Tuesday 12 March 2013

BUKTI BETAPA KERAJAAN UMNO JOHOR AMAT ZALIM!!!... SANGGUP RAMPAS TANAH PUSAKA ORANG-ORANG MELAYU DAN BERIKAN KEPADA KRONI!!!!!!



Ini merupakan bantahan terhadap pengambilan balik tanah atas permohonan pengambilan tanah di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan rizab jalan keluar masuk ke Tapak Cadangan Pembangunan, Mukim Sungai Segamat Daerah Segamat oleh Pemaju Projek Perumahan Right Gas Sdn. Bhd. Bahawa terdapat cadangan untuk pembinaan projek perumahan mewah/berskala besar di dalam Kampung Tangga Batu di sini. Namun projek tersebut tidak terdapat laluan keluar masuk.

Pihak kerajaan telah secara paksa menggunakan Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 untuk mengambil tanah-tanah penduduk dengan tujuan untuk mengadakan laluan keluar masuk ke tapak projek tersebut.

Penduduk telah dinafikan hak kerana tiada makluman yang diberikan oleh pihak terlibat kepada penduduk tentang pengambilan tanah tersebut.

Oleh yang demikian, kami penduduk seramai 55 orang yang berkepentingan ke atas tanah yang terlibat, membuat bantahan ke atas pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan ke atas penduduk/tuan tanah di Kampung Tangga Batu dan Kampung Kadut serta kampung-kampung lain yang terlibat.

Alasan-alasan Bantahan:-

1. Pengambilan tanah ini melibatkan milikan tanah dan mereka yang berkepentingan seramai 55 orang dan mereka secara langsung termasuklah Kampung Tangga Batu, Kampung Kadut dan kampung-kampung sekitarnya yang mana lokasi cadangan projek perumahan yang terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan telah menyebabkan jalan perhubungan antara Kampung Tangga Batu dan Kampung Kadut telah terjejas sepenuhnya.

2. Cadangan akses keluar masuk ke projek perumahan melalui Sekolah Menengah Seg Hwa adalah tidak munasabah kerana terlalu hampir dengan pintu masuk Sekolah Menengah Seg Hwa dan faktor kesesuaian serta tahap keselamatan kepada pengguna jalan raya terutama kepada para pelajar sekolah pada waktu puncak hari persekolahan dan hari bekerja.

3. Keputusan jajaran jalan yang dicadangkan tidak dibincangkan bersama pemilik tanah. Seharusnya segala keputusan yang hendak dibuat dibincang bersama terlebih dahulu dengan pemilik tanah kerana ia melibatkan tanah orang kampung dan mereka mempunyai hak ke atas tanah mereka.

4. Projek ini akan melenyapkan sebahagian perkampungan asal orang melayu di Kampung Tangga Batu, Kampung Kadut dan Kampung Tahang Rimau di atas Tanah Rizab Melayu. Tambahan lagi tanah yang hendak diambil merupakan tanah orang kampung dan tanah pusaka sejak 60 tahun dahulu. Jika tanah mereka diambil, di manakah mereka akan tinggal selepas ini? Ini seolah-olah tiada pertimbangan yang wajar kepada penduduk/tuan tanah.

5. Penduduk telah dinafikan hak untuk berunding terlebih dahulu.

6. Kerja tanah yang sedang giat dijalankan oleh pihak pemaju telah dilakukan tanpa mengikut prosedur standard Pelan Kerjatanah sebagaimana tertakluk Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Bagaimana projek tersebut boleh diluluskan sedangkan laluan keluar masuk masih belum ada? Ini menunjukkan terdapat ketidakaturan prosedur oleh pemaju dan kerajaan dalam menangani masalah yang timbul ini. Pemaju juga telah didapati menceroboh tanah kerajaan apabila memasuki kompleks penghulu dan meletakkan jentera-jentera berat mereka di situ. Tanah dibawah kabel elektrik juga telah diceroboh oleh pemaju. Akibat daripada kerja-kerja tanah oleh pihak pemaju, bekalan air dan elektrik di Kampung Tangga Batu juga turut sering terganggu. Kerja-kerja tanah tersebut juga telah mengakibatkan banjir lumpur dan kerosakan ke atas kebun dan kolam ikan di tanah bersebelahan.

7. Tanah penduduk sewenang-wenangnya dijadikan laluan keluar masuk oleh lori tanah dan jentera berat. Pergerakan keluar masuk lori tanah dan jentera berat telah mengakibatkan jalan asal kegunaan orang kampung rosak.

CADANGAN DAN SYOR

1. Jajaran akses keluar masuk projek perlu dikaji semula. Terdapat pilihan lain iaitu selain daripada menggunakan tanah penduduk kampung untuk akses keluar masuk ke tapak projek, pihak pemaju boleh menggunakan Jalan dari Pekan Jabi terus ke tapak projek sebagai alternatif akses keluar masuk projek dan kerajaan tidak perlu membuat pengambilan tanah orang kampung secara paksa dengan menggunakan Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

2. Menarik balik pengisytiharan pewartaan Pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 oleh kerajaan serta merta.

3. Memberhentikan kerja-kerja tanah serta merta sehingga semua pihak yang terlibat duduk di dalam satu majlis perundingan.

4. Pejabat Tanah Daerah Segamat dan Majlis Daerah Segamat perlu mengadakan satu dialog terbuka bersama penduduk/tuan tanah yang terlibat. Kesimpulan Pengambilan Balik Tanah dibawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 secara paksa oleh kerajaan tanpa terlebih dahulu dimaklumkan kepada penduduk setempat semata-mata untuk menjaga kepentingan individu atau syarikat tertentu telah menyebabkan penduduk/
tuan tanah berasa tertindas dan dizalimi.

Kerajaan seharusnya melindungi hak dan kepentingan rakyat dan bukanlah sebaliknya. Jika pihak kerajaan enggan membatalkan pengambilan balik tanah ini maka suatu tindakan melalui mahkamah akan dibuat dan pihak penduduk tidak akan teragak-agak untuk menfailkan injunksi di Mahkamah terhadap pihak berkaitan bagi menghalang pengambilan balik tanah ini yang dibuat secara paksa oleh kerajaan.

KALAU TANAH PUSAKA PUN SANGGUP UMNO REMBAT DARI TANGAN RAKYAT CUBA BAYANGKAN TANAH LAIN... TANAH RIZAB MELAYU LAGI SENANG LENANG UMNO SAPU DAN KEBAS.

2 comments:

  1. NASIBLE. SOKONGLAH LAGI. DAH HILANG TANAH BARU NAK SEDAR. JOHOR TU BUKAN TANAH JE PASIR PUN SINGAPORE DAH BELI. SIKIT ARI LAGI JADI SEBAHAGIAN REPUBLIC OF SINGAPORE!!!

    ReplyDelete
  2. Projek perumahan di Johor Bahru dan Johor Selatan dibeli oleh warga Singapura. Rumah mewah berharga 500 ribu, 800 ribu, 1juta lebih, dibina , mana ada org Melayu yg mampu beli? Pembeli dari Spura saja yg mampu .Tambahan pula ada lebuhraya dan jambatan kedua, semakin menjadi2 mereka datang beli rumah di sini.Tengok plet kereta Spura depan rumah, sahlah mereka warga Spura. Contoh: 2-storey semi-D RM 816,000. 3 storey link bungalow RM 1,360,000. 3 storey cluster home RM 880,000. 2 storey terrace house RM 538,000. 2 storey semi-detached RM 1,080,000. Kenapa kerajaan UMNO BN Johor, biarkan hal ini terus terjadi? Tidakkah menjadi iktibar , apa yg berlaku di Lahad Datu? Janganlah kerana wang ringgit, negeri tergadai. Banyak cara negeri boleh dapat wang, tapi bukan dgn cara jual tanah kpd warga asing. Fikirkan nasib bangsa Melayu dan anak cucu kita dimasa depan. Fikirlah !!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...