Saturday 12 December 2015

AKHIRNYA MUKHRIZ GIGIT TANGAN PEMIMPIN YANG MENYUAPNYA.


Semasa Najib melantik Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru setelah UMNO/BN berjaya merampas Kedah dari tangan PAS/PR ianya menimbul cukup hebat kontroversi dan tentangan senyap kuat dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya para ketua UMNO Bahagian Kedah dan ADUN yang senior dan veteran kerana merasakan Mukhriz masih mentah dan baru dalam politik Kedah.

Atas rasa hormat dan setia serta akur pada pucuk tertinggi parti terutamanya kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, mereka sanggup telan rasa kecewa menerima juga Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah.

Ramai kalangan pemerhati politik melihat tindakan Najib ini lebih kepada rasa membalas budi dan melayan kehendak dan kemahuan Tun Dr Mahathir sendiri sehingga sanggup mengambil risiko ditempelak pemimpin-pemimpin UMNO Kedah.

Akhirnya apa yang berlaku????? ... Bermula dengan tindak tanduk Tun Mahathir yang tidak henti-henti bertubi-tubi bertali arus bertungkus lumus menyerang Najib sehingga Muhyiddin dan Shafie Apdal turut terheret sama dalam misinya mau menjatuhkan Najib kini anaknya yang dilantik Najib melangkaui kehendak akar umbi UMNO Kedah sudah bertindak menggigit tangan yang menyuapnya.

Perlu ingat!!! .... menjadi MB sesuatu negeri dimenangai UMNO/BN selepas PRU ke-13 adalah budi bicara dan perogratif Najib Razak selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

Pemimpin yang sudah mula menggigit tangan tidak kenang budi dan menghargai kebaikan pemimpin atasan maka lebih baik sahaja disingkirkan sebelum habis semua digigitnya.

Tidak ada gunanya menyimpan pemimpin yang bersikap bermuka-muka hipokrit talam dua muka .. depan lain bicara belakang lain kisahnya.

Dalam mesyuarat MT beliau juga hadir sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik Najib bukannya oleh akar umbi dan keputusan sudah pun dicapai dan dipersetujui.

Kini sudah tidak lagi berlagak seperti party man sebaliknya papa's boy yang ikut apa jua kata papa hatta parti boleh runtuh dan punah.

Mukhriz Mahathir bukan seorang yang gentleman.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang selama ini berdiam diri akhirnya bersuara mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau berkata, keputusan Presiden UMNO menafikan hak Timbalan dan Naib Presiden berucap pada Perhimpunan Agung UMNO merupakan kesilapan besar yang boleh mengugat parti.

“Kita selalu kata parti ini inkslusif di mana kita mengamalkan bebebasan bersuara walaupun berbeza pendapat.

“Perbezaan dan kepelbagaian pendapat sangat penting supaya kita boleh menjaga rakyat.

“Keputusan tidak membenarkan Muhyiddin dan Shafie memberikan ucapan adalah satu kesilapan yang akhirnya menimbulkan masalah kepada parti,” katanya pada majlis makan malam di Saloma Bistro pada Jumaat.

Hadir sama, ibubapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Muhyiddin dan Shafie.

Ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara yang sebelum ini lantang mendesak Najib meletak jawatan turut hadir majlis makan malam itu.

Mukhriz mengakui beliau berhadapan dengan risiko kerana menganjurkan majlis makan malam itu tetapi ia tidak bermakna tetamu yang hadir mahu menghancurkan UMNO.

“Saya akui saya mengambil risiko sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah tetapi jawatan itu tidak penting kerana apabila kita mati, apa yang kita perlukan hanya doa anak-anak.

“Perlembagaan parti dan negara tidak menyatakan adalah salah mengadakan majlis seperti ini. Ini adalah hak selagi kita melakukan perkara betul, UMNO akan kekal selama,” katanya.

18 comments:

  1. Harap OmakKau dpt remove mana2 pengkomen dlm blog ni yg duk hantar komen panjang lebar gila duk ulang komen yang sama yang dicopy dari blog lain dan dipaste dalam komen ni. Komen tu harap komen yang berkaitan dengan perkara yg dipost shj. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap omakkau bykkan lagi artikel puji najib, jilat umno walaupun pakai baju pkr..hahaha. Hjg bulan pi check duit dah masuk ke belum dlm akaun

      Delete
    2. najib gigit mahdey yg sokong dia jd pm.

      najib gigit altantuya

      najib digigit bini

      pasug gigit jari

      lepas klntan dimiliki umnu. pas tganu peduli apa.

      pas selangor je yg agak waras.

      iskandar patut jd presiden pas ganti hadiumnu

      Delete
  2. Anak mana yg sanggup tgk bapaknya kena hentam. Kih kih kih..

    ReplyDelete
  3. Biasa la tu, dlm politik tendang menendang pijak memijak meletup, membelot...tu semua prkara biasa..
    Muka2 kat atas nun dh buat perkara yg sama sblm ni ke atas orang lain...
    Padan dgn muka korang..
    Kihkihkih

    ReplyDelete
  4. Sejak kebelakangan ini OMK nampak sgt pro kpd Najib dan Hadi.Apa saja yg Hadi dan Najib buat diberi liputan istimewa. Hati2 OMK. Jgn sampai blog ini dipinggirkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betina biol tu

      Delete
    2. hidup menjanda memang susah

      sokong umnu pasug blhla masyuk sikit

      kami faham omak... dont worry

      harap2 hadi pinangla omak lps ni

      Delete
  5. Jgn gigit tgn yg biaya blog ni...kahkahkah. omakkau lagi umno dari org umno

    ReplyDelete
  6. Omakkau takut c4 tu sbb dia sokong najibun n bini puaka tu.

    ReplyDelete
  7. Tu dia...ala2 sokong khalid & pas, tp dlm hati masih parti puaka @ jilake umno. Kuat mkn blkg omakkau nih...

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya tajuk caption di atas 'Akhirnya Najib gigit tangan yang menyuapnya'. Semasa PakLah diminta turun dr takhta PM,Mahathir lah yang menyarankan Najib menggantikannya. Atas rasa mengenang budi Tun Razak, Mahathir atas penyokong kuat yang mengangkat Najib untuk memimpin tampuk pemerintahan sebelum penggal Pak Lah berakhir.. Ini pun Omakkau perlu ambil penilaian untuk di kongsikan..

    ReplyDelete
  9. Jangan sape2 yg marahkam omak sebab dia hanya cari makan, untung nasib dpt jd puan penasihat kpd tuang punai sehat hj misai kontotpun jadi le...sori tn sahak gagap dah x laku ler ning!

    ReplyDelete
  10. Bangsat betul posting kau ni omakkau ..taktau hujung pangkal nak komen bab umno ..bodoh melantun dan haram jadah kau ni

    ReplyDelete
  11. Gigit menggigit pijak memijak terajang menerajang kan biasa dalam politik,peliknya omakkao tk berani pulak tulis najib gigit tuya dn gigit mahadir???? kehkehkehkeh

    ReplyDelete
  12. Pengikut Syiah tidak pernah gigit orang lain.

    Hidup Syiah! Hidup Melayu!

    sekian,

    Jeff Ulu Bernam
    Reformis Sebenar
    Syiah adalah jalan sebenar

    ReplyDelete
  13. Pokok pangkalnya mereka tu dah kaya raya. Yg bodoh hanya macai asyik maki hamun, kiri kanan 2x5 habok pun tarakkkkk........

    ReplyDelete
  14. Tertarik dengan ayat, "Mukhriz Mahathir bukan seorang yang gentleman."

    Jadi, apa bezanya dengan pak najip? PM yang tidak berani berhadapan dengan rakyat, sungguh melucukan..

    Mana RM2.6 bilion duit rasuah? eh..duit derma!?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...