabila keputusan-keputusan salah terus dibuat oleh pucuk pimpinan, hasilnya akan dilihat dalam PRU 14 nanti. Pada waktu itu PAS mungkin akan tewas di banyak kerusi parlimen. Kelantan mungkin kembali ke tangan UMNO. Jika itu berlaku, ahli-ahli PAS akan mula marah secara besar-besaran. Mereka akan mula lupa pada Kepimpinan Ulama’. Mereka akan lupa pada status Ulama’ seorang Presiden. Mereka akan lupa segala-galanya yang mereka sedang pertahankan pada hari ini.

    18. Pada waktu itu, Ustaz Hadi mungkin akan diperlakukan lebih teruk daripada Asri Muda. Mungkin selepas itu konsep Kepimpinan Ulama’ akan terus berkubur.

    19. Jika ini berlaku, PAS akan menunggu masa yang lama lagi untuk pulih.

    20. Al Fatihah untuk Allahyarham Datuk Mohd Asri Haji Muda.

    ReplyDelete
  16. Pas memang bodoh. Ambo sokong. Hamba/barua perompak.

    ReplyDelete
  17. Timbalan Presiden PAS minta PM cuti, hapus GST

    Media baru-baru ini melaporkan pertemuan mesra antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan membuka jalan ke arah kerjasama antara kedua parti .

    Bagaimanapun selepas beberapa hari, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menunjukkan sikap sebaliknya terhadap perdana menteri.

    Dalam satu kenyataan media hari ini, Tuan Ibrahim menggesa Najib bercuti sehingga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap isu 1MDB.

    "Ini penting untuk memulihkan nama baik Presiden Umno, Malaysia dan juga Islam kerana siasatan perlu akan kelihatan adil sebelum keadilan dapat dilakukan," katanya.

    Tuan Ibrahim secara sinis turut mencadangkan kerajaan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan bercanggah dengan Islam.

    "Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai," ujarnya.

    KAH..KAH...KAH.....KAH...

    Tak lama lagi lidah titm ni kena sunat la....

    Tuan Presiden sedang mimpi basah dengan Umno tapi timbalan pula main jolok-jolok...

    KAH..KAH...KAH.....KAH...

    ReplyDelete
  18. Ini cerita lucu mengenai Pemimpin besar PAS.Umum sudah tahu PAS sebelum ini sentiasa dilihat melakukan "u-turn". Jika Presiden yang bercakap, maka akan ada seperti satu Lajnah Penafian yang diketuai oleh setpolnya menafikan kenyataan itu dibuat oleh Hj Hadi. 

    Dan kemudian "anjing-anjing kurap" PAS (meminjam istilah yang digunakan oleh Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris apabila Unit Amal dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir di Klang) bertempik menyalak pihak lain kononnya berita itu diputarbelitkan. 
    Kini giliran SU PAS pula buat u turn. Setelah lima akhbar membuat akuan SU OAS terpinga2 untuk cover line..
    Akhir kata PAS memang bodo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli Parlimen Kota Baru menyalahkan portal The Malaysian Insider dan mengatakan kenyataannya diputar belit. Selain The Malaysian Insider, portal berita lain seperti Sinar Harian Online, The Malay Mail Online, Malaysiakini dan Mstar Online turut melaporkan perkara sama. Bolehkah pemimpin besar PAS nak buat u-turn lagi. Aku cadangkan supaya SU PAS belajar dgn Hj Hadi macamana nak buat pusingan u.

      Akhir kata PAS memang bodo..

      Delete
  19. Terbaik...statement tuan.

    ReplyDelete
  20. percaturan politik terkini akan menyaksikan parti jelmaan pan akan terbuang ke lubang taik......

    ReplyDelete
  21. Pas akan melePas mengeluarkan tahi nya. Barua/hamba umno akan menghidu ramai...kahkahkah. Dasar hamba umno.!

    ReplyDelete
  22. Sebenarnya mat sabu adalah pemimpin politik yg paling bodoh dan mudah dibodohkan tetapi sampai skrang dia tak tau yg dia tu bodoh, ilmu zero, yg dia tau hnyalah buat ceramah lawak dan kuat makan..sibodoh yg belagak pintar..kahkahkah..

    ReplyDelete
  23. Aku dah lama maaf Kan Umno Dan pas. Tak bermakna aku akan undi UMNO + pas.

    ReplyDelete
  24. Dgn siapa pas nak bergantung harap? Ahli sendiri dah makin kurang, pengundi atas pagar semua sokong Harapan. Terpaksa la lupakan kekejaman UMNO terhadap Ahli pas Dan rakyat.
    Tidak bagi aku Hadi. Aku akan Terus menentang UMNO Dan siapa sahaja yang menyokong UMNO. Semangat ABU masih membara sejak Dari dahulu lagi

    ReplyDelete
  25. Ini mesti budak UMNO atau pas ni

    ReplyDelete
  26. Ya terbaik. Dari dulu hingga sekarang aku tolak ABU walaupun PAS cuba berhelah mengatakan Umno sudah bertaubat. Silap haribulan Pas pun aku tak undi.

    ReplyDelete
  27. Otaku dia niii...

    ReplyDelete
  28. Akhir kalam mari sama2 kita berdoa agar PAS SAMA2 MAMPUS BERSAMA AMENO. Tak guna dah untuk berjuang bersama PAS nii.Yang terukkk penyokong dan ahli.Memang sudah lama dah perancangan ini.Sekarang ni lebai yang serban besaq pun tak boleh dipercaya langsung.Serban tu semua bakal dicampak dalam longkang tak lama lagi. Nanti akan kita lihat semua lebai ni kepalanya akan jadi hitsm kesemua.

    ReplyDelete
  29. Akhir kalam mari sama2 kita berdoa agar PAS SAMA2 MAMPUS BERSAMA AMENO. Tak guna dah untuk berjuang bersama PAS nii.Yang terukkk penyokong dan ahli.Memang sudah lama dah perancangan ini.Sekarang ni lebai yang serban besaq pun tak boleh dipercaya langsung.Serban tu semua bakal dicampak dalam longkang tak lama lagi. Nanti akan kita lihat semua lebai ni kepalanya akan jadi hitsm kesemua.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...