Friday 18 December 2015

SURAT TERBUKA UNTUK MAHATHIR ... PROTON.



Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.

Ariff Abd. Md

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,

Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.

YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.

Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.

Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran untuk kami. Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.

Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!

Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.

Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion kepada Proton untuk R&D. Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.

Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.

Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.

Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.

Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.

Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.

Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!

Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.

Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.

Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’ kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!

Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.

Ariff Abd. Md
Tier 1 and 2 Automotive Supplier,
ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company
Specialise in High Precision Parts

18 comments:

  1. Dengar tu PAN Imayam, jgn percaya sangat fitnah 1mdb ciptaan Tony Pua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Sabu dgn Mujahid. Ikut pengajaran artikel tu. Jgn sibuk berpolitik jer. Kampung Melayu kat Penang kena rampas, Mat Sabu Dan Mujahid buat tak peduli

      Delete
    2. Satu Persatu Kampung Melayu Dirobohkan Sebaik Sahaja Lim Berkuasa Di Pulau Pinang
      DECEMBER 17, 2015


      AIDCNews – 17/12/15 –Satu persatu kampung Melayu dirobohkan di Pulau Pinang sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri.

      Perkara itu didedahkan oleh Syed Imran Syed Ahmad dalam blognya, Kuda Ranggi.

      Berikut tulisan Syed Imran bertarikh pada 4 September 2009 bertajuk “Tanjong To’kong – secebis kisah”

      Satu demi satu kampung Melayu hilang atas nama pembangunan. Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan atas tapak bekas perkampungan Melayu di Pulau Pinang disempurnakan oleh kedua-dua pihak, iaitu pemaju swasta dan agensi pemerintah atau syarikat berkaitan kerajaan.

      Di kawasan bandar raya George Town, tiada lagi perkampungan Melayu dalam erti kata yang sebenar. Yang masih tegak tetapi tidak semestinya tidak akan rebah ialah beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Makam (wakaf Sheikh Kassim) dan saki baki perkampungan Melayu di Tanjong Tokong.

      Di mukim Kelawai, umpamanya, kampung Melayu termasuk yang berada di sepanjang pantai yang kini terkenal dengan Plaza Gurney, Hotel G, Hotel Gurney dan Hotel Evergreen Laurel telah lama berkubur.

      Antara Kelawai dan Tanjong Bunga, kampung Melayu yang sebenarnya hanya wujud di Tanjong Tokong kerana beberapa buah kampung di Bagan Jermal, Bagan Atas dan Tanjong Tokong sendiri telah hilang ditelan pembangunan.


      Kondo mewah di tepi pantai Tanjong Bunga ini pada asalnya sebuah penempatan atau kampung Melayu yang bergantung hidup sebagai nelayan. Kondo ini berharga satu juta ringgit ke atas dan tidak mampu di beli atau dimiliki oleh orang Melayu yang merupakan penduduk asal di situ.

      Delete
    3. Dinasihatkam PAN Imayam mengambil iktibar artikel OMK tu. Jgn sibuk Jadi pengkhianat saja

      Delete
    4. PAS bersama Wassatiyah18 December 2015 at 16:46

      Menjadi kewajiban taat kepada pemimpin negara yang islam sahaja. Pemimpin pas yang juga ketua ulama sedunia dan rasul juga telah menyatakan ketaatan kepada pimpinan wasatiyah. Mereka yang ingkar boleh jatuh kafir kerana melanggar perintah rasul. Semoga pimpinan PANtat segera bertaaubat

      Delete
    5. Mamat 16:46 PAN Imayam yg nak buat provokasi

      Delete
    6. Yg kita boleh kata dlm hal melayu ditindas spt perobohan kg2 melayu di ppinang dan tindak jahat peniaga hp di kota raya dan low yatt menipu org melayu adalah "PAN DAN DAP LAH CELAKA BESARNYA MENGHALALKAN KEJAHATAN UTK MELUPUSKAN HAK2 ORG MELAYU". Apa lagi yg melayu tunggu, hapuskan saja pan dan dap ni sebelum habis hak melayu p pinang disembelih !

      Delete
  2. Sepatutnya surat terbuka ini lebih sesuai dtujukan kepada pengurusan Proton yang membuat setiap keputusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat kereta macam sial,(vendor) power window turun boleh, naik tak boleh, nak mintak Dr. M tolong, Jangan Haraplah aku nak beli proton lepas ni.

      Delete
  3. Saya setuju pandangan Anon 16:02.
    Nasib orang Melayu Pulau Pinang tu patutnya jadi prioriti anda dan kurangkan politiking yang tidak memberi untung kpd Orang Melayu Islam malah menjadi political mileage pulak kpd DAP. Anda mahu lihat Pulau Pinang jadi mcm Singapura?

    ReplyDelete
  4. Saya telah cuba menjadi pengguna Proton yang setia dari tahun 1991 dengan membeli Proton Saga, Wira tahun 2000, Saga BLM 2008, Exora 2011. Walaupun tiada masalah besar tapi sudah sampai masa selera saya beralih dan saya telah mula membeli Perodua untuk anak2 saya. Proton sudah hilang faktor Wow kerana diterajui oleh mereka yang biasa biasa dan tiada faktor luar biasa.

    ReplyDelete
  5. Aku dah agak... Bangkai gajah memang akan berbau....
    Yang kena hurung lalat dari bangkai gajah ini ialah kita rakyat Malaysia...Aduhhhhh

    ReplyDelete
  6. PAS bersama Wassatiyah18 December 2015 at 16:46

    Menjadi kewajiban taat kepada pemimpin negara yang islam sahaja. Pemimpin pas yang juga ketua ulama sedunia dan rasul juga telah menyatakan ketaatan kepada pimpinan wasatiyah. Mereka yang ingkar boleh jatuh kafir kerana melanggar perintah rasul. Semoga pimpinan PANtat segera bertaaubat

    NI SAMA JER DGN ISIS....TERUS NAK KAFIR ORG

    ReplyDelete
  7. Mana lebih besar isu...PROTON KE NEGARA...pergi lah mengaji dulu 5 hukum HALAL HARAM MAKRUH WAJIB DAN SUNAT...
    Menentang kezaliman adalah priority dan lebih besar dari proton....susah bila cerdik tak bleh tumpang bodoh tak boleh ajar

    ReplyDelete
  8. Teruskan boikot produk sampah dari proton.

    ReplyDelete
  9. Saya baru mengikuti blog Omak Kau ni dua tiga bulan lepas. Kecenderungan Omak ialah mewar-warkan kehebatan ceramah Pas dan juga memperkecilkan ceramah musuh Pas.

    Di letakkan gambar-gambar kehebatan sambutan kepada ceramah Pas yang dihadhiri berpuluh ribu orang dan memperkecilkan ceramah-cerama musuh Pas yang dikatakan dihadhiri oleh makhluk halus sahaja.

    Ini mendoron saya membuat sedikit kaji selidik hubungkait kehebatan ceramah dengan hasilnya bila menghadapi pilihanraya.

    Tidak dinafikan sejak tahun 1960han hingga kini, sambutan rakyat kepada ceramah Pas amat mengkagumkan dengan jumlah yang hadhir berpuluh ribu orang seperti yang dilihat pada Himpunan Hijau di Kedah dan Mustaqim di Kelantan.

    Ironinya, setiap kali pilihanraya umum sejak berpuluh tahun dahulu, tidak ada kejayaan besar yan dicapai oleh Pas atas kekuatan sendiri.

    Walau pun Pas dapat menawan Kelantan pada tahun 1990, ia bukan atas faktor kekuatan Pas tetapi disebabkan faktor rakyat menolak Umno kerana masaalah dalaman Umno yang menyebabkan rakyat Kelantan bersimpati kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Rengkasnya atas faktor Tengku Razaleigh.

    Begitu juga di Trengganu dan Kedah. Kemenangan Pas bukan kerana kekuatan Pas tetapi atas faktor Anwar Ibrahim.

    Apabila Pas diberi peluang memerentah Kelantan, Trengganu dan Kedah, didapati sebenarnya kekuatan Pas hanya bersandarkan kepada kekuatan personaliti, bukan kekuatan parti.

    Buktinya di Kelantan, hayat Pas lebih panjang kerana personaliti Nik Aziz yang mampu menarik perhatian dan keyakinan pengundi.

    Sebaliknya di Trengganu dan Kedah, Pas hanya mampu bertahan satu penggal sahaja kerana pengundi tidak percaya kepada personaliti yang mengetuai kerajaan.

    Bila dilihat kepada fakta pengundian pula sebagai contoh pada PRU 13 lalu, Pas hanya mendapat undi daripada ahlinya sahaja. Pas gagal meraih undi daripada pengundi tidak berparti.

    Buktinya Pas meraih sebanyak 1.6 juta undi, jumlah yang sama dengan jumlah ahli Pas. Tidak ada pengundi bebas yang mengundi Pas.

    Sebaliknya PKR yang hanya ada 400 ribu ahli berjaya meraih undi sebanyak 2.2 juta, berkali ganda daripada jumlah undi.

    Ini bermakna PKR berjaya meraih undi daripada bukan ahli 5 kali ganda daripada jumlah ahlinya.

    Pada ceramah PKR tidaklah sehebat ceramah Pas melainkan bila ditampilkan Anwar Ibrahim.

    Oleh itu, teknik menampilkan gambar-gambar jumlah kehadhiran yang ramai sambil memperlekehkan kehadhiran yang kecil tidak relevan dan ketinggalan zaman.

    Omak kau patut mencari sebab kenapa jumlah undi epada Pas sama dengan jumlah ahli berdaftar dan selidik kenapa PKR begitu berjaya meraih undi bukan ahli.

    ReplyDelete
  10. pelik aku bc kes ni...yg di kritik mahathir, proton... yg kena PAN, mat sabu....lari tajuk ni. bagilah kritik yg mbina skt dan berkaitan dgn tajuk. alaaahhh, kalau proton jenis tiris sana sini tu biasalahhh, sapa yg ajar jgk kan?

    belajarlah kritik ikut fakta...bkn auta!then satu lg... ikut tajuk

    ReplyDelete
  11. Parti PAN adalah parti bertaraf putu mayam..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...