Tuesday 22 December 2015

PEREKA GRAFIK DI TUDUH DI MAHKAMAH TUNJUK ISYARAT LUCAH KEPADA SULTAN JOHOR MENGGUNAKAN JARI TENGAH KANANNYA



Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah tangan kanannya, semalam.

Tertuduh, Md Aris Husin, 40, yang minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azuar Che Yusof, di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, sebentar tadi.

Md Aris dituduh mengaibkan kehormatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah tangan kanannya di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, dekat sini, pada kira-kira jam 11.20 pagi, 20 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abd Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan hingga sebutan semula kes pada 19 Januari depan.

1 comment:

  1. Apa yang kau merapu ini semua,ini kes tujuk lucah dah,,apa masuk cerita politic,da,,salah pintu bilik ke

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...