Wednesday 9 January 2013

KETUA WANITA SELANGOR RAJA ROPIAAH ADALAH USAHAWAN TULEN KATA KETUA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA!!!!!

Raja Ropiaah usahawan tulen

Ia dinyatakan oleh Ketua Umno Petaling Jaya Utara, Datuk Ikhwan Salim Abu Sujak yang juga seorang ahli perniagaan.

PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah yang syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd diselubungi kontroversi dalam isu pembinaan Pusat Pendidikan Pertahanan Negara (Puspahanas) di Putrajaya berharga RM100 juta masih dianggap seorang ahli perniagaan tulen.

Ia dinyatakan oleh Ketua Umno Petaling Jaya Utara, Datuk Ikhwan Salim Abu Sujak yang juga seorang ahli perniagaan.

Beliau juga menganggap apa yang dilakukan oleh Raja Ropiaah itu adalah keputusan bisnesnya.

“Kalau apa yang dia (Raja Ropiaah) itu buat betul, apa salahnya. Perkara itu sudah lama berlaku tetapi tidak didedahkan ia kerana tidak diketahui umum,” katanya.

Raja Ropiaah menurut Ikhwan Salim merupakan ahli perniagaan tulen kerana beliau sudah menceburi pelbagai bidang perniagaan, seperti menjual kain baju dan perabot.

Ikhwan Salim berkata, beliau mengenali Raja Ropiaah kerana sama-sama ahli perniagaan serta berkecimpung dalam politik Umno.

“Saya mengenali Raja Ropiaah pada tahun 1990 -an lagi,” katanya lagi.


HANYA PENYAMUN AKAN IKTIRAF RAKAN PENYAMUNNYA SEORANG YANG BAIK BUDI.

7 comments:

  1. semua projek besar kasi sama kroni...kaut juta2...lepas tu perbodohkan rakyat dgn slogan macam2...habis sgt pun bagilah RM500 sorang...heboh dok pukul canang satu dunia...yg bengap+bangang+gigit mi tak putus...meloncat seronok kononnya dpt duit free...tapi depa tak sedaq malaun2 tu dah rembat juta2...kah...kah..1M..rakyat diBAHLULkan pencapaian kroni diutamakan....gunalah akal dengan bijak...jgn dok ingat perut aje.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pencacai2 umno nie bnyk pk pkai kpala lutut...drp pk pkai otak...xyh layan lh...

      Delete
  2. penyamun vs perompak...sama2 2x5...

    ReplyDelete
  3. Usahawan tulen mengikut standard UMNO.
    Bergelumang rasuah, mark-up, songlap dan lahap duit rakyat.

    ReplyDelete
  4. aku pn x tau mcm mane mata org2 umngok menilai. ari tu usahawan arak san miguel dpt usahawan yg berjaya dlm msia. nilai dan fikirkn la sendiri, kite sume ada akal fikiran, ada waras dgn x waras yg dikawal oleh sang nafsu. anda nilailah sendiri

    ReplyDelete
  5. Aku tak pernah tengok muka Raja Ropiah.. Tapi bila sekali tengok terus menyampah...

    ReplyDelete
  6. Bodohnye jwapan...kalo nko x kuat umno dpat x projct tu?sbb stahun aku org umno ni rezki dia hnya kt tngan umno....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...