Saturday, 10 May 2014
PRK PARLIMEN BUKIT GELUGOR ... ANAK MENDIANG KARPAL SINGH, RAMKARPAL SINGH ADALAH CALON DAP UNTUK MENERUSKAN LEGASI BAPANYA.
Teka-teki mengenai pemilihan Ramkarpal Singh untuk mempertahankan kerusi Parlimen DAP Bukit Gelugor terjawab hari ini apabila anak lelaki mendiang Karpal Singh itu diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil (PRK) kerusi tersebut pada 25 Mei ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat operasi Bukit Gelugor parti itu di Jalan Greenland hari ini.
Ramkarpal , 38, seorang peguam , adalah anak ketiga mendiang Karpal Singh yang merupakan bekas MP Bukit Gelugor , yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Lebuhraya Utara- Selatan, berhampiran Gua Tempurung , Perak pada 17 April.
Karpal yang merupakan pengerusi kebangsaan parti sebelum ini, telah memenangi kerusi tersebut sebanyak tiga kali sejak tahun 2004.
Ramkarpal akan berdepan dengan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon bebas - Yacoob Mohd Noor dan Mohamed Nabi Bux - yang telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding kerusi tersebut.
Sementara itu, parti politik yang belum didaftarkan, Penang Front Party - gabungan 44 NGO yang telah mengisytiharkan perang terhadap DAP - belum menamakan calonnya.
MCA, yang bertanding kerusi tersebut dalam pilihan raya umum yang lalu, di mana calonnya, Teh Beng Yeam , yang memperolehi 13,597 undi - dan tewas engan majoriti besar 42,706 undi kepada Karpal - masih memikirkan sama ada akan bertanding kali ini..
Hari penamaan calon bagi PRK Bukit Gelugor adalah pada hari Isnin, bertempat di Dewan Sri Pinang , manakala hari mengundi ditetapkan pada 25 Mei.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 17 pusat mengundi dan 139 saluran untuk pengundian biasa dan empat bagi pengundian awal .
Sehingga 17 April, kerusi Parlimen yang meliputi kawasan seluas 28 km persegi , termasuk kerusi negeri Paya Terubong , Air Itam dan Seri Delima - semuanya dimenangi DAP - mempunyai sejumlah 82431 pengundi berdaftar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Haluuuuuuu. ......
ReplyDeleteWalau sesiapapun yg brtanding....ingat 1..lumatkan bn hingga pemimpinnya susah utk berak selama 2 hri bgi mewarisi pusaka epol barua...yg pasti umnongok prti monopous skali lgi akn hilang deposit....
Khak tuih
Kalau dulu bila bn turunkan anaknya jadi calun, sudah tentu kena kutuk dengan pembangkang. Tapi la ni, pr lebih hebat dari bn . Semua satu famili jadi wakil rakyat.
ReplyDeleteAdakah ini menandakan pr kekurangan pemimpin.?
Rasanya tidak.
Adakah pr tak percaya dengan ahli sendiri?. Tajut belot?.Mungkin.
Adakah pr mengamalkan nepotism?croynism? Mungkin.
Jadi apakah kelebihan pr dari bn?
Jawapan nya tiada.Masing masing mengambil kesempatan diatas kebodohan rakyat. Untuk memperkayakan diri.
Masing masing huga jenis hipokrit. Cakap lain dan buat lain.
Ini sumer poyo.... horeyyyyyyyyyyyy
ReplyDeletepasti anak beliau akan menyokong hudud... sebabtu PAS sudah tidak mengkafirkan Islam PKR...
ReplyDeleteIni sumer poyo.... horeyyyyyyyyyyyy
ReplyDelete