Semasa Najib melantik Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru setelah UMNO/BN berjaya merampas Kedah dari tangan PAS/PR ianya menimbul cukup hebat kontroversi dan tentangan senyap kuat dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya para ketua UMNO Bahagian Kedah dan ADUN yang senior dan veteran kerana merasakan Mukhriz masih mentah dan baru dalam politik Kedah.
Atas rasa hormat dan setia serta akur pada pucuk tertinggi parti terutamanya kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, mereka sanggup telan rasa kecewa menerima juga Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah.
Ramai kalangan pemerhati politik melihat tindakan Najib ini lebih kepada rasa membalas budi dan melayan kehendak dan kemahuan Tun Dr Mahathir sendiri sehingga sanggup mengambil risiko ditempelak pemimpin-pemimpin UMNO Kedah.
Akhirnya apa yang berlaku????? ... Bermula dengan tindak tanduk Tun Mahathir yang tidak henti-henti bertubi-tubi bertali arus bertungkus lumus menyerang Najib sehingga Muhyiddin dan Shafie Apdal turut terheret sama dalam misinya mau menjatuhkan Najib kini anaknya yang dilantik Najib melangkaui kehendak akar umbi UMNO Kedah sudah bertindak menggigit tangan yang menyuapnya.
Perlu ingat!!! .... menjadi MB sesuatu negeri dimenangai UMNO/BN selepas PRU ke-13 adalah budi bicara dan perogratif Najib Razak selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.
Pemimpin yang sudah mula menggigit tangan tidak kenang budi dan menghargai kebaikan pemimpin atasan maka lebih baik sahaja disingkirkan sebelum habis semua digigitnya.
Tidak ada gunanya menyimpan pemimpin yang bersikap bermuka-muka hipokrit talam dua muka .. depan lain bicara belakang lain kisahnya.
Dalam mesyuarat MT beliau juga hadir sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik Najib bukannya oleh akar umbi dan keputusan sudah pun dicapai dan dipersetujui.
Kini sudah tidak lagi berlagak seperti party man sebaliknya papa's boy yang ikut apa jua kata papa hatta parti boleh runtuh dan punah.
Mukhriz Mahathir bukan seorang yang gentleman.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang selama ini berdiam diri akhirnya bersuara mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Beliau berkata, keputusan Presiden UMNO menafikan hak Timbalan dan Naib Presiden berucap pada Perhimpunan Agung UMNO merupakan kesilapan besar yang boleh mengugat parti.
“Kita selalu kata parti ini inkslusif di mana kita mengamalkan bebebasan bersuara walaupun berbeza pendapat.
“Perbezaan dan kepelbagaian pendapat sangat penting supaya kita boleh menjaga rakyat.
“Keputusan tidak membenarkan Muhyiddin dan Shafie memberikan ucapan adalah satu kesilapan yang akhirnya menimbulkan masalah kepada parti,” katanya pada majlis makan malam di Saloma Bistro pada Jumaat.
Hadir sama, ibubapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Muhyiddin dan Shafie.
Ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara yang sebelum ini lantang mendesak Najib meletak jawatan turut hadir majlis makan malam itu.
Mukhriz mengakui beliau berhadapan dengan risiko kerana menganjurkan majlis makan malam itu tetapi ia tidak bermakna tetamu yang hadir mahu menghancurkan UMNO.
“Saya akui saya mengambil risiko sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah tetapi jawatan itu tidak penting kerana apabila kita mati, apa yang kita perlukan hanya doa anak-anak.
“Perlembagaan parti dan negara tidak menyatakan adalah salah mengadakan majlis seperti ini. Ini adalah hak selagi kita melakukan perkara betul, UMNO akan kekal selama,” katanya.
Harap OmakKau dpt remove mana2 pengkomen dlm blog ni yg duk hantar komen panjang lebar gila duk ulang komen yang sama yang dicopy dari blog lain dan dipaste dalam komen ni. Komen tu harap komen yang berkaitan dengan perkara yg dipost shj. Tq
ReplyDeleteHarap omakkau bykkan lagi artikel puji najib, jilat umno walaupun pakai baju pkr..hahaha. Hjg bulan pi check duit dah masuk ke belum dlm akaun
Deletenajib gigit mahdey yg sokong dia jd pm.
Deletenajib gigit altantuya
najib digigit bini
pasug gigit jari
lepas klntan dimiliki umnu. pas tganu peduli apa.
pas selangor je yg agak waras.
iskandar patut jd presiden pas ganti hadiumnu
Anak mana yg sanggup tgk bapaknya kena hentam. Kih kih kih..
ReplyDeleteBiasa la tu, dlm politik tendang menendang pijak memijak meletup, membelot...tu semua prkara biasa..
ReplyDeleteMuka2 kat atas nun dh buat perkara yg sama sblm ni ke atas orang lain...
Padan dgn muka korang..
Kihkihkih
Sejak kebelakangan ini OMK nampak sgt pro kpd Najib dan Hadi.Apa saja yg Hadi dan Najib buat diberi liputan istimewa. Hati2 OMK. Jgn sampai blog ini dipinggirkan...
ReplyDeleteBetina biol tu
Deletehidup menjanda memang susah
Deletesokong umnu pasug blhla masyuk sikit
kami faham omak... dont worry
harap2 hadi pinangla omak lps ni
Jgn gigit tgn yg biaya blog ni...kahkahkah. omakkau lagi umno dari org umno
ReplyDeleteOmakkau takut c4 tu sbb dia sokong najibun n bini puaka tu.
ReplyDeleteTu dia...ala2 sokong khalid & pas, tp dlm hati masih parti puaka @ jilake umno. Kuat mkn blkg omakkau nih...
ReplyDeleteSepatutnya tajuk caption di atas 'Akhirnya Najib gigit tangan yang menyuapnya'. Semasa PakLah diminta turun dr takhta PM,Mahathir lah yang menyarankan Najib menggantikannya. Atas rasa mengenang budi Tun Razak, Mahathir atas penyokong kuat yang mengangkat Najib untuk memimpin tampuk pemerintahan sebelum penggal Pak Lah berakhir.. Ini pun Omakkau perlu ambil penilaian untuk di kongsikan..
ReplyDeleteJangan sape2 yg marahkam omak sebab dia hanya cari makan, untung nasib dpt jd puan penasihat kpd tuang punai sehat hj misai kontotpun jadi le...sori tn sahak gagap dah x laku ler ning!
ReplyDeleteBangsat betul posting kau ni omakkau ..taktau hujung pangkal nak komen bab umno ..bodoh melantun dan haram jadah kau ni
ReplyDeleteGigit menggigit pijak memijak terajang menerajang kan biasa dalam politik,peliknya omakkao tk berani pulak tulis najib gigit tuya dn gigit mahadir???? kehkehkehkeh
ReplyDeletePengikut Syiah tidak pernah gigit orang lain.
ReplyDeleteHidup Syiah! Hidup Melayu!
sekian,
Jeff Ulu Bernam
Reformis Sebenar
Syiah adalah jalan sebenar
Pokok pangkalnya mereka tu dah kaya raya. Yg bodoh hanya macai asyik maki hamun, kiri kanan 2x5 habok pun tarakkkkk........
ReplyDeleteTertarik dengan ayat, "Mukhriz Mahathir bukan seorang yang gentleman."
ReplyDeleteJadi, apa bezanya dengan pak najip? PM yang tidak berani berhadapan dengan rakyat, sungguh melucukan..
Mana RM2.6 bilion duit rasuah? eh..duit derma!?