Tuesday 6 May 2014

KES DSAI SAMAN SYED HAMID ALBAR RM100 JUTA KERANA FITNAH JAHAT AKAN MULA DIDENGAR PADA 23HB JUN DEPAN.



Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Jun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung penyiaran satu artikel dalam sebuah akhbar.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu peguam K.Muralidharan yang mewakili Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail bagi pihak Syed Hamid.

Murali memaklumkan pemberita bahawa pihaknya akan mengemukakan sebanyak lima saksi manakala pihak defendan akan mengemukakan seorang saksi iaitu Syed Hamid.

Anwar memfailkan saman menamakan Syed Hamid sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia defendan kedua selepas mendakwa bekas menteri itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen pada 2 Julai 2008, dan kenyataan berkenaan diterbitkan The Star bertarikh 3 Julai 2008.

Anwar mendakwa artikel itu menunjukkan beliau seorang pengkhianat, tidak setia kepada negara, agama dan bangsa serta seorang yang tidak boleh dipercayai.

Selain RM100 juta, beliau menuntut ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

11 comments:

  1. omakkau bila nak saman kes orang fitnah kau khalwat tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cari makan dlm blog dgn fitnah dan maki hamun tak payah lah
      berapa sen omakkau dpt ??

      Delete
    2. Duit saman ada kena GST tak?

      Delete
  2. Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. jgn kerap selesai luar mahkamah
    dia org tak akan berhenti buat fitnah
    lepas seorg buat, seorg lagi yg buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi omakkau... saman aja pemilik fb yang buat fitnah khalwat tu..

      eskay tu DSAI saman jugak kan???

      Delete
    2. setakat ni hny satu kes khalwat yg dilepaskan oleh jabatan agama
      terjadi di hotel Port Dickson

      Delete
  4. KALAU AKU JADI PM, AKU AKAN SELESAIKAN DALAM SATU SAAT.

    KAH KAH KAJH

    ReplyDelete
  5. Apepun tahniah jibby, PM melayu paling pandai mnguruskan duit rakyat.kasi brim kt orng rmai,naikkan minyak.nak naikkan brim kenakan gst.tapi hutang negara naik jugak.bila la org melayu nk maju.dh lebih 50 thn mrdeka,plajar terbaik pn xdpt bg bljar free.brape sgt pn org melayu yg pndai?5juta org ke?3 juta ke?yg byk org mlayu tu kt pnjara.ape la nk jd bngsa mlayu umno ni.xhabis2 nk menipu org mlayu.smpai bila2 xmaju bwah umno.

    ReplyDelete
  6. 100 juta!!! Best nya jadi orang politik... main juta juta.
    Aku, sampai la ni tak pernah tengok lagi duit 1 juta.
    -Francaise Pengemis Berlesen-

    ReplyDelete
  7. mangkuk punya nuar..dia sendiri suka fitnah orang saban hari tp nak saman orang kerana fitnah kat dia pulak... aduhhhh nuar nuar...senang je kau nak cover kerja jahat nkau tu...omak kau bila nak saman kes kalwat kau tu?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...