Thursday, 8 May 2014
HEBOH PIAN CECUPAK, NASH DAN BOY IMAN MENERIMA ANUGERAH GELARAN "DATUK" DARI KERAJAAN NANING YANG TIDAK DI IKTIRAF KERAJAAN NEGERI MELAKA!!!!
Pian Cecupak yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi pengakuannya yang melakukan suntikan wajah, dikhabarkan telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini.
Meskipun gelaran itu menjadi pertikaian oleh segelintir pihak, namun Pian tetap bersyukur kerana dia terpilih menerima gelaran itu bersama dua rakan artis lain, iaitu penyanyi Boy Iman dan Nash.
Anugerah ini sebenarnya dari tahun 2011 lagi kerajaan Melaka telah istiharkan sebagai tidak sah dan tidak mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Melaka.
Secara tidak langsung mereka ini tidak boleh menggunakan gelaran Datuk tersebut pada nama mereka.
ALOR GAJAH 29 Mei 2011 - Majlis penganugerahan darjah kebesaran dan anugerah gelaran kehormat yang disampaikan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hashim kepada 43 penerima pada satu majlis tertutup Selasa lalu dianggap sebagai tidak sah.
Jawatankuasa Lembaga Adat Naning, Omar Ali berkata, Abdul Latif bukan lagi Undang Luak Naning pada hari majlis penganugerahan itu berlangsung kerana telah dipecat daripada jawatan itu pada 21 Mei.
Menurutnya, Abdul Latif bukan lagi Undang Luak Naning selepas Lembaga Adat Naning yang dianggotai empat Tiang Balai bersepakat meluruhkan pesakanya (dipecat) pada 21 Mei lalu.
"Tindakan memecat Abdul Latif yang juga bekas Undang Luak Naning ke-19 diambil selepas beberapa kali Lembaga Adat memberikan surat teguran berhubung pelbagai salah lalu adat dan sivil namun tidak diendahkan olehnya," kata Omar ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata, tindakan Abdul Latif itu disifatkan sebagai satu penderhakaan kepada kerajaan negeri dan Yang Dipertua Negeri serta jelas melanggar Perlembagaan Negeri.
Katanya, istiadat seumpama itu tidak pernah dilakukan oleh Undang Luak Naning yang terdahulu sejak wujudnya institusi Adat Perpatih Naning lebih 300 tahun dahulu.
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam baru-baru ini memberitahu, anugerah darjah kebesaran dan pingat gelaran kehormat yang diadakan tidak diiktiraf kerajaan negeri.
Ini kerana, menurut beliau, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran majlis tersebut oleh mana-mana pihak berkaitan.
Katanya, darjah kebesaran dan anugerah gelaran yang disampaikan itu adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.
Beliau berkata, penerima seharusnya memeriksa dengan bahagian protokol negeri terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada darjah dan gelaran yang dianugerahkan itu diwartakan oleh kerajaan negeri atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Darjah kebesaran amat penting supaya budaya FEUDAL yang melembukan orang Melayu terus kekal! Kah kah kah kah.. Idop Melayoooooo!
ReplyDeleteKalau ada darjah kebesaran, bila masuk kampung ngan Felda, makcik pakcik sekeluarga yang bodoh tak ngaji sanggup bagi makan FREE! Huhuuuu..
DeleteHebat Shahrukh Khan lagi nampaknya. Kesian kat rakyat sendiri.
ReplyDelete5 RUKUN ISLAM
ReplyDelete1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
APsal ALi Rustam masih disebut KM Melaka? Check ur sources pls
ReplyDeletecai, hang pandai bacai x? dia petik source bertarikh 29 Mei 2011
DeleteShahrukhan itu mempromosikan negeri melaka la... Kan dia ada blakon kat melaka... Sbb tu dpt datuk
ReplyDeleteJackie chan tahun 90an dah promosi malaysia..zeta jones..sean connery pon dah blakon kat msia..xna bg datuk ke?
DeleteAku tak payah nak berlakun di Melaka pun dah lama dapat pangkat datuk. Cucu aku yg bagi. Apa susah? Kah kah kah..... Mati esok ni, Datuk ke Tan Sri ke Tun ke semua tinggal kat tepi lubang kubur.
Delete5 RUKUN ISLAM
ReplyDelete1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
hebat lagi si nizar.. baru berapa hari jadi MB dapat gelaran datuk seri..
ReplyDeleteIni sumer poyo..... horeyyyyyyyyy
ReplyDeleteBangang apakah kerajaan naning ini, kalau nk bg penghormatan pon bg le kepada yg berjasa br org x pertikai. Ni bg kat boy iman ngan pian. Leh. Berlakon pon cm gampang lawak x jd. Ntah ap jasa aku x tau la.
ReplyDeleteUndang naning 19 bg kt cina, ke 20 bg kt indon,ke 21 bg kt artis....klau dh cara jd dtuk undang dh salah kuasa un salah guna la....sape yg salah lantik waris yg salah...lembaga adat yg buta adat.....dia lah player yg game kn keturunan naning dan mngaut keuntungan atas nama naning
ReplyDeletePada sape yg nk kene tipu untuk anugerah akan datag pastikan dato undang itu naik dngan cara yg btul atau salah.....jgn pcaya pada wakil sperti setiusha arsu panglima yg bru tiga thun knl naning dia tau sebut raja nati raja tanam dia un xtau dato yg dia ikut melakukan x adat itu sbgai simbol pnggnti undang terdahulu.....lbih baik selidik pd keturunan atau ibu2 soko yg ad dri pang kima yg bru tiga thun kenal naning..... mohon slidik dulu sblum mnyalahkn org agr glaran yg kte bawa juga xsah sperti yg dwar2 kn
ReplyDelete