Wednesday, 7 May 2014
GENAP SETAHUN MUKHRIZ MAHATHIR JADI MB KEDAH LEBIH BANYAK KEGAGALAN DARI KEJAYAAN!!!
Senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:
1. GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa.
2. GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji semenjak BN mengambilalih pentadbiran negeri pada Mei 2014.
3. GAGAL dalam penghasilan padi/beras untuk negara di mana kini Kedah hanya mampu menyumbang 30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa Pakatan Rakyat dahulu negeri ini menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.
4. GAGAL menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY akan diteruskan di Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah sawah.
5. GAGAL bercakap benar. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk kegunaan Yang Di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terang-terangan tertera perkataan ‘Menteri Besar Kedah’.
6. GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.
7. GAGAL mengawal pembalakan yang berleluasa. Kegiatan pembalakan berjalan dengan rakus sekali terutama di daerah Padang Terap, Baling dan Sik. Hutan digondolkan tanpa belas kasihan seolah-olah hutan tidak menyumbang apa-apa terhadap kestabilan alam.
8. GAGAL mengawal budaya hedonism. Kerajaan Negeri membenarkan kumpulan penyanyi separa bogel K-Pop dibawa masuk dari Korea dalam konsert UEPE yang di adakan di Sungai Petani.
9. GAGAL menjaga duit negeri, menggunakan untuk tujuan tidak baik. Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan murah hati ‘bersedekah’ kepada Astro yang menganjurkan Program Maharaja Lawak Mega sebanyak RM200,000.00. Jumlah tersebut terlalu besar untuk rakyat Kedah yang miskin tetapi BN menghabiskannya untuk orang ramai bergelak ketawa.
10. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz telah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.
11. GAGAL mengurus sembilan buah Maktab Mahmud yang selama ini diurus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada Kementerian Pelajaran dibawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mukhriz mungkin ‘bijak’ kerana berjaya menyelamatkan duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut. Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib silibus Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?
12. GAGAL merealisasikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi yang dicetuskan idea penubuhan dan pembinaannya oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan. Khabarnya projek tersebut dibatalkan terus. Mungkin kerana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan adalah ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.
13. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu pelantikan Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang dikaitkan dengan siasatan salahlaku. Sepatutnya biar individu berkenaan membersihkan namanya satu melalui siasatan tersebut, sebelum pelantikan dibuat.
14. GAGAL menangani penderitaan hidup rakyat, khususnya penoreh getah yang terbeban dengan kejatuhan harga getah serta peningkatan kos hidup. Kepimpinan kerajaan negeri Kedah seolah-olah tidak tahu cara untuk menanganinya.
TERNYATA MUKHRIZ SEBAGAI MENTERI BESAR KEDAH GAGAL .. SEBAGAI PEMIMPIN BERSELFIE DIA LULUS CEMERLANG!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
biar rakyat kedah yang menentukan.. orang kedah suka aja dengan Mukhriz yang omakkau dengki tu kenapa???
ReplyDeleteEhh...aku punya pasallah nak dengki...yg kau sibuk nak jaga tepi kain org apahal...kau sedara si Mukhriz ke?...................
Deleteeh punya pasallah aku nak sibuk walau aku bukan sedara mukhriz pun.. jaga si khalid tu sudahlah omakkau...
Deleteeh bila masa aku jemput engkau. hidung rompong pipi bekas sondol pantat babi.
DeleteIni lah standard pemikiran macai-macai PR....kuman kat Planet Marikh depa boleh nampak, anaconda anuGAYrah Pooojaan depan mata depa buta. Sat lagi kena ngap lah kat si anakonda tu.....aman dunia sikit.....
Deleteakhirnya tipudaya TENTERA DAJJAL selama lebih 50 tahun terserlah jua. bertuhankan assobiyah, beramalkan maksiat, berzikir dengan fitnah. Moga Allah azzawajalla membinasakan mereka
DeleteBodoh punya omakkau.. aku org Kedah rasa seronok je dgn negeri aku sekarang. Janji takde catu2 air.. ptuih!!
DeleteLuv Mukhriz. Jumpa beliau pada tahun 2009 ketika suatu persidangan. Dia bagi ucapan pada hari tu. Masa tu dia belum siapa2. Saya panggil dia sebab saya nak bagi surat pada ayah dia. Masa tu terlalu rindukan kepimpinan Tun. Dengan baik dan ramahnya dia membalas sapaan saya, Dia kata , InsyaAllah dia akan singgah rumah ayah dia dan bagi surat tu. Kawan2 yang tinggal di kawasan dia menang menceritakan semua orang sangat sayangkan Mukhriz, Selalu pergi ke masjid dan bersembang dengan Jemaah. Setelah menjadi MB...kami makin sayangkan dia. Tak pernah stadium penuh hanya untuk bersolat dan mengingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebelum ini, tapi sebaik Mukhriz ambil alih lebih 100 ribu berkumpul. Dia bakal PM suatu hari nanti.kawan saya kata kalau dengar ucapan dia tentang ekonomi....sangat bijak. Tak sebijak Tun tapi tetap bijak. Anda sudah berdosa....memfitnah dia tanpa tahu hakikat sebenarnya!
Deleteini bukan soal dengki..tapi soal mentaliti rakyat kedah yang suka pemimpin macam tu...
Delete...so biarkan ajer lah sil uncai terjun dengan labu-labunya...
..teriinat aku waktu mula-mula pentadbiran mukriz dulu.. bising duk canang tak cukup duit nak tadbir kerajaan negeri.. baru naik dah nak minta bantuan kerajaan pusat..pastu dah dapat duit semua jadi habuk..
masa ustazazizan dulu duit cam jugaa.. tapi semua okey jer..gaji pensyarah kolej cukup.. ekonomi meningkat.. itulah beza sikit taapi berkat dengan banyak tapi tak berkat ...
so rakyat kedah ..terjunlah kamu dengan labu-labunya....
gagal mengurustadbir pasukan bolasepak kedah yg sblm ni mengkritik kerajaan terdahulu gagal urustadbir..thn ni berkemungkinan lg teruk tak layak bermain di piala malaysia
ReplyDeletebodoh sama bodoh gaduh..org cerdik tepuk tangan..
ReplyDeletePemikiran org pas n pkr mmg la Suka sgt kutuk sesama Islam dan melayu,mana ntah contoh sbgi org Islam yg patutnya Suka bersatu padu
ReplyDeleteapapun rakyat kedah aja tau camana muhkriz ni.. omakkau jaga selangor cukup.. duk kalut kat kedah satgi selangor pun terlepas.. selangor tu sebab ada khalid aja.. kalau harap orang lain MB mau selangor BN ambik balik.. apapun ni khalid last MB.. lingkupla lepasni selangor...
ReplyDeleteJaga selangor tu..jauhi denggi dan kencing tikus..dah nk mampus dgn penyakit tu pun tk sedaq diri lagi...
ReplyDeletejangan kata orang Kedah suka Mukhriz la, kaki ampu jer suka
ReplyDeletetakpa aih.. hang bukan orang kedah duk sengap sudah.. duk kalut kat negeri orang pasaipa.. hang duk kat negeri hang sudah.. jangan duk buat kalut naa...hang nak ampu khalid ka sapa ka punya pasai kat hang..
DeleteKami sayang MUkhriz. Kami orang Kedah...sayang sangat2. Too bad..dia akan tinggalkan kerusi MB nanti untuk jadi PM.
Deletemukriz menang bukan kerana umno baik tapi kerana pas lemah. That's all. FULLSTOP!
ReplyDeletePR menang bukan sebab PR tu baik tapi sebab cina tak suka UMNO... FULLSTOP!
DeleteKenapa cina tidak suka UMNO.? Sebab UMNO bapak segala rasuah , perkauman..
DeleteKESIAN MELAYU KEDAH...DOK BOLEH BAWA RAHMAT..P UNDANG BALA. NASI TELAH MENJADI BASI KEW..KAW...
ReplyDeleteorang melayu kedah dah bagi peluang kat PR perintah.. hangpa yang tak jaga elok2... lagi nak hingaq..
Deleteklau gagal semua baik letak jawatan . anda sebenarnya tak layak jadi MB. tiada karisma !!
ReplyDeleteada ka rakyat kedah duk sembang suruh mukhriz turun.. ada ka??? yang ada suruh MB selangor dipecat adala..
DeleteBodoh omakkau... Dah tinggai talk kat org... Ingat sat ka nak bangun kan negeri yg teruk mcm yg PAS tinggai tu...
ReplyDeleteHampa toksah dok ampu sgt la Mukhriz tu. Bknnya best tera mn pun. Dah la membaziaq. Zmn Almarhun Ustaz Azizan lg best. Tenang ja Kedah.
ReplyDeletepemimpin PR mana suka arwah ustaz azizan...
DeleteDah la oi...kat kedah tu pun apa kurangnya....kalau buat betoi betoi...tak kurang hebat jugak pendapatan negeri...tapi apa nak buat...berani masa susah...dah dapat panggu...jadi haram jadah...anak kedah banyak yang pandai buat nama...baik golongan kanan ataupun kiri...tapi hat jadi pelaq pun ramai...naik jadi ketua...kiri kanan semua makan...pelaq buih
ReplyDeleteHampa PR memng hebat kami mengaku kalah kalau nak lawan bab kutuk mengutuk,maki,fitnah,sentiasa salahkan org lain walaupun salah sndri.kami mengaku klh klu bab 2 tapi bab takbir negara kami yakin lebih baik..apa yg ada di selangor?air catu,sampah bersepah,tiada pembangunan baru,jalan teruk...itu bru yg nampak..x selak habis lagi.negeri kaya air tiada.masalah pentadbiran PR.
ReplyDeleteHutan dlu lgi dah digondol..jgn buat2 x tau..
Ngokkkk...aku bukan penyokong bn ataupn pr. FYI...mana-mana kerajaan yg wujud tak boleh dan tak mampu tadbir kalau tak ada duit pembayar cukai..SO..sedar sikit..buat kajian..komen biar nampak cerdik..jgn taksub dan jgn jadi tolol......
Deleteeh btol ke omak kau kena tangkap khalwat???
ReplyDeleteBotol, di cabang tiga planet marikh...
Delete