Dalam insiden di Plaza Low Yat sebelum ini, Ketua Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bukit Bintang, See Foo Hong tampil membantu menyelesaikan pelbagai isu dan masalah.
Namun dalam satu lagi insiden berkaitan jualan telefon bimbit baru-baru ini, Fong Hong memilih 'berpeluk tubuh'.
Ditanya puncanya, Fong Hong berkata, peniaga yang terlibat dalam insiden tersebut perlu bertanggungjawab atas perbuatan jahat mereka malahan wajar dikenakan tindakan di bawah undang-undang.
"Apa yang berlaku pada sekarang adalah disebabkan tindakan mereka yang sangat melampau," katanya seperti dipetik Sinchew Daily.
Menurut Foo Hong, insiden kedai telefon yang berlaku baru-baru ini tidak harus diinterpretasi sebagai isu perkauman atau orang Melayu memukul Cina.
"Ini bukan isu perkauman. Punca kejadian ialah tindakan melampau peniaga yang menipu pembeli secara bertahun-tahun lamanya.
"Ramai orang datang buat kacau untuk melepaskan rasa geram selepas ditipu peniaga ini," katanya.
Sinchew Daily yang mendedahkan pelbagai taktik penipuan yang digunakan peniaga itu bagaimanapun tidak melaporkan lokasi dan nama kedai tersebut.
Menurut Foo Hong, kedai yang namanya sudah busuk itu selalu menyasarkan pekerja asing.
Katanya, walaupun aduan telah dibuat dan polis pernah melakukan beberapa serbuan, tetapi peniaga itu masih dapat meneruskan perniagaan seperti biasa.
"Dalam satu kes, seorang anak kepada pegawai polis telah menjadi mangsa penipuan ketika membeli telefon bimbit.
"Ekoran daripadanya, polis telah melakukan serbuan besar-besaran. Namun begitu, peniaga itu tetap dapat meneruskan perniagaan selepas itu," katanya.
Foo Hong yang ternyata geram dengan peniaga biadab itu berkata, ramai peniaga lain mengetahui taktik jahat yang digunakan tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana kedai itu tetap beroperasi selepas disiasat.
Katanya, kedai itu sudah berniaga antara tujuh hingga lapan tahun dan pernah memukul pekerja asing yang mengadu selepas tertipu.
"Mereka gunakan dua taktik kotor untuk menipu. Pertama, mereka berpura-pura berbual dengan rakan semasa menerima duit.
"Sekeping atau dua keping duit kertas akan sengaja dijatuhkan dan dipijak lalu memberitahu pembeli bahawa mereka tidak menyediakan duit yang mencukupi," katanya.
Ujarnya, taktik kedua yang biasa digunakan ialah menjual telefon murah pada harga yang mahal.
"Mereka berpura-pura tawar-menawar dengan pelanggan. Apabila pelanggan mahu beredar, peniaga licik itu akan bersetuju dengan harga yang dicadangkan pelanggan.
"Hakikatnya mereka menjual telefon lain yang lebih murah. Mereka juga berdalih apabila menerima aduan selepas itu, malahan memukul orang," katanya.
tangkap dalang besar jangan bagi muka
ReplyDeletebukan kah ada undang undang
sila kuatkuasa jangan banyak cerita saja
kalau pukul orang dakwa tipu dakwa
kesungguhan mesti ada baru jadi kerja
Hahaha gengstar jadi tauke hp mestilah penipu dan ganas, jadi beli hp mesti dikedai besar berlesen bukan kedai kecil sempit.
DeleteDah tu tunggu apa lagi, nak tunggu sampai ada pelanggan mati, baru nak ambil tindakan.
ReplyDelete"Bila ada anak pegawai polis jadi mangsa, serbuan besar2an diadakan........" Hampeh!
ReplyDeletePlaza kotaraye......plaza kote ajer....dah kosong sunyi dan sepi....padan muko
ReplyDeleteBoikot plaza low yat boikot plaza kota raya. Habis cerita.
ReplyDeleteItu betul.. tak payah beli kat situ., banyak tempat lain
ReplyDeleteni tentunya ada sangkut paut & musti keja 'org dlm' nih !!!
ReplyDeleteBlog sampah
ReplyDelete