Friday, 9 May 2014
SELAMAT HARI IBU DARI YB HAJAH RODZIAH ISMAIL ADUN BATU TIGA MERANGKAP EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan ibu mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan Hari Ibu
Mungkin ada yang terlupa, sebagai makluman seperti tahun sebelumnya Hari Ibu akan disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei dan untuk tahun ini adalah pada 11 Mei 2014
Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa.
‘Abd Allah ibn ‘Amr radhiallahu 'anhu menerangkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata:
“Sesungguhnya aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis.” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya:
“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.”
Berhijrah adalah salah satu tuntutan Islam yang amat penting. Malah Allah SWT memberi amaran keras kepada sesiapa yang enggan berhijrah tanpa alasan yang munasabah. Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata:
“Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?”
Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.”
Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. [al-Nisa’ 4:97-99]
Termasuk orang yang dimaafkan kerana tidak berhijrah adalah sebagaimana hadis di atas, dimana jika berhijrah akan menyedihkan ibubapanya, maka yang lebih utama adalah dia tidak berhijrah dan kembali menggembirakan mereka.
Dalam hadis ini terkandung petunjuk bahawa menggembirakan ibubapa adalah salah satu daripada tuntutan agama.
Oleh itu janganlah kita melakukan sesuatu tindakan yang menjauhkan ibubapa daripada kegembiraan, apatah lagi jika ia menyedihkan mereka.
Tidak ada cara yang terhad untuk menggembirakan ibubapa, asalkan ia tidak melibatkan sesuatu yang dilarang oleh syari‘at.
Kerap kali menghubungi mereka, sering kali menziarahi mereka, membawa mereka bercuti, membelikan mereka hadiah adalah beberapa contoh cara kita boleh menggembirakan ibubapa.
Meninggalkan mereka kesunyian, tidak menjengok mereka, tidak prihatin akan hal ehwal mereka, bercakap dengan nada yang keras, memarahi mereka adalah beberapa contoh tindakan kita yang menyedihkan mereka.
Telah diketahui dan diiktiraf umum bahawa pengorbanan ibu –ibu amatlah besar dan tiada dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan luhur dan cinta kasih sayang daripada seorang ibu kepada anaknya amatlah hebat impaknya dan hanya dapat dirasai dengan perasaan.
Untuk membalas jasa seorang ibu tidak mungkin dapat dilunaskan dengan segunung emas,selautan intan ataupun seangkasa wang ringgit. Setiap insan yang bergelar ibu tidak pernah mengharapkan apa-apa pembalasan daripada anak-anaknya yang telah dikandung dan dilahirkan mahupun anak-anak angkat yang telah dibesarkannya dengan penuh kasih sayang yang sejati .
Oleh itu setiap orang anak mestilah menghargai ,menyayangi dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya samaada ibu kandung ataupun ibu angkat.
Begitu juga setiap anak watan perlulah menyayangi ibu pertiwi kerana disinilah tempat tumpah darah kita semua.
SELAMAT HARI IBU ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Tukar kpd yg baru pun Hijrah
ReplyDeleteDia lah yg bangun awal setiap pagi
ReplyDeleteDia lah yg tidur lewat setiap malam
Dia ni baik sgt orgnya peramah mudah mesra suka menolong org...klau brcakap susah nk berhenti, muka pun sentiasa manis...brbanding ketua wanita yg ada skrg...mesra jantan...
ReplyDelete- anti minang-
Kalau nak sambut hari ibu pun..sambut la pd hari lain..bulan lain ker..xperlu ikut saranan barat/kristian utk sambut hari ibu pd bulan Mei.. Dikatakan fakta hari ibu diambil sempena "mother or church"-maryam a.s.. -bg kepercayaan kristian.. Jd bhati2 lah nk sambut "perayaan" ni.. Takut tgadai akidah tnpa sedar.. Nk sambut blh.. Buat pd bulan 1 ker..bulan 12 ker.. Hehe.. Tp i know u PKR..
ReplyDeleteBetul tu...hari hari kita boleh sambut hari ibu...org melayu ni mudah trikut2...mcm sambut hari kekasih tu..
ReplyDeletedah bertahun sambut hari ibu tahun ni pulak dah ada kaitan dng sambutan agama lain Hari Buruh Hari Guru Hari Jururawat Hari Setiausaha Hari Tentera Hari Bapa Hari Lahir kalau ada pulak yg jatuh hari lahir sama pd Hari Ibu Kalau Labu Labi Hari Bodoh Tolong cek skg dan keluarkan satu senarai .
ReplyDeleteIni sumer poyo... horeyyyyyyyy
ReplyDeleteUAI kata hari ibu ni hari ibu gereja.. kalau UAI cakap mesti ikut.. kalau tak kafir..
ReplyDelete