Friday 8 March 2013

RAKAMAN GAMBAR PIHAK POLIS HADIR SAMA MESYUARAT HIMPUNAN NAIK ANGIN ANJURAN PERKASA DIPENGERUSIKAN IBRAHIM ALI MENGUNDANG KONTROVERSI!!!!!


Esok hari Sabtu 9hb Mac 2013 jam 3.00 petang NGO Kepala Angin PERKASA akan mengadakan perhimpunan naik angin di Padang SMK, Tengku Panglima Raja, Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

Perhimpunan ini mendapat tentangan keras dari Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas dan satu laporan polis telah dibuat kerana menanggap perhimpunan ini akan mencetuskan suasana keluh resah, tidak aman dan tenteram serta tidak harmonis, memandangkan suasana pencerobohan Lahad Datu masih panas.

Lagi pun perhimpunan yang dianggap berbau hasutan itu mahu diadakan di kawasan sekolah, seolah-olah mahu mendedahkan pelajar kepada kelakuan kasar dan mengheret kepada Akta Hasutan.

Sepatutnya pihak penganjur perhimpunan yang boleh memperlihatkan perlakuan bermoral dan bukannya mengundang rasa resah gelisah dalam kalangan rakyat.


Lebih mendukacitkan pula program seumpama itu diadakan di sekolah tempat bagi mendidik pelajar menjadi rakyat yang berbudi pekerti.
Apa yang memeranjatkan Omak kau ialah kehadiran 2 pegawai kanan polis difahamkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Ibrahim Ali di Sekolah Men Keb Tengku Panglima Raja, Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

Bagaimana pihak sekolah boleh mengizinkan PERKASA menggunakan  premis dan segala fasilitinya bagi tujuan ini?

Pihak IPDP Pasir Mas, Kelantan wajar memberitahu tahu rakyat kenapa dan mengapa ada pegawai kanannya ambil bahagian secara aktif berbincang dan bermesyuarat dengan PERKASA Negeri Kelantan.

Selalunya pihak polis akan panggil penganjur perhimpunan ke pejabat polis untuk diberi taklimat tapi yang ini sudah terbalik.

Pihak polis tidak mahu dilihat dan dituduh sebagai bersekongkol dengan PERKASA dalam mengwujudkan suasana tegang dan tidak harmonis pada rakyat Pasir Mas khasnya dan Kelantan amnya.

7 comments:

  1. ni mesyuarat mcm mana nk gari katak-katak lepas musim hujan.... jgn risau katak-katak perkauman ni dgn sendirinya akan berakhir bila mghadapi musim kemarau nnti sbb xda tmpt nk stand...dulu bolih la sbb atas keperihatianan PAS bgi dia guna lmbg bulan pastu dia outer PAS dia bla...pada sya manusia lagu ni 1 sen x guna.....x bolih pakai....

    ReplyDelete
  2. apa yg kita nak harapkan dr polis. polis ni untuk conspirasy, angkat tilam kemahkamah, dera tahanan dlm lokap, c4 bolehlah. patutlah kebanyakan keluarga polis banyak kucar-kacir. tengok saja dekat perumahan polis macam2 belaku yg melibatkan anak2 polis curi basikal, naik motor tak pakai topi keledar, bila tiba hari raya pulak ditempat merekalah memulakan letupan mercun.

    ReplyDelete
  3. Inilah masalahnya. Bila ada yang mengatakan polis menjadi alat, tidak disenangi dan marah . Kenapa pihak penguasa yang menerima gaji dari harta rakyat tidak boleh bersikap profesional dan tidak menjadi alat golongan yang memusuhi rakyat majoriti.

    ReplyDelete
  4. Perhimpunan bagi penyokong karat umnobn naik hangin satu badan..sbb byk penyokong umnobn cerdik dh tak banyak sokong umnobn, diorang faham umnobn skrng nih dh rosak..kebajikan rakyat sprti digula2kan, kos sara hidup rakyat dipimpin kerajaan umnobn skrg nih seringkali meningkat dan tidak ditangani secara menyeluruh...

    ReplyDelete
  5. Perhimpunan ni lebih sesuai bg nama perhimpunan orang kelantan naik angin pd pekasam & berahim al-kataki.

    ReplyDelete
  6. Harga barang mahal...

    Yang kaya bertambah kaya...

    Yang miskin mcm aku ni bertambah miskin...

    Berniaga setakat cukup makan je..
    Nk buat loan macam macam mereka minta..
    Lagi malang nama pulak blacklisted sebab jadi penjamin...
    Macam mana org melayu kita nk maju kalau macam ni..

    Harap pakatan beri peluang kedua jika menang pru ni.
    Harap pakatan beri kelonggaran pada blacklisted name in CTOS sbgai pnjamin,ramai lagi orng yang senasib seperti saya ...

    Saya bersandar harap pada pakatan..
    Dengan izin Allah pakatan akan menang dan bela nasib rakyat seperti saya...
    Amin...


    ReplyDelete
  7. brehem,wat la himpunan agar pas bgi belas ehsan kt ko tanding gne tiket pas

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...