Saturday, 10 May 2014

PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG TEPAT UNTUK DIANGKAT SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN DAN KETUA WANITA PUSAT KEADILAN.



KeADILan bakal menempah tempat di kuburan politik jika terus leka bernostalgia dengan isu kesetiaan tanpa menyedari senario politik kini semakin berubah dan pemikiran rakyat semakin mekar.

Sama ada KeADILan akan terus kukuh dan unggul seperti mana dihasratkan oleh rakyat, bergantung kuat kepada sejauh manakah pemimpin dan anggota KeADILan bersedia bermuhasabah dan melakukan pembaharuan demi memastikan parti terus relevan pada setiap zaman.

Muhasabah menerima hakikat bahawa parti KeADILan kepunyaan anggota parti akar umbi bukannya hak mutlak segelintir individu-individu tertentu... dibina dengan darah, keringat dan air mata dari kebangkitan rakyat mendesak dan menjerit maukan sebuah negara yang bebas, adil dan telus dengan tatakelola kerajaan yang baik dan bersih .... Kepimpinan parti mesti di tentukan oleh anggota parti bukannya ditunjuk paksa menyokong pemimpin-pemimpin yang berkenan dihati.

Pembaharuan dimaksudkan ialah parti perlu bukan sahaja dilihat berubah tetapi mesti berubah menjangkaui zaman atau paling tidak kehendak dan kemahuan semasa.

Rakyat idamkan pemimpin yang ada rekod perkhidmatan yang cemerlang untuk diteliti dan dinilai .. rekod cemerlang paling sengkek pun mengurus sebuah negeri.

Mau tambat dan pikat rakyat yakin dan percaya akan kemampuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengurus negara ialah mesti ada model contoh untuk rakyat melihat bukan sekadar cakap kosong.

Disini kelebihan amat ketara memihak kepada Tan Sri Khalid Ibrahim Dato' Menteri Besar Selangor dan YB Hajah Rodziah Ismail selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk penggal kedua.

Jangan kita sesekali menafikan ketika berkempen pada PRU 13 lalu, modal kempen yang sangat kerap dan sering digunakan malahan amat laku ialah keberkesanan corak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dibawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan para exconya.

Sebab itu rakyat Selangor memberikan undi dan kerusi sehingga mencapai kemenangan majoriti 2/3 kepada Gagasan Pakatan Rakyat.

Hakikat yang tidak boleh ditolak bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim cukup popular dan disayangi rakyat bawahan... tidak kurang juga kepada ADUN Batu Tiga merangkap Ahli Exco Kerajaan Selangor YB Hajah Rodziah Ismail.

Dua contoh dan model pemimpin KeADILan yang diberikan amanah mengurus negeri tetap hidup sederhana, merendah diri, tidak lupa diri, perihatin, dedikasi dan yang penting berjiwa rakyat.

KeADILan adalah satu-satunya parti dinegara ini yang memberikan hak setiap anggota parti memilih pucuk pimpinan parti.

Gunakanlah hak ini sebaik-baik dan sebijak-bijaknya ... tepuk dada tanya iman .. cuitkan minda tanya akal logik ... sampai bila KeADILan/PR mau jadi pembangkang .. pemimpin-pemimpin terdahulu sudah diberikan peluang pada PRU 13 lalu tapi gagal dalam misinya .. apakah mau meneruskan memilih pemimpin lama juga untuk mengulangi kegagalan menjalankan misi?

Jika tidak .. maka tiada pilihan maka terpaksa angkat dan nobatkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden KeADILan dan YB Hajah Rodziah Ismail sebagai Ketua Wanita Pusat KeADILan.

7 comments:

  1. Ini sumer poyo... horeyyyyyyyy

    ReplyDelete
  2. Support Tan Sri Khalid.. Pemimpin Berjiwa Rakyat.. Pemimpin Berwibawa, Bijak dan Berwawasan.

    Sokong Sepenuhnya YB Rodziah Mengantikan Rozaidah Mulut Busuk...

    ReplyDelete
  3. Ini sumer poyo... horeyyyyyyyy

    ReplyDelete
  4. Kesetian bukan di ukur berapa lama dlm parti atau pd ahli (akar umbi)
    Kalau tak setia pd parti dan perjuangan Khalid Rodziah tak bersama sama rakyat
    Pemimpin yg bersama sama rakyat bekerja utk rakyat bukan semata mata utk ahli Pemimpin yg setia pd parti (krn perjuangan nya betul) bukan pd individu atau pemimpin atas adalah pemimpin yg sepatutnya di angkat memimpin

    DSAI tidak setia pd parti (perjuangan parti dah lari) dan menentang ketua kerana rakyat !

    ReplyDelete
  5. Nak tahu pemimpin yg jujur lihat dan nilaikan cara seseorg pemimpin tu berkempen Kalau guna isu lebih kurang kesetian sama lah dng cara UMNO berkempen semasa pau. Org itu dpt projek ini lah itu lah Isteri org itu baik dng Rosmah lah Org itu dulu kem Pak Lah lah Tolong lah berubah Bukan nak kata menyampahkan Azmin Kalau ikut kan saya sepatutnya sokong Azmin krn sbb tertentu tp tolong lah berubah Kalau Azmin mcm ini cara nya sori lah . Dia bagus dan mmg dia setia tp jgn lah melampau .Kalau menang tapi org tak hormat pun tak guna Joseph Ketinggan.

    ReplyDelete
  6. Ini sumer poyo... horeyyyyyyyy

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...