Monday, 5 May 2014

SURAT TERBUKA YB FUZIAH SALLEH CALON NAIB PRESIDEN KEADILAN KEPADA JAWATANKUASA PEMILIHAN PARTI KEADILAN.





INTEGRITI serta nama baik Parti Keadilan Rakyat tergalas sepenuhnya di atas bahu JPP.

Saya mengikuti perkembangan terbaru di dalam pemilihan 2014 dengan teliti samaada yang di laporkan didalam media sambil dimasa yang sama mengutip maklum balas dari ahli di akar umbi serta juga dari para pemantau perjalanan pemilihan 2014 di negri- negri yang sudah pun melaksanakan pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang.


Setelah berakhir pusingan pertama dan kedua yang melibatkan negri Kelantan, Trengganu, Pahang, Sarawak, Johor, Melaka, Perlis Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Sabah terlalu banyak aduan dan laporan yang di terima dari pelbagai pihak samada yang tersebar didalama media mahupun yang di salurkan melalui saluran dalaman yang menjurus kepada pendapat bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam tatacara pengendalian pemilihan kali ini.


Aduan berkenaan berlakunya 'irregularities' di dalam pengendalian Pemilihan 2014 terutamanya di Sabah semalam dan Sarawak seperti kes di Batang Sadong dan kawasan lain yang terpencil cukup membimbangkan ahli di akar umbi. Mereka bimbang masa depan parti, akan tercalar integriti dan nama baik parti sekiranya keadaan ini tidak di tangani dengan tegas.


Ahli-ahli parti mengharapkan JPP akan bertindak secara telus dan bertanggungjawab tanpa sifat bias waima diatas alasan atau sifat mahu melindungi nama baik parti sekalipun. Yakinlah bahawa melindungi kepincangan tidak akan membawa kebaikan kepada parti. Bangkai gajah tidak mampu di tutup selamanya. Sebaliknya akan menghakis keyakinan ramai terhadap parti.


Sekiranya benar berlaku penyelewengan selepas di siasat maka JPP harus bertindak tegas dan tidak teragak2 tanpa sifat bias. Tidak kira lah sekiranya penyelewengan itu di lakukan oleh calon, mahupun di lakukan oleh pengawas JPP sendiri. Samada calon yang di senangi oleh JPP mahupun calon yang tidak di senangi. Berlaku adillah.


Segala bentuk politik wang, politik ugut mengugut oleh calon yang bertanding atau agen calon harus di tolak sama sekali dan diambil tindakan tegas.


Segala bentuk penyelewengan pengendalian pemilihan oleh pengawas JPP juga harus di ambil tindakan tegas tanpa kompromi.


Begitu juga segala bentuk penyelewengan Pimpinan negri dan cabang didalam proses pemilihan mesti di kawal dan di sekat.


Ahli- ahli di akar umbi mahukan pemilihan yang telus bebas dan adil. Masa depan parti terletak di atas landasan prinsip kebenaran ini. Sekiranya ada calon yang menyalahi tatacara pemilihan, dan kemudian didapati bersalah selepas siasatan di buat maka ambil lah tindakan tanpa ragu-ragu. Tidak kira tinggi mana pun jawatan yang di pegang, JPP di tuntut untuk melaksanakan harapan akar umbi tersebut.


Kalah atau menang sememangnya merupakan adat bertanding. Siapa yang menang akan di bebankan dengan tugas dan amanah berat tiga tahun ke hadapan. Siapa yang kalah pula akan terus membina parti dari penjuru masing-masing. Tiada kemenangan dan kekalahan yang hakiki didalam perjuangan parti menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman. Akan tetapi biarlah kemenangan diatas dasar pemilihan yang telus, adil dan bebas.


Sekiranya didalam pemilihan ini benar-benar berlaku penyelewengan seperti yang di adukan, akan tetapi gagal di tangani. Maka kegagalan JPP mengambil tindakan tegas tersebut akan meninggalkan luka yang teramat dalam terhadap parti. Sekiranya berlaku tindakan yang tidak telus dan JPP di anggap sebagai tidak bebas serta tidak adil, maka JPP akan hilang integriti dan parti lah yang akan kelihatan KALAH di mata rakyat.


Dunia sedang melihat dan rakyat sedang menilai. Parti yang memperjuangkan agenda reformasi ini mesti BERANI melaksanakan yang wajar dan mampu menolak segala bentuk penyelewengan sekiranya ada. Parti yang melaungkan slogan Reformasi ini juga mesti mampu dan punyai kekuatan melaksanakan reformasi dalaman, tolak segala bentuk penyelewengan. Prinsip mestilah dijadikan landasan kepada perjuangan.

Semoga memperoleh keberkatan dan di beri mandat untuk terus memimpin rakyat di dalam menolak rejim UMNO BN yang zalim serta korup.


Politik Berteraskan Nilai


Fuziah Salleh
Ahli Parti Keadilan Rakyat
Cabang Kuantan

9 comments:

  1. ini semua fitnah umno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kata SPR tak telus lah SPR macam barua lah sekarang parti sendiri pun tipu dalam pemilihan. Harap ROS haramkan parti PKR ni

      Delete
  2. Umnok memang bodoh...macai umnok fikir boleh memecah belahkn pr ke...rakyat dh bleh menilai skrg..najituya bkl terduduk nnti bila pru 14...berkubur parti syaitan yg dikenali


    Anak peneroka

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalaman busuk pun masih nak sibuk dekat umno... kesian pencacai..

      Delete
    2. Nk di bandingkn kebusukkn umnok bn..lg busuk dan najis umnok be end...ape yg terjadi kt pr ni di sbb kn fitnah dan porak peranda dr macai umnok mcm anda...phuiihhh..


      Anak peneroka kahang timur

      Delete
    3. kahkahkahkah... fuziah salleh tu macai umno ka???

      Delete
  3. Saya setuju dgn pendapat anda yb fuziah. Baru dlm pemilihan parti dah menipu dan berasuah. Bayangkan orang yang berperangai begini nanti pegang tampuk pemerintahan ???? Mmg rosak jadinya sebiji nak jadi mcm umno.... Anak emas DSAI ke, bersusah payah sokong dsai ke itu semua TAK MENJAMIN seseorang itu boleh jadi pemimpin dan mesti diberi muka!!!!!. Rakyat perhatikan anda PKR!!!!! Klau dah menipu tu mesti ditendang terus, jangan pilih kasih....saya bukan ahli pkr tapi saya sokong dsai &PKR. sy kecewa betul dan geram dgn ahli pkr yg perangai begini...huhhhhh.....

    ReplyDelete
  4. Hanisya... Kau Kena Tangkap Basah...

    Ada Baca Ketika Di Tangkap.. Jubor Kau Masih Tersumbat Batang Bengkok Mat Jingga 13 ...

    Depan pon kau Main Jugak..

    Wooooow... Melepas lah Macai macai Pakatan Kemut Keliling semua...

    Omak Kau Kemut Keliling.. Depan Belakang...

    Kalau Fitnah Tak Betul Kau Saman Lah Blogger Yang Keluarkan Berita Tersebut..

    Tak Berani Kalu..

    Sah Boss Nuar Berahi Liwat Ibrahim Kaki Peliwat... Tak Sabar Nak Masok Penjara kerana Nak Di Liwat oleh Banduan2 Sungai Buloh Macam kat Mexico... Koyak Rabak Jubor mamat Peliwat tu Diliwat 20 Orang banduan Lain...

    Wan Jijah... Daaah Laaamaaa Kena Liwat ngan Nuar Berahim.. Keretapi Pon Boleh Korner U Turn kat lobang Jubor Jijah..

    Aleh2 Nurul Ijah pulak Nak Bercerai.. Nak Merasa Kena Liwat.. Tapi laki dia tak nak KOT.. (Ini Mungkin Fitnah)..

    Azmin.. Kaki Liwat, Kaki Hantam Pelacur.. Depan Boleh Blakang Lagi Boleh

    Tak Cayya Oie lah Tanya Azwan Ali .. Pondan tuuuh

    Semua yang terlibat dgn Parti Kemut Keliling..

    Semuanyer Kaki Hentam Depan Belakang...

    Tak Betul..Betullllllllllllllllllllllllllll....

    Cai Cai Cai.. Marah. pie lah Kemut kan Batang Bengkok Nuar Tuuuh

    Lain Kali Ajak Fuziah tuu sekali yeahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai UMNO yg melalak ni... kau memang spesis...
      Umat Melayu No Otak...

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...