Sunday, 4 May 2014

TAN SRI KHALID IBRAHIM YAKIN MENANG TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN.



KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin dapat memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR walaupun penyandangnya, Mohamed Azmin Ali, sedang mendahului kedudukan pada pemilihan parti itu.


Abdul Khalid berkata faktor keyakinan itu yang mendorong beliau untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti pada pemilihan yang bermula pada Sabtu minggu lepas.


"Saya yakin (boleh menang), sebab itu saya bertanding," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Kampung Pecah Batu di Bestari Jaya di sini, hari ini.


Keputusan terkini menyaksikan Azmin mendahului dua pencabarnya apabila memperoleh 5,111 undi berbanding Abdul Khalid (2,288) dan Datuk Saifuddin Nasution (2,322).


Ditanya mengenai harapannya menjelang pemilihan parti peringkat Selangor pada 11 Mei ini, Abdul Khalid berkata beliau mempunyai harapan yang tinggi berikutan negeri itu mempunyai jumlah anggota PKR paling ramai iaitu melebihi 170,000 orang.


"Selangor merupakan negeri yang akan menjadi penentu kerana mempunyai lebih 170,000 anggota PKR selain Sabah yang mempunyai lebih 90,000 anggota," katanya. 


Menteri Besar itu juga bakal dicabar bekas anggota parlimen Kapar S.Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor pada pemilihan itu. - Bernama

8 comments:

  1. apa kurangnya azmin omakkau???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin tak boleh sebab dia suka bagi orang jilat aiskerim dia.....omakkau pun tak setuju kan,kan,kan......kahkahkahkah....

      Delete
    2. Fitnah fitnah apa la omak kau sampei pemimpin sendiri pun nak fitnah. Berapa MB dah kasi wang kat lu

      Delete
  2. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. Azmin ker, Khalid ker, tak penting. Yang penting UMNO mesti dikurangkan. Nak hapus semua, tak boleh sebab pencacai depa masih ada beberapa ekor lagi.

    ReplyDelete
  4. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. Wokey...! Kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Negeri mana Khalid menang. Tak ada pun setakat ni. So hebat ke Khalid ni. Orang Selangor pun tolak kau. cuma org yg ditolak pleh parti aje yg kamu bawa. Kau tahu salah seorang pembodek kamu tu songlap duit parti dan sebotaj PR semasa pilihanraya lalu. Mcm ni orang nak sokong kamu. Omakau mungkin sokong kamu sebab sama specis sebotaj parti. Mengaku penyokong kuat parti tapi hanya topeng untk cari makan. Omakau pelapor berita fitnah. Dari ahli Kapar

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...