Tuesday 6 May 2014

ADUN LENGGENG BERANG DENGAN MB NEGERI SEMBILAN LANTIK PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JKKK YANG ADA REKOD JENAYAH!!!!!



SEREMBAN:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail mempertikaikan keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam urusan pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9, Pantai di bawah DUN Lenggeng.

Ishak yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Pantai, berkata, jelas sekali keputusan tersebut dibuat tanpa merujuk dan mempedulikan segala cadangan dikemukakan oleh Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia.

“Beliau (Mohamad) selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan langsung tidak mahu mendengar dan mengambil kira suara ahli Umno yang lain.

“Kita menolak pelantikan terbabit berikutan mendapati individu yang dipilih tidak memenuhi kriteria ditetapkan seperti mempunyai rekod jenayah, bukan ahli Umno tempatan, tidak menetap dalam kawasan jagaan dan membantu pembangkang berkempen semasa Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

“Justeru, kita akan bawa perkara ini ke Mahkamah dan kita mahu mahkamah membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dalam pelantikan jawatan JKKK terbabit,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia

Ishak berkata beliau bersedia menerima sebarang risiko, termasuk kehilangan jawatan dimiliki sekarang.

Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Ahli Lembaga Disiplin Umno, Datuk Mohd Noor Abdullah. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Seremban yang juga merupakan ADUN Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza.

15 comments:

  1. apa nak kecoh... dekat Malaysia bekas banduanlah yang diagung2kan..

    ReplyDelete
  2. Dalam UMNO/BN itu semuanya penyamun apa nak kesah lantek pi sehaja lah senang buat projek untuk menyamun wang rakyat. Lagi pun spisis UMNO/BN kebal undang2 buat lah apa pun tak akan disabitkan kesalahan di Mahkamah sebab SPRM,PDRM dan MAHKAMAH sudah di ROBOTKAN oleh pemimpin2 UMNO/BN. Cuma macai2 sehaja yg belum celik biji mata dan masih pekak telinga. Satu dunia dah tahu berkaitan Malaysia. War warkan demokrasi konon nya DEMOKRASI HARAMJADAH nama nya. Kalau puak yg PRO BN cakap dan buat lah apa sekali pun tidak akan diambil tindakan undang,kalau puak PR yg cakap mak hai laju sehaja pihak PDRM atau SPRM siasat dan tuduh di Mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Betul tu...kat malaysia wanita bertudung labuh disamakan dgn pelacur wanita nampak dada dan betis jadi pujaan pemimpin2 UMNGOK...tk caya tanya najibtuya atau tanya naib ketua pemuda UMNO.

    ReplyDelete
  4. setakat JKKK kecoh... ada yang beria nak jadi PM pun ada rekod jenayah...

    ReplyDelete
  5. MALASsia Boleh!!!! Apa de heran...

    ReplyDelete
  6. PM sendiri pun buat jenayah....MALAYSIA BOLEEEEHH!!!!!!!! Boleh hancur!!!!!

    ReplyDelete
  7. Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  8. yang dah disabitkan kesalahan jenayah oleh mahkamah pun boleh beria nak jadi PM.. hebat...

    ReplyDelete
  9. samalah mcm jkkk air panas jasin melaka

    ReplyDelete
  10. alahai macamlah jkkkn kat negeri PR tu semua baik belaka...

    ReplyDelete
  11. UMNO TAK BOLEH . YG BOLEH LETAK PEMIMPIN YG ADA REKOD JENAYAH, BEKAS BANDUAN HANYALAH DIBENARKAN PARTI PKR JE.

    KAMI PKR BEBAS. HAK ASASI SAMARATA

    ReplyDelete
  12. Ada aku kisah yg penting bukan UMNO haramjadah!

    ReplyDelete
  13. Kat malaysia satu ketika dulu orang pakaibaju kuning pun kena tangkap polis..memang sial kerajaan skrg ni!!!!

    ReplyDelete
  14. Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...