Thursday, 1 May 2014

KENYATAAN MEDIA CHE'GU BARD MENGENAI BERLAKUNYA PENYELEWENGAN DALAM PEMILIHAN KEADILAN 2014.



Mewakili  suara majoriti anggota Parti Keadilan Rakyat yang prihatin dengan Pemilihan 2014 agar ia berlangsung dengan telus dan adil. Tanpa berselindung, Pemilihan 2010 lalu terdapat banyak kepincangan, namun langkah berani perturun demokrasi hingga ke akar umbi ini harus dipuji. Di atas keberanian ini juga, method pemilihan turut ditiru oleh gerombolan Umno dalam usaha melebar demokrasi.

Memang kita akui penambah-baikkan Pemilihan 2014 adalah jauh tersusun dan cermat daripada pemilihan yang lalu. Namun dalam masa yang sama ada manusia tamak kuasa yang tidak hormat demokrasi maka penipuan dan manipulasi terus dilakukan. Ini satu pengkhianatan. Parti ini parti reformasi, justeru itu roh demokrasi harus segar di kalangan ahli dan pimpinan parti.

Penipuan ini harus dilawan, pengkhianatan ini tidak boleh dibiarkan. Penipuan yang didedahkan bersama bukti yang jelas berlaku di Batang Sadong dan beberapa kawasan lain wajib ditangani dengan tegas.

Membongkarkan penipuan cuba dikatakan memalukan parti, kita perlu sedar yang membuat penipuan itulah sebenarnya penjahat sebenar. Kami sayangkan parti ini. Ia parti masa depan. Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti beerti membunuh masa depan harapan bersama.

Kita menyambut baik kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR dan JPP adalah berbeza kerana JPP akan bertindak dan parti akan menghukum si pesalah/penipu tanpa mengira jawatan yang sedang disandang.

Kita mendesak siasatan yang menyeluruh dan tindakkan/hukuman harus dititik-berat kepada susuk yang membuat arahan dan individu/pihak memperolehi keuntungan dari penipuan tersebut. Mengambil tindakan terhadap pengawas semata, samalah diumpamakan ‘menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya’ tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

Ketika yang sama kita diasak oleh parti lawan, harus dipertegas bahawa kita berani akui kepincangan ini dan membetulkannya. Gerobolan Umno dan BN tidak layak berbunyi kerana sesungguhnya mereka jauh lebih bobrok.

Kita menghormati dan menyambut baik kenyataan DSAI yang tegas menyebut akan bertindak terhadap penipuan dalam pemilihan, maka memorandum di bawah ini dibaca dan diserahkan kepada Datuk Tan Ee Kew (Timbalan Pengerusi JPP) mengikut saluran yang betul.

Dari respon yang diterima, JPP juga sudah mula bertindak dan kita yakin JPP sudah mengesan penipuan yang dimaksudkan. Kita secara serius akan membantu JPP mengumpul dan menghantar bukti-bukti penipuan yang lain.

Akhir sekali, ayuh kita pastikan semangat keadilan itu terus subur mekar dalam parti Keadilan, parti masa depan bersama.

10 comments:

  1. Ini sumer poyo.....haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. Sembang berapi. Tapi sayang tiada tindakan. Kalau dah ketua jenis penipu.. apa lagi anak buah.

    ReplyDelete
  3. apa anda akan buat kalau budak kecik yang belum baligh tiba tiba mencelah dan meludah depan anda.????tampar muka dia ke atau cubit telinga dia ke atau rotan kat punggung dia???

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...kalau saya...saya akan liwat dia menggunakan kote saya..

      -DSAI-

      Delete
    2. Anon 16:27....

      TERBAIK!!!!!......hang tertinggal satu perkataan......'kote BENGKOK saya'.....kahkahkah...

      Delete
  4. TEKS ASAL CHEGUBARD SEBELUM EDITING ( SAMM)

    1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.

    2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan. Perkara biasa yang sering kita lakukan.

    3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti. Namun fitnah terhadap SPR tetap diteruskan seperti biasa.

    4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???

    5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita sengaja marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.

    6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ? Ia juga berlaku semasa membicarakan kes liwat II. Kita tanamkan dalam pemikiran ahli kita bahawa liwat II adalah fitnah kerajaan umno tetapi kita terlupa bhw ini adalah kes individu yang membuat laporan polis menuntut keadilan akibat dipaksa kerana diliwat. Kita mengenepikan keistimewaan individu berkenaan yang diberi kemudahan akses ke kondo mewah dan tidak kepada aktivitis pkr yang lain.

    7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.Semua ini bagi memulihkan semula parti PKR yang setiapkali diadakan pemilihan parti, maka ini berterusan semenjak ditubuhkan dahulu.

    8. Dalam keadaan Regim Selangor sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang mencatu air, dalam usaha akhir kita merehatkan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014 seperti pemilihan sebelum sebelumnya. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

    Sekian

    Che'Gu Bard
    Anggota Biasa PKR

    ReplyDelete
  5. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  6. Bebebudak ni bukan saja , belum baligh, malah masih lagi kencing malam atas tilam.
    Ada cadangan tak untuk rawat budak kencing malam yang suka meludah merarata rata blog dan tak menhormati orang tua bercakap.???Tapi kita kena hormati dia sebagai seorang insan, sbb di juga adalah ketuturunan nabi adam.

    ReplyDelete
  7. Yang ini samer spt robot.....susah nak dilentur, sama spt pengikut yang mengingkari perintah nabi luth.

    ReplyDelete
  8. Dah kompon seorang keturunan nabi adam diatas dah tekena sampok tibi, dia tak bleh tahan dirinya dari meludah mrerata rata. tapi mungkin dia ada pakai ilmu kilauan pulosi,dlm badhasa metrofulus dikenali ilmu fulusi, seni memperkuatkan jari yang sudak menyemarak dalam alam blogger ini.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...