Pemuda UMNO Malaysia mengakui rakyat sudah tidak boleh menerima tindakan Kerajaan yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.
Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, Barisan Nasional (BN) harus melihat semula akujanji yang dibuat sebelum ini.
“Saya selaku Ketua Pemuda mengingatkan Kabinet tentang Aku Janji BN. Kita faham beberapa langkah pedih terpaksa diambil tetapi hakikatnya, rakyat sudah tidak boleh terima lagi dan sudah sampai ke `breaking point’.
“Jadi cukup-cukuplah. Jangan ditambah lagi bebanan rakyat. Jangan dicurah lagi minyak ke atas api kemarahan mereka yang sedang marak membara,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Kali Ke-69 pada Rabu.
Menurut Khairy, jika ada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan selepas ini, Pemuda UMNO sendiri akan membantah tindakan tersebut.
“Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini. Enough is enough.
“Pemuda bantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk dua lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun. Sama juga dengan kenaikan yang lain,” ujarnya lagi.
Jelas Menteri Belia dan Sukan itu lagi, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Pemuda UMNO hanya mahu mendengar perkara-perkara yang baik dan menyenangkan hati rakyat.
“Dua tahun akan datang ini, oleh kerana kita sudah membuat segala penjimatan melalui GST, pemotongan subsidi, kenaikan tarif, tambang, tol dan sebagainya. Pemuda hanya mahu mendengar berita yang baik-baik dan menyenangkan rakyat sahaja.
“Inilah masanya kita gunakan segala penjimatan yang dikatakan kita perolehi daripada segala langkah pedih ini untuk menggembirakan rakyat. Tunjukkan bahawa langkah penjimatan selama ini boleh membawa kebaikan pada mereka,” ujarnya.
Bagi mengurangkan beban orang muda, Khairy menggesa agar Kerajaan Persekutuan dapat menyediakan diskaun khusus untuk orang muda yang menggunakan pengangkutan awam.
“Selama ini bila tol naik, kita minta anak muda guna pengangkutan awam. Tapi sekarang, lepas kita naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala tambang pun naik juga. Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat, nak suruh mereka jalan kaki?” soalnya.
Pergerakan Puteri UMNO mendesak pihak kerajaan mengkaji semula keputusan menaikkan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan awam yang dilihat dibuat secara mendadak.
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan itu perlu kerana keputusan yang dibuat menambahkan kos sara hidup terutamanya golongan muda.
“Kami mendesak pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengkaji semula dan merasionalisasikan kenaikan harga pengangkutan awam yang membebankan pengguna melalui kenaikan tambang LRT serta ERL yang mendadak serta pengenalan tambang yang agak tinggi bagi perkhidmatan baru iaitu Bus Rapid Transit (BRT).
“Kerisauan orang muda di Malaysia kini adalah tekanan kos sara hidup yang meningkat. Warga kota kini amat terkesan dengan ketakstabilan ekonomi yang ketara. Bagi mereka yang baru merancang untuk memulakan kehidupan berkeluarga, beban kos sara hidup yang tinggi adalah perkara yang perlu diambil kira,” katanya semasa merasmikan sayap puteri di Perhimpunan Agung UMMNO 2015 di PWTC pada Rabu.
Katanya, Puteri melihat perkara utama yang mempengaruhi kos kehidupan wanita muda adalah pendapatan bulanan yang tidak seimbang dengan keperluan kos sara hidup yang merangkumi kos pengangkutan dan tempat tinggal serta keperluan untuk menyimpan untuk masa depan.
“Statistik menunjukkan lebih 50% pengguna pengangkutan awam adalah dari kumpulan umur di bawah 35 tahun dan 52% pengguna tersebut adalah golongan pelajar. Kita perlu sedar bahawa matlamat memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam adalah agar kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan melalui lebih banyak pilihan mod pengangkutan dengan kos yang berpatutan untuk menjalankan aktiviti seharian.
“Jika kita gagal menarik minat kumpulan sasaran ini, matlamat jangka panjang untuk menjadikan sistem pengangkutan awam sebagai pilihan nombor satu tidak akan dicapai dan ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan dalam merealisasikan matlamat pembangunan lestari yang merupakan tren pembangunan global,” katanya.
Kenaikan barang Mat Sabu waktu selfie dgn Amoy laga Dada macam mana pulak
ReplyDeleteKenaikan barang tidak mwrisaukan satu kaum itu sebab mereka berniaga. Harga barang naik sewenang2nya. ITU sebab DAP dan PAN Imayam tak cakap apa2 sebab taukey untung.
DeleteMujur ada PKR dan PAS memperjuangkan nasib rakyat. DAP Dan hamba abdi mereka PAN Imayam bukan wakil rakyat tapi wakil taukey
Lu... org apa cita... DAP lu org punya bos ma.... selama ni DAP yg payung lu org ma....
Deletejenis penyamun tak tau malu umno ni.kerajaan nàikkàn harga barang dan cukai.kerajaan tu bukàn umno ker.hangpa pi marah keputisan sendiri buat apa.lakonan tu sesuài untuk ahli umno yg spesis nfc shahrizat.
DeleteHahaha...pemuda umno marah kerajaan tetapi kerajaan itu umno sdr yg memerintah. Jadi rakyat harus tolak umno baru boleh ubah kerajaan yg terus menjajah malaysia. Kalau party itu boleh memerintah negara dgn baik apa kisah party mana yg memerintah kenapa mesti umno hanya umno boleh memerintah negara apalg seruan hidup melayu langsung tiada wujub hanya pecah belah kan bangsa dan agama dlm malaysia.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteUmno nak berlakon kasihan kpd rakyat la konon,,,hiak ptuihh. Sapa yg punya angkara semua ni. Bukankah kerajaan yg diterajui umno? Ka nak salahkan rakyat pulak, tak pandai berminat cermat? Atau salahkan dunia luar,, sudahlah menipu wahai umno,,kembali kod kebenaran, kembali kpd ajaran islam. Terimalah hakikat umno semakin hanyut disesatkan oleh dasar perjuangan yg tidak berteraskan islam, hendak dikatakan memperjuangkan nasib bangsa melayu,, lihat apa jadi di johor baru,pulau Pinang, walayah persekutuan dan di serata negara, apa jadi dengan nasib dan kedudukan org melayu. Disaat menaip komen ini, saya berada di Petronas jln teberau JB,,wah,,,hebat pembangunan, tapi utk siapa? Berapa kerat org melayu dapat beli kondo2 yg tubuh bagai cendawan. Harga bermula daripada rm390k!! Ada yang mencecah rm 700K!. Untuk siapa ini semua? Ya,, untuk masyarakat tiong Hua,,mereka bijak berpolitik. Berlakon bersama dgn umno, tujuan mereka agar melayu umno dan pas tidak bersatu. Hasilnya, umno menang dgn undi cina,,maka dilayannya cina berpuluh tahun sehingga cina menguasai ekonomi dan pemilikan aset tanah dan sebagainya. Pas pula diperdaya Dap hampir 30 tahun supaya memusuhi umno. Cina bijak berpolitik,,memperlagakan org melayu di bumi mereka sendiri agar mereka mendapat untung. Kenaikan harga barang yg dikhuatiri pemuda umno,,adakah cina ambil kisah? Gst 6%,, tetapi harga barang dinafikan ada sesetengah mencecah 30%!!. Bodohnya orang Melayu......
ReplyDeleteOrang Melayu paling bodoh adalah PAN Imayam yg menjadi talibarut DAP
DeleteBetul tu,,sanggup memerangi bekas parti sendiri yg berteraskan islam semata-mata terbodoh dgn Dap.
ReplyDeleteKetua Pemuda & K. Puteri Umno antara manusia yg sama2 menyokong kelulusan GST dan kenaikan tol. Mereka ada dlm kabinet, mereka ada dlm parlimen. Tapi depan ahli berlagak tunjuk jagoh. Kesian ahli Umno diperbodohkan. Rakyat semua jadi mangsa.
ReplyDeleteKalau kita ikut ajaran Syiah negara ini akan makmur dan sentosa.
ReplyDeleteApa kata saudara2 kita mulakan perjuangan ini dan kembali ke jalan yang betul?
Jeff Ulu Bernam
Keadilan Reform
Ahli PKR
Jeff dah makan ubat atau belum?
DeleteApa la nak jadi dengan macai pas...
ReplyDeleteOrang sebok dan bising pasal kenaikan segala jenis perkhidmatan, dia sebok dengan pan.
Apa na buat dah presidennya pun jenis bengap.
Orang tertunggu-tunggu pembentangan hudud...dia bersenang lenang di jepun..
Omak cakap betul2 macam geng umno, tipu3. ari tu kata nak delete mana2 komen yg x relevan dgn tajuk tp korang tengok 90% komen tiada kaitan langsung. aku nak komen ikut tajuk siket " omak tak risau pasal kenaikan kos sara idup sbb komisyen drp 2 parti sentiasa masyuk..."
ReplyDeleteomakkau sibuk mendelete komen yg tak sebulu takut miss soru.....apalaa omakkau...berjuang kerana dunia dan harta sekrg ni....
DeleteBerapa banyak konflik rakyat kena lalui...
ReplyDeleteSebab tu aku mintak PAS buat projek ekonomi...
Ada jg hasil...
Demokrasi oh demokrasi...
Aku bersangka baik ngan pimpinan UMNO...
Rugi la klau tak buat kerja dakwah...
Aku cuma sokong pimpinan UMNO yg tegakkan Islam...
#TolakPAN100%
#Syiahharusditentang