Sunday, 20 December 2015

LAGI BUKTI BERGAMBAR PAS JOHOR SUDAH LUMPUH SELEPAS PAN DITUBUH .... PROGRAM NEKAD 11.0 DI BATU PAHAT KENA BOIKOT HABIS.


Semalam 19hb Disember 2015 bersamaan hari Sabtu jam 2.00 petang hingga 6.30 petang di Markas PAS Kawasan Batu Pahat, Sg Tongkang, Rengit berlangsung program NEKAD 11.0 Lajnah Dakwah PAS Negeri Johor... tetamu kehormat tidak lain tidak bukan ialah Presiden PAS merangkap Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia YB Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.

Ingatkan apabila PAN ditubuhkan dan kecoh dengan baju sedondon warna merah jambu maka rakyat akan secara beramai-ramai meninggalkan perjunagan PAS yang dipimpin Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang ... rupa-rupanya silap ... lagi dicemuh dan dikecam dengan pelbagai serangan lagi kuat tekad para penyokong dan ahli PAS terus beristiqamah hingga kemenaangan bersama-sama dengan PAS.

Cerita cakap besar berdegar-degar sembang kencang oleh beberapa pemimpin PAN kononnya PAS Johor sudah lumpuh dan musnah tidak lebih dari propaganda murahan yang tidak berpijak dibumi yang nyata.

19 comments:

  1. Bahayanya kalau termakan "dedak" walaupun hanya menghidu.....

    Apa isunya berbaju sedondon?

    Di mana-mana majlis yang besar-besar seperti MaulidurRasul SAW, Musabaqah Al-Quran, Sukan Sea, Kooperasi, lazimnya panitia sambutan akan mengesyorkan VVIP yang datang terutama yang terlibat dengan perasmian akan memakai baju sedondon samada berpakaian batik, baju Melayu dan sebagainya.

    Bagi mereka yang kepala otak berserabut, kepala otak sudah tepu dek termakan dedak Dapig akan melihat perkara remeh temeh sebegi sebagai satu isu untuk menjustifikasi ratib mereka selama ini iatu UG...UG...UG...kononnya kalau ratib 1000 kali pagi dan petang akan cepat ke Putrajaya. Lebih malang lagi kalau mereka bangun malam meratib Ug 10,000 kali maka hasilnya akan bertambah cepat, seolah-olah PAS akan hancur bila-bila masa.

    Kehadiran DS Najib untuk merasmikan majlis alumni Al-Azhar itu serta TGHH memberi Ucaptama menambah lagi bukti bahawa Umno akan bergabung dengan PAS. Begitulah ceteknya pemkiran PAN, nama lagi PAN @ Kuali sebuah bekas berkarat hitam kotor dan jijik jika tidak dibasuh dengan sabun pencuci (dalam konteks orang, mesti dibasuh dengan Nur Islam)

    Takkan penganjur nak menemput Apek Tanjung buat perasmian dan Ostad Pandap beri Ucaptama.....apa kelas.
    Sudah semestinya pemimpin tertinggi Negara yakni PM dan Ulamak tertinggi Negara dijemput untuk merasmi dan memberi ucaptama.

    Soal penganjur mahu menggunakan peluang memberi 'pelampung' atau talian hayat kepada Umno agar mileage politiknya naik menjelang PRU ini, itu soal lain. Saya yakin PAS sudah membuat antisipasi dari awal-awal lagi. Tapi sekurangnya PAS dapat berucap dan menyampaikan mesej dakwahnya secara live seperti di bawah

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERPADUAN UMMAH MERENTASI IDEALOGI

      Oleh
      DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
      Presiden PAS


      Allah Maha Mengetahui, dunia akhir zaman dikurniakan dengan sedikit ilmu,

      kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (surah al-Isra': 85)

      Manusia dapat mencipta alat-alat yang canggih, untuk berpindah ke penjuru dunia dengan cepat, mendapat maklumat dalam masa yang segera, (maka) cukup bagi akhir zaman ini seorang Rasul sahaja, dengan mukjizat ilmu Al-Quranul Karim, membawa ajaran yang sama, iaitulah Islam. Firman Allah Taala:

      Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. (surah Ali-Imran: 83)

      Islam adalah petunjuk Allah merentasi tujuh petala langit dan bumi, merentasi segala makhluk, bukan sahaja manusia, bahkan makhluk yang ghaib, makhluk yang nyata, makhluk yang tidak bergerak, alam dunia sehingga alam akhirat.

      Rub'ie bin Amir, duta yang dihantar menemui Empayar Parsi, menegaskan:

      Allah yang menghantar kami (iaitulah mesej Islam) untuk mengajak siapa yang mahu tanpa paksaan. Daripada memperhambakan diri kepada sesama makhluk, kepada memperhambakan diri kepada Allah. Daripada kezaliman (daripada) berbagai ajaran, kepada Islam yang adil. Daripada wawasan dunia yang sempit, kepada wawasan yang sangat luas (daripada dunia sehingga hari akhirat).

      Menunjukkan Islam, yang disebut Ad-Din, tidak boleh ditakrifkan dengan agama dalam bahasa lain, ataupun religion dalam bahasa Barat. Buka dalam Ensiklopedia Barat, Britanicca dan sebagainya. Mereka mentakrifkan religion, mentakrifkan agama, tidak tepat dengan ad-Din yang dimaksudkan oleh bahasa Al-Quranul Karim. Kerana Islam khusus bagi manusia, di samping makhluk-makhluk yang lain, khusus bagi manusia, merangkumi fitrah, merangkumi naluri manusia itu, jasad, roh, akal, individu, masyarakat, dan hubungan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain, menjadikan Islam merentasi seluruh alam ini.

      Al-Quran menegaskan kepada kita, Islam adalah agama asal, agama-agama lain teori dan ideologi datang kemudian, Firman Allah Taala:

      Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. (surah al-Baqarah: 213)

      Delete
    2. bnu Abbas RA menegaskan, ayat ini bermaksud manusia bermula dengan Adam AS, bukannya dengan monyet, bukan dengan zaman batu. Adam membawa ajaran Islam, agama yang asal. Setelah seribu tahun, wafatnya Nabi Adam AS, terdapat kalangan manusia mengadakan ajaran sendiri, agama sendiri, melantik tuhan sendiri, lain daripada Allah. Manusia yang mulia menyembah batu, binatang, dan sebagainya, mengadakan peraturan mengikut hawa nafsu.

      Allah mengutuskan setiap zaman Rasul yang silih berganti, berakhir dengan Nabi Muhammad SAW, yang diutuskan untuk merentasi seluruh dunia. Rasul akhir zaman yang saya maksudkan tadi, menjadi hikmat yang menakjubkan. Allah memilih Rasul itu di bumi Makkah, bumi yang kering, terpencil daripada tamadun, terpencil daripada kemajuan, dan ajaran-ajaran agama samawi dan tidak samawi yang besar. Untuk menyatakan bahawa, manusia tidak boleh menjalankan tugas di atas muka bumi, melainkan dengan membangun mengikut agenda dan peraturan Allah.

      Tamadun China berbangga dengan Tembok Besarnya, Tamadun Mesir dengan Piramidnya, Tamadun Babylon dengan bangunannya. Semua tamadun berbangga dengan bangunan-bangunan yang dibina. Maka Allah membina Tamadun Islam di akhir zaman dengan membangun insan, membangun manusia. Membangun manusia dahulu mengikut fitrahnya, membangun rohnya, membangun jasadnya, membangun akalnya, membangun individunya, dan dia bangun masyarakat dan negaranya.

      Sila lihat ayat-ayat yang pertama yang diwahyukan:

      Bacalah dengan nama tuhanmu yang telah menciptakan manusia. (surah al-Alaq: 1) Menyatakan ilmu membangun manusia dengan ilmu.

      Firman Allah Taala:

      Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah). (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (surah Quraisy: 1-4)

      Menjalinkan roh jasad, politik dan ekonomi, mengikut acuan Allah SWT. Quraisy yang hidup di bumi kering, tidak ada tanaman, tidak ada air, terpaksa musafir ke Timur dan Barat mencari sumber ekonomi. Dalam masa yang sama kecintaan kepada Kaabah, dia betulkan akidah yang benar, melalui bumi yang kering ini dibangun manusia, mengikut acuan Allah.

      Ilmu, iman, akhlak, ekonomi, politik dan segala-galanya, setelah tarbiyyah dalam masa 13 tahun, berhijrah ke al-Madinatul Munawwarah, dan membina masyarakat Madani. Banyak kita bercakap tentang masyarakat Madani, tanpa kita menjadi perkataan Madani, mesti diambil daripada Bahasa Arab. Madani ad-Din ataupun Tamadun, yang dihurai oleh Ibnu Khaldun, di dalam al-Muqaddimah. Allah menjadikan manusia satu keluarga, maka Islam merentasi Kaum dan bangsa,

      Delete
    3. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah al-Hujurat:13)

      Maka risalah Nabi Muhammad SAW akhir zaman itu, membahagikan manusia kepada dua kumpulan. Yang pertama Ummah Dakwah, yang kedua Ummah Ijabah. Ummah Dakwah ialah seluruh manusia, Islam dan bukan Islam. Ummah Ijabah ialah manusia yang sudah masuk Islam.

      Semuanya adalah Ummat Muhammad SAW. Maka didirikan negara masyarakat majmuk. Bukan sahaja berbagai kaum, termasuk berbagai agama, di Madinah itu ada Arab, ada Yahudi, ada Parsi, ada macam-macam. Walaupun tidak besar, ada benihnya, berbagai kaum. Kerana Allah menjadikan manusia itu pada dasarnya, satu keluarga, walaupun mereka berbagai bangsa, mereka mesti bermasyarakat Madani.

      Ibnu Khaldun mengatakan, Al-Insan, Madaniyyun Bit Tabii. Manusia tidak boleh hidup sendirian, tidak mungkin hidup seorang diri, tidak mungkin hidup satu bangsa, tidak mungkin hidup satu negara, mesti digabungkan hasil-hasil negeri, dengan negeri yang lain, kebolehan dengan kebolehan yang lain.

      Sehelai baju yang dipakai, memerlukan kapas yang ditanam. Pertanian, memerlukan traktor, galian, besi. Memerlukan Petroleum, memerlukan berbagai-bagai alat. Perlu digabungkan (sebagai) masyarakat madani.

      Maka Nabi Muhammad SAW membina Madinah itu membina masyarakat madani. Dengan mengajak manusia kepada Islam tanpa paksaan. Yang Islam, wajib patuh kepada ajaran Islam, yang tidak Islam, tidak dipaksa. Dan membuktikan bahawa Islam berjaya, menyatukan umat yang tidak mampu disatukan agama dengan ideologi yang lain. Quran menegaskan:

      Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (surah al-Hajj: 40-41)

      Delete
    4. Islam dan penganutnya mesti berkuasa. Sejarah menunjukkan, kalau Kristian yang berkuasa, bunuh Yahudi. Yahudi berkuasa bunuh Kristian. Majusi berkuasa bunuh penganut agama lain. Bila Islam memerintah dengan Islam menunjukkan adil untuk semua. Apa yang disebut Islamophobia hari ini adalah fitnah terhadap Islam. Bercanggah dengan hakikat yang ada dalam ajaran Islam. Bagaimana Nabi kita Muhammad SAW melarang membunuh paderi, membunuh diplomat, membunuh utusan, membunuh rahib. Tiba-tiba bukan paderi yang dibunuh, gereja yang dibom, masjid yang dibom, di mana ajaran ini?

      Hadis-hadis Nabi menunjukkan tidak boleh membunuh perempuan, kanak-kanak, orang awam. Disebut di dalam hadis, seorang wanita dimasuk ke dalam neraka kerana mengurung seekor kucing tidak diberi minum. Allah memberi rahmat kepada seorang yang memberi minum anjing yang najis mukhallazah, dapat Rahmat Allah. Bagaimana Islamophobia? Tidak menepati hakikat yang ada dalam ajaran Islam.

      Ketika Islam dilaksanakan, Islam telah berjaya membina Tamadun Islam. Negeri yang orang Islam masuk, orang bukan Islam masuk Islam berduyun-duyun. Berduyun-duyun orang masuk Islam. Lihat Jalan Sutera dari Negeri Arab sehingga sempadan China, ranap ajaran lain dan Islam. Lihat di Asia Tenggara, pedagang yang datang ke sini, ranap ajaran agama lain, kerana rahmat dan kebaikan yang ada dalam ajaran Islam. Yang pertama, Islam mengajak kepada Islam. Yang kedua, Islam menggalakkan ilmu,

      Hadis Nabi, Orang yang (menjadi) pilihan dia masa jahiliyyah, (menjadi)pilihan dia masa Islam.

      Kalangan ilmuwan, sebelum kedatangan Islam dibunuh, ahli falsafah dibunuh. Arkitek dipotong tangan, kerana takut orang bikin istana macam Istana yang dibuat. Dalam sejarah Melayu, pemuda yang menunjukkan guna batang pisang untuk menentang todak yang menentang Singapura, walaupun itu cerita dongeng, itulah hakikatnya, dibunuhnya orang yang bijak.

      Islam mengambil orang yang bijak. Orang yang bijak, yang pintar di zaman jahiliyyah, bila bersama dengan Islam, dia disanjung tinggi bila dia seorang yang faham. Amar bin Asr, Khalid bin Walid, dan lain-lain lagi, adalah tokoh-tokoh di zaman jahiliyyah, disanjung bila dia bersama dengan Islam.

      Ada yang tak masuk Islam, Nabi bersabda, Kebijaksanaan barang tercicir kepunyaan orang Islam. Di mana dijumpa dipungut.

      Maka Islam mengambil ilmu-ilmu tamadun lain yang memberi faedah. Tamadun India, China, Parsi, Rom, Mesir dan lain-lain. Ada ilmuwan yang tak masuk Islam, disanjung dalam masyarakat Islam. Ilmu yang diambil dan diIslamkan ilmu itu, maka lahirlah Tamadun Islam. Dan Islam telah berjaya memerintah negara yang besar, dari Timur ke Barat, Utara dan Selatan. Dalam masa yang singkat, masa tak mengizinkan. Itulah kehebatan Islam. Zaman tidak ada hubungan yang cepat, Islam boleh memerintah negara yang besar dan juga berbagai kaum dan agama.

      Maka Barat tertarik dengan Tamadun Islam. Malangnya Barat ini mengambil tamadun kebendaan, tamadun duniawi, tidak mengambil akidah dan akhlaknya. Maka berlakulah kecelaruan pada hari ini. Betapa telah berjayanya Islam merentasi kaum. Ayat yang dibaca dalam muqaddimah,

      Delete
    5. Hahaha......melayu sesat mula perguna islam utk sesatkan penganutnya utk lebih mudah menghasut ajaran sesat utk menguasai melayu yg mudah disesatkan dgn ajaran islam bagi yg lemah pengertian islam yg sebenar.

      Delete
  2. Bagus Omakkau jadi batu api utk bagi panas Parti Amanah. Cuma adakah berbaloi hentam parti yang umur baru sebulan dua tu. Lagi pun umur Pas yang dah hampir 70 tahun patutnya kehadiran lebih ramai lagi.

    Ps: seronok tgk ommakkau dah berubah ke arah parti Islam. Kalau dulu... keh keh keh... geng2 lama kenal sangat siapa dia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BILA "SETAN" BERSUARA, MEMANG SEMUANYA TAK KENA!!!

      lahai!!! Pelik betul la dengan diorang ni. Kadang terasa heran jugak, kenapa pemikiran yang sedemikian 'Jumud' boleh lahir dikalangan mereka yang menggelarkan diri 'Bijak Pandai'.

      Nak pulak dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu. Kalau bercakap, tak pernah guna kepala otak masing - masing sebab dah penuh dengan sampah. Tu pasal diorang banyak guna kepala lutut.

      Dan sebab itu jugak la diorang ni mudah sangat meroyan bila gambar dua orang pemimpin parti yang didominasikan oleh orang Melayu tersebar didalam laman media sosial sebelum ini.

      Tak cukup tanah diorang punya sumpah seranah. Macam - macam persepsi yang dilemparkan hanya semata - mata nak memperlekehkan pertemuan diantara dua pemimpin tersebut.

      Itu pun masih lagi ada yang cuba membuat dakwaan kononnya UMNO dan PAS tidak mungkin bersatu kerana disebabkan ideologi perjuangan diantara kedua - dua parti Melayu itu berbeza.

      Kalau orang yang Non Partisan cakap macam tu, kita boleh terima lagi. Tapi kalau dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri yang cakap, memang 'Tak Boleh Blah' lansung.

      Mana tidaknya. Kenapa pulak diorang nak kata yang UMNO dan PAS tak boleh bergabung hanya semata - mata kerana perbezaan dari segi ideologi Politik sedangkan sebelum ni boleh?

      Bukan ke sebelum ini PAS pernah ber-Tahaluf Siyasi dengan puak - puak DAPigs dan PKR yang terang - terangan mempunyai agenda Politik Peribadi mereka sendiri yang tersembunyi?

      Kenapa pulak PAS dan UMNO tak boleh wujudkan kerjasama Politik atas dasar konsensus "Setuju Untuk Tidak Bersetuju" sedangkan sebelum ini PKR serta DAPigs boleh buat secara paksaan?

      Nah! Kan mudah je jalan penyelesaiannya. Buat apa susah - susah nak fikir macam mana UMNO dan PAS hendak bersatu. Tak perlu PAS masuk BN jika mereka benar - benar mahu bersatu.

      Tapi ye la. Bila kita bercakap dengan Pentaksub dan Pengampu bontot DAPigs, memang diorang kata UMNO dan PAS tak boleh bergabung walaupun pada hakikatnya diorang 'Kecut Buah Kerandut' bila tau umat Islam nak bersatu. Ikut peel Setan la katakan!!!

      Delete
  3. HANYA "SETAN" JE YANG DENGKI DENGAN UMAT ISLAM!!!

    Zaman sekarang ni, kalau nak tengok "Setan" senang je. Baca je dalam laman media sosial yang mengutuk dan memperlekehkan usaha ke arah penyatuan Umat Islam. Itu kerja "Setan".

    Sebab "Setan" ni memang selama - lamanya akan tetap tak senang jika melihat Umat Islam ni bersatu. Maka "Setan" jugak akan berusaha untuk terus memecah belahkan Umat Islam. Termasuk la dengan mempergunakan Pengampu dan Pentaksub puak - puak DAPigs tu!!!


    Baca juga: Macai Anggap Ini Semua Sandiwara Belaka!!!

    Kritikan DAPigs di media sosial terhadap pertemuan Presiden PAS dan Presiden UMNO ‎dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 ‎semalam ternyata membuatkan DAPigs tidak senang duduk.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kritikan itu jelas menunjukkan DAP kurang senang dengan perkara yang melibatkan permuafakatan antara dua parti besar Islam ini.
    "Hendak tahu ukurannya berjaya atau tidak kita tengok bagaimana maklum balas ataupun telahan dan kritikan daripada mereka yang mungkin kurang senang dengan Multaqa ini.
    "Semalam saya perhatikan di Twitter dan di media sosial terutamanya daripada pihak DAP atau pemimpin tertingginya Lim Guang Eng memberikan kritikan terhadap Multaqa ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penutup di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di Hotel Grand Seasons hari ini.
    Terdahulu, Guan Eng dalam Twitternya menafikan bahawa dia ada menulis mengenai 'PAS bersama UMNO, kerana mendapat sebahagian duit derma RM2.6 bilion'. Guan Eng berkata, tweet itu palsu, dan satu laporan polis telah dibuat.

    Isu kerjasama antara UMNO dan PAS semakin hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, menghulurkan 'tali silaturahim' kepada parti Islam itu untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

    Pelawaan itu dibuat ketika beliau berucap menyampaikan ucapan dasar sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015, yang telah diadakan pada minggu lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PASMA-Cai PUN BUAT "U-TURN"!!!

      Huh! Nampak gayanya kehangatan isu berkaitan dengan kerjasama diantara UMNO dan PAS memang benar - benar menjadi bahan topik bualan yang hangat dikalangan rakyat pada ketika ini.

      Sampai tahap ada jugak Pentaksub dan Pengampu puak - puak DAPigs tu yang sanggup berpaling tadah apabila melihat Pakatan Haprak yang diwujudkan sebelum ini hanya Retorik semata - mata.

      Jika selama ini, puak - puak PASMA-Cai tu sanggup berkiblatkan DAPigs apabila bersetuju untuk menyertai parti Pengkhianat yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu secara terang - terangan. Parti yg kasih kepada Syiah Nasrullah Lubnan oleh Mat Sabu dan Menyantuni LBGT oleh Dr Dzul-PAN

      Tapi dek kerana teguran demi teguran yang diberikan sebelum ini seolah - olah tidak diendahkan oleh puak - puak PAN (Parti Ayatollah Nafiri) tu mungkin membuatkan puak - puak PASMA-Cai ni naik muak.

      Nak pulak bila desakan yang dibuat terhadap pimpinan PKR Selangor yang diterajui oleh Si Menteri Besar Azmin tu agar mengiktiraf Pakatan Haprak tu sebelum ini lansung tidak dipedulikan.

      Maka, tak heran la kenapa puak - puak PASMA-Cai tu sanggup beralih arah dan berubah kiblat menyokong cadangan agar diwujudkan gabungan kerjasama Politik diantara PAS dan UMNO.

      TAPI, jangan mudah sangat terpengaruh dengan tindakan puak - puak PASMA-Cai tu. Dah nama pun diorang ni jenis Pengampu dan Pentaksub puak - puak DAPigs tu secara terbuka.

      Jadi, sudah pasti niat diorang menyokong cadangan itu hanya sekadar dibuat secara membuta tuli. Sebaliknya, ada habuan yang sedang cuba dilobi oleh puak - puak PASMA-Cai tu.

      Dalam erti kata lainnya, puak - puak PASMA-Cai tu keluarkan kenyataan pun hanya setakat nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je. Memudahkan diorang nak 'Makan Kiri Kanan'. Penyudahnya yang untung, diorang jugak!!!

      Delete
  4. Dengar cakap pan a.k.a puak auta negara mampuih.cakap berdegar degar tapi KOSONG.

    ReplyDelete
  5. Memang beginilah sambutan kepada ceramah Pas sejak tahun 1960han hinggalah kini, tahun 2015.

    Lebih 50 tahun Pas menikmati kemeriahan sambutan bila berkempen atau berceramah.

    Tetapi daripada rekod pilihanraya sejak merdeka hingga sekarang Pas hanya mampu memenangi sangat sedikit kerusi Parlimen. Paling tinggi hanya 27 kerusi.

    Manakala bagi negeri pula, Pas hanya berjaya di Kelantan tetapi bergilir-gilir dengan Umno. Paling lama di Kelantan ialah mulai tahun 1990 hingga sekarang atas faktor peribadi Tok Guru Nik Aziz.

    Di Trengganu, Pas pernah 2 kali menang. Kali pertama dapat bertahan tidak sampai separuh penggal sahaja kerana beberapa adun Pas belot melompaty kepada Umno.

    Kali kedua pada tahun 1999 Pas menang di Trengganu, atas faktor Anwar Ibrahim. Bukan atas faktor kekuatan Pas atau faktor Haji Hadi.

    Faktor Haji Hadi telah menumbangkan kerajaan Pas di Trengganu.

    Di Kedah, kemenangan Pas kerana rakyat bangkit menentang BN, melaui Pakatan Rakyat bukan kerana kekuatan Pas atau peribadi Azizan Razak.

    Azizan Razak juga sama seperti Haji Hadi, hanya meranapkan Pas Kedah.

    Saki baki kerajaan Pas di Kelantan juga akan berkubur kerana Pas tiada kekuatan sendiri sebaliknya bergantung kepada personaliti tertentu dan lebih bergantung kepada mood rakyat terhadap gabungan pembangkang.

    Kini ikon Pas, Tok Guru Nik Aziz sudah tiada. Yang menerajui Pas sekarang hanyalah Haji Hadi seorang diri sahaja. Dia tidak ada tokoh pembantu yang popular dikalangan rakyat.

    Imej Haji Hadi terjejas teruk selepas tidak mampu mengatasi masaalah dalaman Pas sebaik sahaja ketiadaan Tok Guru Nik Aziz. Masyarakat melihat keutuhan Pas selama ini sangat bergantung kepada kekuatan Tok Guru Nik Aziz bukan kerana kemampuan presidennya.

    Ini terbukti sebaik sahaja Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia, Pas menjadi huru-hara dan kucar-kacir sehingga jentera hebat Pas sejak 1998 habis di halau keluar.

    Tidak berhenti disitu sahaja, sekarang ini Haji Hadi bersungguh-sungguh menjalinkan hubungan dengan Umno. Jika masa Tok Guru Nik Aziz masih ada, hubungan dalam gelap dijalinkan sejak 2008, tetapi kini telah dipraktikan secara terbuka dan telah bersatu tenaga diatas satu pentas dengan presiden Umno.

    Berbalik kepada sambutan terhadap ceramah, sebenarnya sambutan kepada ceramah bukan kayu ukur kepada sokongan semasa pilihanraya.

    Jika dilihat kepada sambutan ceramah, Pas sepatutnya telah pun menjadi kerajaan persekutuan sejak tahun 1960han lagi. Umno dan PKR tidak ada peluang lansung.

    Sebagai buktinya, pada PRU 13 lalu Pas hanya dapat 21 kerusi berbanding dengan rakannya PKR yang dapat 30 kerusi. Dilihat kepada jumlah ahli, Pas mendakwa ada 1.6 juta tetapi yang mengundi Pas juga 1.6 juta.

    Berbanding dengan PKR yang jauh lebih kecil, jumlah ahli pun tidak berani diisytiharkan, hanya jangkaan sahaja ada 400,000 orang, ceramahnya pun tidak dapat sambutan sebagaimana yang dialami oleh parti Amanah sekarang ini, tetapi berjaya meraih undi 2.2 juta.

    Kenapa Pas mengalami kemarau sokongan yang amat teruk daripada kalangan bukan ahli?

    Keadaan yang dialami Pas itu ketika Pas kuat, tidak ada perpecahan dan mendapat dokongan daripada PKR dan DAP, gagal mendapat undi yang lebih tinggi dari PKR dan DAP.

    Sekarang, Pas dengan imej yang rosak teruk dan bersendirian pula nampak sangat dahagakan naungan Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah hujah hippies PAN Imayam balaci Al-DAP

      Delete
  6. PAN dan DAPig berpisah tiada..parti serabut dan terbiar

    ReplyDelete
  7. DAP adalah parti perkauman..sudah tidak sesuai di zaman moden..

    ReplyDelete
  8. DAP adalah parti perkauman..sudah tidak sesuai di zaman moden..

    ReplyDelete
  9. PAN dan DAPig berpisah tiada..parti serabut dan terbiar

    ReplyDelete
  10. Dalam blog omak kau kau memang pro pas..penyokong pas suka la buka blog ni n komen..cubala buka malaysia kini..tengok pulakla lagi ramai penyokong amanah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong pas..hehehe..ko nak sokong pan ko punya pasal la...

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...