Friday 9 May 2014

BEKAS PEMAIN JDT TIDAK MENGAKU SALAH MENCURI RM500 KEPUNYAAN BEKAS RAKAN SEPASUKANNYA.



JOHOR BAHRU – Bekas pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini, atas tuduhan mencuri RM500, 1 April lalu.

Tertuduh, Mohammad Hadin Azman, 19, didakwa melakukan kesalahan mencuri dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat menyimpan barangan peribadi pemain dengan mencuri wang milik Mohd Asraruddin Putra Omar sebanyak RM500.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik persalinan pemain di padang bola Seri Gelam, Johor Bahru jam 8.30 pagi, 1 April  lalu.

Bagi kesalahan itu, Mohammad Hadin didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Dia yang diwakili peguam, Nor Shahid Abdul Malik merayu dibenarkan jaminan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias atas faktor menanggung ibunya seorang ibu tunggal.

Nor Shahid memberi jaminan anak guamnya hadir sepanjang perbicaraan berlangsung selain Mohammad Hadin tidak mempunyai pendapatan lain selepas dipecat daripada pasukan itu.

Mohd Azlan membenarkan jaminan ditetapkan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwaraya Noor Farhana Adham.

2 comments:

  1. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  2. Menurut hukum hudud, kena potong tangan tak ni?
    -masih belajar-

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...