Saturday, 10 May 2014

PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... DSAI AJAK ANGGOTA PARTI TOLAK PEMIMPIN RAKUS YANG AMALKAN POLITIK WANG DAN SANGGUP TIPU PEMILIHAN!!!!



Anggota PKR yang mengundi pada pusingan terakhir hari ini dan esok disaran menolak pemimpin yang rakus mengejar jawatan sehingga sanggup mengamalkan politik wang dan menipu dalam Pemilihan PKR 2014.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, memilih pemimpin sedemikian hanya merosakkan organisasi parti sekaligus mengkhinati perjuangan menentang kezaliman, rasuah dan penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jadi kalau kita bersengkokol dengan cara sedemikian maka rakyat dan ahli-ahli mesti menolak.

“Kalau orang bagi, kamu sokong saya kerana habuan, maka kalau saudara terlibat dengan cara sedemikian saudara khianat dengan idealisme perjuangan.

“Caranya adalah dengan memastikan orang yang rakus tidak ikut peraturan, langgar tatasusila dan etika, itu mesti dijatuhkan dalam kepimpinan,” kata Anwar dalam ceramahnya di Majlis Makan Malam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelab Diraja Selangor di sini, malam tadi.

Tambah beliau lagi, memilih pemimpin yang bersih merupakan tanggungjawab ahli PKR dalam pemilihan kali ini.

“Orang yang nak berhempas pulas memegang jawatan jangan lupa ramai yang terkorban, ramai yang sengsara kerana benci dgn kezaliman, benci dengan rasuah, benci dengan politik wang, benci dengan penipuan SPR, badan kehakiman.

“Kita harus ingat kerana ini adalah amanah,” kata Anwar lagi.

Jelas beliau lagi idealisme perjuangan bukanlah melibatkan isu beliau difitnah dan dipenjarakan pada 1998 tetapi merupakan matlamat perjuangan PKR.

“Dalam apa juga kerja kita, hiruk-pikuk perjuangan kita yang dikesalkan kita lupa idealisme perjuangan.

“Bukan soal Anwar, bukan soal 1998 tetapi idealisme ini untuk apa? Idealisme ini digerakkan dengan cara yang bagaimana?

“Kalau kita cakap idealisme perjuangan tetapi dengan cara bergaduh, tipu sana sini,” kata Anwar lagi.

Anwar turut mengingatkan jabatan yang menguruskan pemilihan agar telus ketika mengendalikan pemilihan kali ini.

Anwar turut menemplak sesetengah pihak yang berkempen bersungguh-sungguh dalam Pemilihan PKR 2014 tetapi tidak mempamerkan kesungguhan sama ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

20 comments:

  1. Pemilihan PKR ni tak teruk sangat macam umno. Yg bagi nampak kotor orang PKR sendiri. Team tski kata team azmin kotor, memasing tikam belakang.

    Mangsa ahli sendiri kena tipu sebab ingat azmin tu teruk tapi dia lebih bagus dari yg dua lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah tak teruk. Cuma kertas undi melebihi ahli saja. Itupun beratus keping saja.

      Delete
    2. anti-LGBT , PR dan Ad-Dajjal12 May 2014 at 09:31

      Aku sokong arahan Bang Non Al-Juburi tu. RAmai2 lah macai2 P'Gay'R semua menolak Bang Non dan keluarga puaka dia tu sebab Bang Non lah punce politik wang kat bumi Melaya ni. Dia guna wang kalah kan Arwah Ghaffar Baba dulu, dia guna wang beli politikus kat Sabah dulu......ayah macai2 semua - kita tolak Bang Non dan keluarga puaka dia tu semua.....errrrr...macai2 ada berani ka??????

      Delete
  2. Ahli berakar umbi umno akan kata azmin bagus

    ReplyDelete
  3. Orang politik mestilah main politik. Itupun Anwar tak faham lagi ker? Adik beradik lagi bergadoh, inikan pula rakan sepolitik. Selagi bernama orang politik, kepentingan diri adalah agenda utama, tak gitu datok seri? Agenda rakyat? dalam agenda hal-hal lain kot?
    -Pencatat minit mesyuarat-

    ReplyDelete
  4. Ini sumer poyo.... horeyyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  5. Tanya Anwar kenapa dia diam bilamana pengawas yg dilantik pleh JPP dimaki hamunoleh Lajim Ukin. Dia diam pula
    Sebab apa JPP tidak ambil tindakan pantas. Semuanya pembohong aje. Anwar penipu besar. Elok lah dia ni masuk penjara dari menyusahkan semua orang. Ahli Perkasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. maki hamun tu bukan nya satu penipuan
      tp kalau dia maki hamun sbb JPP tak nak menipu baru lah salah
      mcm baling kerusi sepak peti undi tak ada kena mengena dng penipuan

      Delete
    2. dalam PKR semuanya suci tiada dosa.. mereka semua tahap maksum!!!

      Delete
  6. Ini sumer poyo.... horeyyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  7. politik wang ini tidak melibat kan ahli dan penyokong keadilan yg tlh lama berjuang titk dlm pemilihan mmg memerlukan wang titik
    politik wang dlm pemilihan PKR ini ialah mrk yg mempunyai kuasa wang utk menambahkan ahli baru dan jumlah ahli naik secara mendadak pd hr pemilihan dan jumlah mrk yg menerima wang sbg habuan pun di ragui sbb ahli baru ini mmg org yg menyokong perjuangan keadilan dan kenalan kpd calun titik

    ini berdasarkan pandangan pribadi semasa memerhatikan proses pemilihan di NS titk

    Oleh itu ak sama tarif politik wang pemilihan PKR dng politik wang PAU yg mana calun membawa beg berisi wang beribu ribu titik Yg sgt mengeciwakan ialah cara azmin berkempen

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR suci dari segala dosa.. maksum..

      Delete
  8. Ini sumer poyo...... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  9. Politik wang adalah cara tebaik dan paling singkat untuk menjadi jutawan. Apa yang diperlukan adalah pemimpin itu mesti mempunyai cara untuk membodek jutawan.Tapi ingat, jika berminat kepada politik wang, jangan lagi jaja perkataan keadilan raya selepas ini.

    ReplyDelete
  10. PR.. Parti Rakus..

    ReplyDelete
  11. Siapa malaon yg mengelar dirinya keturunan nabi adam tu, kalau tak reti nak komen, lebih baik duduk diam, lagi bagus.

    ReplyDelete
  12. elok lah tu konon suruh org tolak pemimpin bgi duit mcm ketam suruh anaknya jalan betul puih!

    ReplyDelete
  13. elizabeth wong sogok rm 80 ribu utk menang pemilihan 2014 tak caya siasat lah tengok anwat ada beranikah

    ReplyDelete
  14. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...