Rakaman video seorang lelaki warga emas yang mengecam bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tersebar baru-baru ini menjadi viral di media sosial.
Difahamkan klip video pendek tersebut dirakam di salah sebuah hospital kerajaan di Sabah.
Melalui rakaman tesebut selain Tun Mahathir, warga emas itu turut dilihat mengecam Tun Abdullah Ahmad Badawi sambil menyifatkan mereka sebagai tidak berguna kerana tidak pernah membantu rakyat sepanjang perkhidmatan mereka perdana menteri.
“Mengapa tidak bagus, dia (Najib) bagi kau duit (BR1M) tiap-tiap bulan.
“Mahathir tidak guna kau cakap, tidak guna punya orang itu, mana ada bantuan dia bagi” ujar warga emas itu ketika menjawab pertanyaan yang diajukan oleh seorang lelaki kepadanya.
Warga emas itu turut menyifatkan, sepanjang perkhidmatan Tun Mahathir tidak pernah terfikir untuk membantu rakyat khususnya warga Sabah.
“Baguslah dia pencen, tidak guna punya orang, Dr Mahathir 50 sen pun dia tidak ada kasi sama rakyat.
“Baguskah? Mana bagus itu Dr Mahathir bagus dia mampuslah,” ujarnya.
Tidak cukup dengan itu, dia turut memberikan pandangan yang sama terhadap kepimpinan Tun Abdullah yang didakwa tidak pernah menghulurkan bantuan kepada rakyat.
Apabila ditanya mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib, warga emas itu terus memberikan pandangan bahawa perdana menteri merupakan pemimpin kepada rakyat.
“Ini baru pemimpin rakyat. Bulan-bulan dia kasi RM300. Rakyat pergi bank ambil duit. Apalagi yang tidak bagus?, BR1M ada lagi ini tahun. Apalagi yang tidak bagus?.
“Rakyat tetap undi dia dan dia tetap menang. Memang tak akan kalah punya orang. Banyak duit dia bantu sama rakyat. Orang pergi laut tangkap ikan dia bantu pelaut tukar enjin. Ibu tunggal dia bantu kasi bantuan rumah batu sikit pun tak ada bayaran,” katanya di akhir rakaman tersebut.
Harap PAN Imayam pi la melawat golongan asnaf macam kat video ni. Rentikanlah kasih kepada syiah, LBGT Dan DAP
ReplyDeleteHarap Mujahid dengar okey
https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/05/ada-gerakan-dalaman-cuba-jatuhkan-mat-sabu-sebagai-presiden-pan/
DeleteIr Ahmad Hakimi berpandapat tuduhan Mat Sabu terhadap PAS itu sengaja disensasi untuk melindungi dirinya daripada menjawab isu Syiah.
“Adakah perbuatan presiden PAN bertemu dengan ‘Ulama’ pro syiah terlalu memberi ‘damage’ kepadanya hingga terpaksa melontar tuduhan baru “PAS diresapi pemikiran ISIS” agar isu dapat di ‘divert’?
“Ini 2015 la. Bukan 60an. Kumpulan yang dalamnya berkumpul orang yang tak puas hati ini akan hancur dengan sendirinya insyaAllah,”katanya.
Mohd Solleh Ab Razak pula melihat kenyataan terkini Mat Sabu itu seumpama memberi mesej tersirat iaitu pembahagian di antara PAN (Syiah) dengan PAS (Ahli Sunnah Wal Jamaah).
“Apakah mungkin selepas ini sebab penubuhan PAN adalah : PAN ditubuhkan kerana PAS dikuasai oleh ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak mengizinkan Syiah tersebar”katanya.
Norani AbgMarzuki BangiKuching pula mempersoalkan kegagalan untuk membersihkan namanya apabila diisytiharkan penganut Syiah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 2013.
“Pada tahun 2013 KDN dedah Mat Sabu adalah Syiah. KDN senaraikan semua aktiviti Mat Sabu sebagai bukti dia Syiah.
“Mat Sabu kata nak saman KDN tapi sampai sekarang tak berani saman KDN. Lepas pergi Iran baru ni, lagilah takut nak saman KDN,”katanya.
Tambahnya, lawatan Mat Sabu ke Syria pada tahun 2012 ketika masih memegang jawatan Timbalan Presiden PAS juga menimbulkan tanda tangan.
“Mat Sabu ada hubungan dengan pembunuh Sunni Muslim di Syria semasa beliau dalam PAS lagi?
“Mat Sabu melawat pengganas Syria, regim Basyar Asad, yang menipu Mat Sabu sedang Mat Sabu tak tahu dia kena tipu.
“Lalu Mat Sabu masa dalam PAS ketika itu sudah ada hubungan dengan regim Basyar Asad yang juga sebenarnya ada hubungan tali barut dengan ISIS.
“Mat Sabu cuba melarikan diri dari penglibatan dia dengan Asad dan ISIS,”katanya lagi
TAKKAN KAIN SENDIRI DIA NAK BIAR TERLONDEH!!!
Delete
Memang itu yang sebaiknya dilakukan oleh Si Mat Sabu tu sebelum dia sibuk nak mempertikaikan pasal orang lain. Baik dia selesaikan dulu perbezaan ideologi dalam parti yang baru diterajui tu.
Hakikatnya, Si Mat Sabu tidak perlu nak mencari alasan untuk menjustifikasi tindakan mereka meninggalkan PAS dengan mengaitkan parti itu dengan pemikiran ekstremis militan ISIS.
Kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), tindakan Si Mat Sabu tu membuktikan bahawa mereka sudah ketandusan isu dan bankrap modal Politik untuk memburukkan PAS.
"Kepimpinan Amanah dinasihatkan menyelesaikan dahulu kecelaruan mereka dan mencari titik persamaan supaya kumpulan pro-Syiah, pro-Tanzim Alami dan pro-Anwariyyun dapat disetarakan pemikirannya," katanya menerusi kenyataan.
Selain itu, Mohd Zuhdi juga turut membidas kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu sebelum ini yang menuduh PAS diresapi pemikiran kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Katanya, alasan terbaharu Mohamad apabila mengaitkan PAS dengan gerakan militan adalah bertentangan dengan dakwaannya sendiri sebelum ini terhadap parti Islam berkenaan.
"Pimpinan Parti Amanah Negara mula menyerang PAS dengan mengaitkan PAS dengan Isis atau terrorisme. Terkini presidennya sendiri berkata antara sebab Amanah ditubuhkan disebabkan PAS kini dipengaruhi oleh Isis.
"Sebelum ini, PAS dituduh mahu bersekongkol dengan parti pemerintah, iaitu Umno atau BN atas nama kerajaan perpaduan yang juga dimomokkan sebagai punca mengapa Amanah ditubuhkan.
"Berdasarkan paradox kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan Amanah sebenarnya semakin keliru dan celaru. Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS," katanya.
Jelas Mohd Zuhdi, tuduhan bahawa PAS mahu bekerjasama dengan UMNO yang dibuat sebelum ini dengan tuduhan diresapi pemikiran militan merupakan dua perkara yang bertentangan.
Pokok pangkalnya, Si Mat Sabu dan konco - konco Pengkhianat dia sekarang ni memang dah ketandusan idea nak meraihkan sokongan Simpati Murahan dari kalangan rakyat. Maka sebab itulah dia sanggup memper-BODOH-kan diri dia sendiri!!!
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteHahaha.....pakcik tua ni gila duit ada duit bagus tiada duit gi mampus. Dia nak semua menteri kena bagi duit kat dia org baru bagus tak yah buat jln tak yah bagi subsidi bagi je wang semuanya bagus!! Inilah contoh rakyat mahu dari langit sdr tak berusaha hidup susah salahkan org tetapi lupa tanya diri mrk ada pernah bayar cukaikah?? Ada bantu org sekelilingkah?? Ada dermakah??? Jgn guna miskin sebagai alasan utk tidak dpt berbuat baik.golongan inilah penyokong si najib dpt duit semua boleh kutuk siapa ganggu najib yg bagi duit tetapi tak tahu mana dtgnya duit. Duit haram ke duit rasuah ke duit samun ke duit rakyat ke??? Patutlah golongan begini dipandang hina ,bukan sebab miskin atau tua tetapi pemikiran dan hati budi mrk.
ReplyDeletekau jgn silap faham, pak cik ni bukan gila duit tp dia mmg gila...cer tanya dia kenal tak omak, nanti dia jawab ado kat sawah sedang bajak bendang...
DeleteOrang tua,walaupun tun M tak bagi 50 sen pun tapi zaman dia perintah kos hidup boleh dikatakan stabil dan tak tertekan macam la ni.guna akal yg waras sblm komen.
ReplyDeletebaiklah pakcik cepat-cepat mampus. bagi peluang org muda pula berpolitik dgn cerdik, jangan tertipu macam pakcik.
ReplyDeleteorg macam pakcik ni lah yg bikin majoriti rakyat mesia susah
Pakcik tua...Najib bagi RM300 tiap2 bulan? Mabuk ke? Hidup nak harap bantuan je baik pakcik apply OKU kat jabatan kebajikan. Mahathir dilabel authoritarian...ya, Sesetengah perkara memang betul tapi mahathir tak mudah ambik tindakan yg bebankan rakyat. Negara susah mcm mn selepas kegawatan ekonomi 97-98, ada mahathir kenakan gst? Ada mahathir pajak malaysia pada IMF? Harga barangan/perkhidmatan zaman mahathir terkawal..tak mcm skrg, naik ikut suka. Jgn mkn semut byk sgt ye pakcik..
ReplyDeleteomakkau pun setuju dgn pakcik ni sebb sekrg dua hala dapat komisyen satu dari PAS satu dari UMNO....musykil nya sampai sekarang tak buang2 logo DAP kat blog (masih terikat dgn perjanjian bayaran DAP bagi dulu kot) hahahaha
ReplyDeleteorang tua ni memang gila duit..makan tidur duit..
ReplyDeleteberak kencing pun duit..
tak ada duit dah lama dia mampos... nasib baik najib bagi duit..tak kira dari mana duit..rasuah ke samun ke rompak ke..
pakcik.. tak payah berdoalah kpa tuhan ye.. sebab najib selalu bagi duit...
takut bila najib tak ada nanti pakcik ni pun mampos.
Jangan hentam orang tua ini. Dia nyayuk dan di Hospital. Yang sewel adalah orang yang ambil kesempatan atas dia dengan menyebar klip video ini.
ReplyDeletesekian,
Jeff Ulu Bernam (ori)
Keadilan Reform
btui ka hampa nie...
ReplyDeletedemokrasi... hmmm...
PAS pun kena jg...
cuba kita tanya Dato Hussam mau dak wat projek ekonomi...
#PANkenatolak
#Syiahharusditentang