Monday, 28 December 2015

BILA SAHAJA AHMAD MASLAN BUKA MULUT PASTI WARGA KITA AKAN NAIK ANGIN SATU BADAN.



Tiap kali Datuk Ahmad Maslan buka mulut, tiap kali itu ada sahaja kebangkitan kemarahan dan kebencian daripada orang awam. Mengapa Datuk?

Untuk tujuan apa sebenarnya Ahmad Maslan nak buka mulut kalau sekadar mengundang kemarahan rakyat??? ... adakah cara itu sokongan rakyat kepada pemerintah akan mencanak naik???? ... maukan publisiti murahan dan perhatian walaupun sanggup buat kenyataan yang tidak setimpal dengan CGPA 3.85 nya.

Rasanya beliau kesunyian dari perhatian arus perdana sebaik sahaja ditukarkan ke kementerian lain.

Adakah insan bernama Ahmad Maslan rasa seronok dan puas apabila secara berjemaah rakyat kita maki hamun dirinya?????

Terbaru ialah apabila Datuk mencadangkan individu berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Datuk tahu tak, sememangnya tekanan ekonomi dan peningkatan harga barangan serta perkhidmatan dan segala caj cukai yang dikenakan sudahpun menolak orang awam, khususnya mereka yang daripada berpendapatan rendah untuk melakukan dua kerja?

Kenyataan Datuk mungkin kena diperbetul, minta buat tiga atau empat kerja!

Satu isi rumah, tiga atau empat pendapatan sudah menjadi lumrah. Tukang kebun di sekolah anak saya pun buat dua kerja, pagi sampai petang di sekolah, malam kerja ‘jaga’ di kilang. Kedua-dua pendapatannya digabung baru cecah RM2,000, belum potong apa-apa. Balik rumah, sekadar untuk tidur, makan dan mandi. Tiga orang anak pun tak tahu belajar apa…

Inilah realiti orang susah. Cukuplah dengan cadangan Datuk.

Bagi orang berpendapatan sederhana pula, bertimbun-timbun berbelanja untuk bersaing sesama golongan mereka, bagi anak-anak yang terbaik, sampaikan duit ‘saving’ pun tak ada. Pagi hingga petang kerja di pejabat, balik rumah, si isteri terpaksa bekerja di klinik selama empat jam secara part time. Hal anak-anak, seorang ibu terpaksa dikorbankan. Datuk tahu tak, betapa sakitnya bila ibu itu gadai waktunya dengan anak semata-mata kerana terpaksa bekerja tambahan?

Kepada yang berpendidikan dan mahir dengan kemahiran perniagaan, mereka mungkin memilih menjual tudung atau baju secara on-line, seperti yang dicadangkan oleh Datuk. Tetapi itu juga ada cabarannya.

Memetik kata-kata Datuk, “Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup.Online business boleh buat weekend juga.”

Memandangkan Datuk menyatakan perkataan peraturan, saya pun mahu merujuk kepada terma itu. Bukan mudah untuk buat perniagaan online, kita kena ‘engage’ dengan pelanggan secara talian sepanjang masa, dan adakah pihak majikan akan membenarkan kita berbuat demikian? Fikirlah.

Bab ‘datang kerja dengan tidur cukup’, kalau sibuk buat dua kerja, ditambah dengan kerja di rumah, menjaga anak, Datuk masih yakin kami boleh datang kerja dengan tidur yang mencukupi?

Datuk, pendek kata, di sebalik semua cabaran ini, saya tidak nafikan ramai yang sedang menambah sumber pendapatan. Kini tiada lagi rumah dengan satu sumber pendapatan, yang dua sumber pun sudah kurang. Lazimnya, tiga atau empat sumber pendapatan. Datuk terlewat buat cadangan. Tetapi kami, ibu bapa belum fikir lagi kesan kepada sosial apabila sibuk mengejar duit, seperti nasihat Datuk.

Anak-anak mungkin terbiar dan mendahagakan kasih sayang, hala tuju mereka pasti akan berubah angin. Ibu bapa tiada di rumah, kalau ada pun sibuk buat online business, anak-anak bosan dan nescaya kemungkinan pilih jalan yang salah. Kepada ibu bapa itu sendiri, mereka mungkin tiada masa untuk diri sendiri, kesihatan pun mungkin terganggu kerana kerja lebih tanpa rehat, apatah lagi dengan cadangan kerajaan untuk terlibat dalam aktiviti sosial. Kalau anak-anak muda sedar ini kehidupan mereka selepas kahwin, mereka juga akan fikir dua kali untuk kahwin!

Datuk, baiknya Datuk berfikir bagaimana kerajaan boleh bantu untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat tanpa membebankan rakyat dan menyebabkan kesan sosial yang parah kelak.

Buat satu kerja pun, saya hanya dapat luangkan tiga atau empat jam sehari dengan anak. Tak lalu saya buat kerja tambahan Datuk!!!!!!

23 comments:

  1. sokong umno=sokong ahmad maslan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmas Maslan tu sama spesis macam Mat Sabu. Kompang je lebih!!!

      Delete
    2. kompang tu alat muzik bro.

      Delete
    3. Cuba kao dengar cakap Ahmad Maslam sebijik macam pemimpin2 PAN

      Ahmad Maslam bila dia bercakap dua tak peduli perasaan orang. Janji Boss ameno happy

      PAN Imayam lagi teruk, Nak bercakap pun mesti untuk kebaikan DAP yg suci

      Delete
    4. Hahaha....pemimpin melayu juga yg undi mrk jadi menteri kononnya bijak laksemana, akal tetap tahap budak sekolah rendah. Rakyat nak maju kerja part time 2 3 4 boleh bawa kereta besar rumah mewah wang habis begitu shj. Bila tua minta simpati itu ini kesian sungguh siapa peduli?? Ngo juga yg susah membantu golongan rakyat seperti kita juga, apa menteri buat bantu rakyat miskin dan org tua?? Takat satu dua rumah miskin org tua keluar tv mcmlah byk sgt satu negara menteri bantu. Inilah menteri mahu nama kuasa senangkan hidup sdr mana mrk peduli rakyat miskin hanya berlakon serupa bikin belakang rakyat miskin juga mrk sumpah!!

      Delete
  2. Memang Ahmad Maslan ni tarafnya hampir sama dengan yahudi lakknatullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tuduh melulu sahabat.

      Delete
    2. Ahmad Maslan = Bodoh Kayu, Bodoh Unta, Bodoh lebih si Bodoh-Bodoh

      Delete
  3. Sebangang-bangang mat maslan ada juga nasihatnya...tuang punai sehat hardy boy bila nak bagi nasihat bagi mengurangkan beban rakyat?

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya MAT MASLAN bekerja sebagai menteri dan pencuci atau pemamdu teksi setiap hari sebelum menyarankan rakyat buat dua kerja sehari. Jika semua ibu-bapa sibuk melakukan dua kerja setiap hari, siapa pula yang akan mendidik anak-anak mereka semasa mereka tiada di rumah? Bukankah ini akan memebawa kepada keruntuhan akhlak (moral) dan peningkatan jenayah dalam masyarkat? Jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja ! Buang sahaja CGPA 3.85 ke dalam longkang!

    ReplyDelete
  5. Datuk ni memang sejak dari dulu bodoh ke datuk?

    ReplyDelete
  6. Setiap kali Mat Maslan bersuara akan disambut oleh sekalian makhluk setiap pelosok tanahair. Amat menuntungkan Najib kerana memberi peluang padanya untuk berehat seketika dari segala beban yang melanda.

    Kesimpulannya adanya Mat Maslan boleh diibarat sebagai Panadol pada Najib. Tanpa Mat Maslan mungkin Majib dah gilo gamaknyo.

    ReplyDelete
  7. Buat 2 kerja?? Ratus ribu menganggur lagi kau suruh buat 2 kerja?? Kimak punya ahmad maslan..

    ReplyDelete
  8. Ahmad Maslan hero aku. I LUV Ahmad Maslan.

    Jeff Ulu Bernam
    Reformis kini dan selama-lamanya

    ReplyDelete
  9. Kimak punya maslan MAS buang 6 ribu pekerja, Toshiba, cimb, perodua semua buang pekerja...
    Ko suruh buat 2 kerja kimak kimak punya maslan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa JVC kat Shah Alam tutup. Semua pekerja JVC hilang kerja.

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. babi kalau bercakap memang rasa macam nak terajang je. tahu tak apa akan jadi pada institusi keluarga dan masyarakat kalau semua orang kena buat 2 kerja? hancur!!

    ReplyDelete
  13. Saudara2 jangan sekadar maki hamun si bodoh ini.

    Ayuh kita semua doakan agar pemimpin yang rakus dan tidak berotak seperti ini dilenyapkan dari bumi Mesia

    ReplyDelete
  14. Bini Ahmad Maslan buat berapa kerja?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Bila rasa nk hiburkan hati dgn gelak ketawa bacalah kenyataan Ahmad maslan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...