Tuesday 6 May 2014

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG INSIDEN PENCULIKAN PENGURUS LADANG TERNAKAN IKAN DI SILAM, LAHAD DATU, SABAH



Pada 6 Mei 2014 antara jam 0245 – 0255 pagi, sekumpulan lima (5) lelaki telah memasuki Ladang Ternakan Ikan Wonderful Terrace Sdn Bhd di Silam, Lahad Datu, dan telah menculik pengurusnya, Yang Zailin, 34 tahun, seorang warganegara China.

Dua daripada penculik berkenaan berpakaian ala tentera serta bertopeng, manakala tiga selebihnya tidak bertopeng, hanya dua daripada mereka bersenjata, dipercayai jenis M-16.

Pihak polis telah memburu kumpulan penculik berkenaan dan berlaku insiden tembak-menembak di perairan berhampiran Pulau Mataking. Walau bagaimanapun, mereka berjaya membolos diri dan menghala ke arah negara jiran.

Pihak polis sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan kumpulan terbabit serta membebaskan pengurus syarikat yang diculik.

12 comments:

  1. Harap harap polis buru penjenyah tu sampai dapat.

    Jangan plak jadi macam kes khalwat dalam kereta yang pelaku maksiat boleh lepas kerana rasuah kepada penguatkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam sejarah, ada ke org yg kena culik penjenayah kat Sabah tu pernah dijumpai semula? Pencerahan.......

      Delete
    2. sape yg kau fitnah ni
      omak kau ke atau pegawai agama ?
      kalau betul peguatkuasa ambil rasuah lapurkan lah kpd sprm

      Delete
  2. Ini bukan militan/pengganas, M16 pakaian tentera dan bertopeng TIDAK memudaratkan negara sama sekali....tak macam 11 orang tu...tak gitu Tuan KPN?

    ReplyDelete
  3. Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  4. Penjenayah tu ada ic Malaysia tak?

    ReplyDelete
  5. Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  6. Penculikan pelancung tu dah bebas ke belum ?

    Bertambah lah hutang Negara ..

    ReplyDelete
  7. Nmpk sangat mcm border xdak pihak bkuasa yg jaga, bebas keluar msk. Apa nak jd Kedaulatan negara mudah di cabuli..

    ReplyDelete
  8. Ambillah ikhtibar dari setiap kejadian berlaku..
    Jgn terlalu ego dgn kuasa yg ada.. Allah lg Maha Ego dan berkuasa

    ReplyDelete
  9. "Eleh... hal kecik ni pun nak kecoh kah? Tak faham2 lagi ke M'sia masih lagi aman dan negara islam contoh! Tak suka, boleh berambus dari m'sia lah!"
    -Jahit Komedi-

    ReplyDelete
  10. semasa pelancung cina di culik polis kata akan selesai cara baik
    psl tu lah dia org buat lagi . yg ni polis kata tembak menembak boleh ke sedangkan mangsa culik bersama penculik jgn buat hal kalau cina tu mati.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...