Saturday, 3 May 2014

PEMILIHAN KEADILAN 2014 .. TAN SRI KHALID IBRAHIM ENGGAN BERKEMPEN SECARA MENYERANG CALON-CALON YANG BERTANDING .. TETAP KEKAL BERKEMPEN SECARA BERSIH TOLAK POLITIK KOTOR.



Calon Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2014, Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berhasrat membalas serangan calon lawannya dalam baki tempoh berkempen sekaligus mengekalkan corak kempen tidak menyerang mana-mana calon lawannya.

Ini kerana Abdul Khalid menganggap strategi berkempen memburukkan pemimpin seperjuangan lain bukan amalan beliau dalam percubaan meraih kemenangan dalam mendapatkan kerusi nombor dua parti itu.

“Saya tidak menyerang, tidak payah. Dalam masjid ini lagilah tidak baik saya bercakap untuk menyerang,” kata Abul Khalid selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok di sini, semalam.

Sementara itu ketika menyentuh keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR membatalkan keputusan pemilihan di Batang Sadong, Sarawak berikutan wujudnya unsur penipuan dalam proses pengundian, Abdul Khalid berkata usaha menentang penipuan harus dijalankan di semua peringkat sama ada di peringkat parti mahupun dalam pilihan raya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pucuk pimpinan PKR menentang segala usaha untuk menipu dalam pilihan raya kerana kita bersetuju kita sangat marah kepada SPR tidak mengaturkan dan tidak mengingatkan bahawa menipu dalam pilihan raya itu salah kerana memperkecilkan sistem demokrasi,” kata Abdul Khalid.

Terdahulu, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat parti itu berkata tindakan membatalkan keputusan itu dibuat berikutan wujud unsur penipuan dalam proses pengundiannya.

Katanya, antara keraguan yang timbul adalah jumlah kertas undi tidak sama dengan bilangan ahli yang keluar mengundi selain corak tulisan di kertas undi sama seolah ditulis orang yang sama.

10 comments:

  1. Ini sumer poyo... haktuihhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sumer Melayu.... haktuihhhhhhhhh

      Delete
    2. Duduk rumah plat pprt pun tak mampu nak bayar sewa, ada hati nak sokong GST. haktuihhhhhhh

      Delete
  2. Keadilan salahkan SPR.....tapi parti sendiri yang buat tak betul.

    SPR dihina dan dikeji....kan dah kena kat muka sendiri. TSKI dan Azmin sama jugak perangai sama sebab dalam parti yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah.....
      Tengok kami ahli umno
      Kami tak kisah pun ada Get
      Kami sokong Gst walaupun 100%
      Gst dpt membantu fakir miskin
      Gst akan menurunkan harga barang
      Gst turunkan harga rm10 jadi rm1
      Sebab tu harga kereta USA rendah SBB Obama bayar Gst
      Obama pakai air, api, astro pun bayar bil dengan Gst sekali
      Itu pasal USA boleh maju sebab ada Gst
      Dulu Zimbabwe miskin sebab tak ada Gst
      Sekarang dah ada Gst Zimbabwe dah maju macam USA
      Rakyat Zimbabwe majoriti ada Roll Royce sbb sana ada Gst
      Kenya pun dah ikut Zimbabwe buat Gst sbb itu Kenya sudah berada dalam senarai negara maju mengalahkan Jepun.

      Taping Malaysia ni susah sbb pkr, pas, dan dap tak setuju Gst.
      Ada ke patut diaorg kata Gst akan meningkatkan harga barang dan menyusahkan org miskin.....
      Tak patut kan kan kan kan......

      Delete
  3. Golongan yang selalu menghina Khalid MB, Ustaz Haron Din adalah dari Malaysia Waves (Tulang Besi juga dikenali sebagai Rahman). Punya la dia benci sampai tak tau apasal. Cuba kamu semua kritik article Tulang Besi kat web dia, kirim salam sikit dia nak jawab. Jaga baik baik apa yang anda baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko kritik la sendiri. Aku nak pi bayar Gst

      Delete
  4. Ini sumer poyo.....haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. Saya doakan TSKI menang sebab beliau masih lagi 'bersih' @ Mr. Clean.

    ReplyDelete
  6. Selamat memilih kepada warga PKR di Penang, Perak & Sabah, pohon lawat...
    https://www.facebook.com/keadilan.machang?ref=tn_tnmn
    DSN adalah ahli cabang ini, sebagaimana pengakuan beliau dalam utube, dan mantan MP sepenggal bagi Parlimen Machang.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...